Showing posts with label haram. Show all posts
Showing posts with label haram. Show all posts

Blackberry diharamkan?

January 11, 2011

Blackberry diharamkan?

Kalau macam tu apa kata haramkan sekali semua jenis telefon yang yang berkeypad QWERTY. barulah adil. relevan tak? tak pun haramkan semua telefon bimbit.. lagi lah tak masuk akal huhu

Kesian si blackberry tu. bukannya dia yang menimbulkan masalah, tapi manusia tu sendiri. tak tahu nak guna ke arah yang membawa kebaikan. lain kali, bila nak cipta sesuatu yang canggih, fikir dulu keburukan dan kebaikan. lebih-lebih lagi kepada society. ni bila dah sampai nak menghuru-harakan negara dan dunia, baru nak kecoh suruh haramkan, tarik balik produk, macam-macamlah action yang lain..

Apa agaknya niat sebenar si Alexander Graham Bell tu ek? bukan untuk memudahkan manusia saling berhubung ke? tanpa perlu untuk menggunakan burung merpati, membuat asap, mengetuk gong, kita dah boleh berhubung dengan manusia yang lain.. kalau dia hidup lagi sekarang ni, mesti dia menyesal sebab asas ciptaan dia ni memporak-perandakan dunia.

Opss~! aku terlupa... manusia sering melakukan kesilapan..

Apa yang manusia nampak sekarang ni hanyalah kuasa dan duit. kita ni dah macam boneka yang terikat dengan tali. tunggu masa je untuk digerakkan oleh tuan empunya. kalau si tuan kata A, maka A lah jawab kita tanpa banyak soal. apa yang penting, poket kau dan poket aku penuh bersama-sama. bila dah silap, baru nak cari surat khabar tutup muka. dah lupa ke, TUAN BESAR di atas sedang memerhati?

Psst~! malaysia tak haramkan blackberry, so siapa yang pakai blackberry, sila jangan bakar blackbbery anda haha.

Psst2~! tanpa blackberry, kita still boleh berhubung dengan yang Esa di atas sana... dengan doa.

Sumber - Blackberry diharamkan di Malaysia
15 komen bernas