Assalamualaikum...
Almost a week selepas aku bekerja di stesen minyak Petronas bersama rakan-rakan bangla yang sporting. bai tera baiii, mana mau pigi baii? abeh sampai aku pun terikut sekali nak cakap dialek bangla. yang bestnya, dorang ni mahir bertutur dalam bahasa melayu. so tak menjadi masalah kalau nak guna 100% malay time kerja.
Bangla pun manusia jugak. tapi kenapa kita kadang-kadang pandah rendah kat dorang eh? maybe sebab dulu dorang ni suka ngorat bini orang? aku rasa bini orang tu kot gedik-gedik haha. tahla, kat tempat aku ni, dorang semua ok. aku tanya kenapa datang malaysia? kenapa tak kerja kat bangladesh? dorang jawab,
Orang bangla malu sama orang bangla. lagi satu orang bangla malas. tapi akan jadi rajin kalau kerja di luar bangladesh sebab tak ada bangla lain yang tengok kita(bangla sendiri) kerja...* aku memang pening nak pahamkan ayat kat atas ni, tapi kawan bangla aku tu yang cakap camnila, so harap korang faham.
Samala macam kita kat malaysia ni. tak nak kerja sapu sampah kat tepi jalan tu sebab MALU orang lain tengok. tak nak kerja cuci tandas sebab busuk dan MALU orang lain tengok. bagi aku pedulik hapa. niat bekerja tu kalau tak ikhlas, memang malu la jadinya. cuba fikir positif sikit. kerja kerana Allah, alhamdulillah.
*i noticed that semua kawan-kawan bangla aku Islam. setiap kali aku terserempak dengan mereka, Assalamualaikum tak pernah lekang dari mulut. so untuk dapat pahala free menjawab salam tu teramatlah mudah.
Back to topik asal, Im a newbie, so anything yang aku tak tahu, aku refer kat kawan bangla aku tu. bai, macam mana mau buat ini? bai, macam mana mau rekod ini? bai macam mana mau restock? baiiiiiiii, tara apa la bai, saja mau usek sama u jala baiii. bai baiiiii.. haha aku rasa pipi aku ni dah start cramp sebab hari-hari dok gelak sama itu bai.
Kerja aku mudah je, restock barang dalam kedai Mesra. kerja mudah, gaji pun murah. but no biggiela gaji ciput ke, yang penting pengalaman bekerja, plus mengisi masa lapang. cuci tingkap, mop lantai, tu semua takde hal lah. yang penting badan bergerak, bakar lemak dari menempek lemak kat lemak yang sedia ada ni.
Serius aku tak boleh duduk diam dalam kedai tu. kejap jalan sana, kejap sini. kejap pegang mop, kejap pegang penyapu. bosan weh kalau duduk saja. kalau tak ada kerja sangat, mula la aku pergi cari itu bai. bai, apa kirja lagi yang saya boleh buat? bosanla bai...
Kerja kat stesen minyak Petronas, untuk cashier ada 3 shift. 7pg-3ptg, 3ptg-11mlm, 11mlm-7pg. 8 hours per day. tapi aku bukan cashier. as i said before, jaga kedai Mesra. so kedai tak bukak 24 hours, only have 2 shift, 7pg-3ptg dan 3ptg-11mlm. So for the first trial week ni, aku kerja shift pagi. starting tommorow*supposedly today (second week), aku kerja shift malam plak.
Psst~! itu bai kata, kirja malam manyak senang dan tak banyak kerja. adehh, aku nak banyak kerja la bai! nanti aku bosan!
