Showing posts with label insurans. Show all posts
Showing posts with label insurans. Show all posts

Ragam Sebelum Sambung Belajar

December 30, 2010

Assalamu'alaikum readers...

Penat sungguh hari ni berkejaran ke sana ke mari. esok(31 Disember 2010) dah cuti umum sempena kemenangan pasukan bola sepak Malaysia untuk Piala AFF Suzuki. so aku hanya ada masa satu hari ni je nak selesaikan semua benda sebelum berangkat ke negeri orang untuk sambung belajar.

Dari pagi lagi aku dah bergegas ke pejabat Kurnia Insurance untuk memperbaharui insurans kereta. selamat tak ramai orang. masuk-masuk je terus dapat renew. thanks to akak comey sebab mempercepatkan kerja-kerja saya *hehe tapi belum siap lagi. kena pergi pejabat pos plak untuk renew road tax. road tax kereta aku tamat tempoh pada 5/1/2011. better renew awal-awal, takut nanti bila dah sambung belajar tak sempat plak nak renew. jadi penjenayah kecilan sementara plak kang *huhu

Bila dah settle tu semua, kena pergi Celcom Center plak untuk subscribe Broadband. oh yer, sebelum ni aku ada buat perbandingan diantara Celcom Broadband dan Digi Broadband. so aku dah buat keputusan untuk melanggan Celcom Broadband. sebab apa? coverage celcom lagi meluas daripada coverage digi. aku tak kisah speed broadband tu laju atau slow, yang penting aku dapat melayari internet. thanks to Gombakmali kerana sudi  menemani aku mensubscribe bb tu *haha





YES!! year end sale! dah lama aku tunggu saat nih. aku takde duit nak pergi shopping masa harga barang belum discount. tapi bila dah discount, baru aku sibuk nak pergi beli. alah, aku bukan selalu shopping pun. setahun sekali je. nak nak akhir tahun ni kat Jaya Jusco. semua harga baju, seluar, belt, wallet, etc, jatuh sebab perkataan DISCOUNT. 70%! 50%! 30%! 10%! perghhh tak tahu nak beli yang mana satu.rambang mata beb!

Okeh bab baju, seluar, etc dah settle. sekarang tinggal kasut plak. tak payah pergi kedai mahal-mahal, masuk je kedai Bata tu. harga pun murah. berbaloi-baloi plak tu. kalau nak lagi berbaloi, cari kedai kasut nama Yebeng plak *hehe bab kasut ni, aku betul-betul surrender. kaki saiz 11 beb, besar tapak gajah. mana nak cari kasut saiz tu. ada tu memang ada. tapi setiap kali aku tanya, saiz kasut tu mesti habis. oh! ramai jugak yer yang kakinye bersaiz 11 *haha aku dah jumpa kasut yang aku nak tu dan saiznya pun ada. tapi yang tak bestnya, aku lupa nak double check saiz kasut tu masa nak bayar. aku just, SENYUM, BAYAR dan BLAH! sampai rumah baru aku perasan yang kasut baru aku tu bersaiz 10!! arghh malasnya nak pergi tukar zzz...

Tapi apa-apa pun, semuanya berjalan dengan lancar. jalan raya takdelah sesak sangat. Jaya Jusco pun takdelah sesak sangat. kedai kasut Bata pun takdelah sesak sangat. senang kata, aku berjaya menyettlekan semua kerja yang penting dalam masa satu hari. bak kata pepatah, nak seribu daya, tak nak seribu dalih.


Psst~! esok nak pergi Giant plak, shopping untuk barang-barang rumah sewa..
25 komen bernas