Showing posts with label kanser. Show all posts
Showing posts with label kanser. Show all posts

Penghawa Dingin Kereta Menyebarkan Penyakit?

November 23, 2010

Salam semua.. tergerak hati aku nak berkongsi artikel yang berguna ni dengan korang semua.. artikel yang berguna bagi pemandu2 kereta yang suka memasang penghawa dingin@aircond ketika cuaca panas mahupun sejuk.. meh baca..

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan penghawa dingin. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen – ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika dibiarkan di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila sudah memasuki tubuh kita… - sumber dari Syok.org

Psst~! so secara kesimpulannya, jangan tergopoh-gapah.. time drive pun jangan nak memandu secara membabi buta..

Psst2~! alhamdulillah, dapat lagi buffer daripada Nuffnang, thnks a lot! :D
26 komen bernas