Showing posts with label kereta. Show all posts
Showing posts with label kereta. Show all posts

Tinted

November 10, 2011

Assalamualaikum...

Cermin gelap@tinted pada cermin kereta itu penting!

Cuba korang peratikan, kebanyakkan kereta bercermin gelap. ada yang gelap sampai tak nampak dalam, ada yang gelap di cermin bahagian sisi, dan ada yang gelap di bahagian cermin belakang sahaja. tau tak apa sebab dorang gelapkan cermin kereta tu?

Firstly, bergaya. cuba tengok kereta yang bercermin gelap. handsome tak kereta tu? tuan empunya kereta handsome atau tidak, itu lain cerita. bagi aku, memang style la kereta yang bercermin gelap ni. nampak solid je body kereta tu, macam tak ada cermin langsung. kereta kebal wannabe? hee

Yang kedua, keselamatan. kebanyakkan trend sekarang ni, orang suka beli kereta jenis MPV(multi-purpose vehicle). betul tak? macam honda stream, toyota vellfire, perodua alza, proton exora. kereta keluarga la katakan, tapi perasan tak, semua kereta yang jenis tu, bercermin gelap kat bahagian belakang. tau sebab apa? sebabnya MPV ni boot belakang tak ditutup sepenuhnya. hanya dilindung oleh cermin je. so nak tak nak, memang kena gelapkan. barulah orang luar tak nampak apa barang yang kita simpan kat boot belakang tu.

Dan yang ketiga, ni baru aku tengok video kat mymetro. saje nak bangkitkan balik isu ni, kesihatan. cermin gelap ni boleh menghalang cahaya matahari yang penuh dengan UV dari terus menerus menerjah kulit tubuh badan kita. UV kan tak elok untuk kulit. betul jugak kan? selain rumah, kereta la tempat kita berlindung daripada sinaran matahari.

from google images
So cermin gelap itu penting! tapi tak adalah gelap sangat sampai 100% tak boleh nampak dalam. atleast boleh melindungi diri sendiri dan kereta cukuplah. dan kebanyakkan kereta import sekarang ni, memang dah digelapkan cerminnya. kalau kena tahan pun, tinted tu tak boleh ditanggalkan sebab cermin tu memang dah sedia gelap daripada kilang lagi. aku dah pernah cuba nak koyak tinted gelap tu, rupa-rupanya cermin tu memang dah gelap. haprak!

Aku nak bagi nasihat sikit. kalau nak tinted kereta tu, pakailah tinted yang branded@berkualiti. mahal pun tak apa sebab kereta kita nak pakai lama. kalau setakat pakai yang murah punya tinted, tak sampai setahun warna dah pudar, cepat tanggal, suhu panas dalam kereta pun sama je macam cermin kereta yang tak bertinted, what for? membazir! so pilih company yang provide warranty untuk tinted tu. biar mahal, asalkan kita puas hati untuk jangka masa yang panjang.

ps~ entry ni sebenarnya dah lama aku karang, tapi lupa nak publish. nah bacalah! dah basi kot isu ni huhu
2 komen bernas

Tabung Kembali Senyap

May 17, 2011

Assalamualaikum...

Satu masa dahulu, aku pernah publish 1 entry berkaitan dengan kereta Subaru. ingat lagi? kalau tak ingat, meh sini aku tolong ingatkan, nah entrynya Tab0ng Melet0p! korang kena baca dulu then baru korang akan faham apa yang aku cuba nak ceritakan di bawah ni.

Ok dah baca habis kan? jangan nak gelak la sangat bila baca tu, tahula ayat bahasa melayu aku berterabur haha. kenangan masa mula-mula blogging, entah apa-apa la yang aku taip. noobies lagi kan. sekarang pun still noobies, tapi tahap 4. malas la aku nak guna bahasa melayu skema, ini blog peribadi, there is no need to be skema sangat. tapi kadang-kadang terskema juga, bahasa melambangkan bangsa.

Semalam lepas aku pergi ambil jubah graduasi dekat UiTM Shah Alam, aku terus gerak ke Kajang, jumpa my uncle. he promised me untuk bagi satu lagi tabung ekzos kat aku. orang kata, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. benda free dik! takda juai punya! siapa yang tak nak barang free, bukannya barang yang memudaratkan diri sendiri.

Ok meh sini tengok gambar yang aku curi-curi tangkap,

Lepas tabung asal meletup, aku terus dapat ekzos ni. bunyi dia jangan cakapla. EKZOS GURUH!
Aku ni kadang-kadang buta ilmu sikit pasal kereta. tapi xdela buta sangat sampai nak isi tayar angin pun tak tahu. tapi kalau masuk bab ekzos ni, aku terus surrender and blur. apa yang pakcik aku cakap, aku iyakan. dia kata ekzos ni ok, best, bunyi kuat macam guruh, pick up, aku pun anggukkan kepala tanda mengerti. tapi disebaliknya, haprak aku tidak memahami. tapi masa tu darah masih muda, keinginan pun turut muda jugakla.

Ekzos baru. nampak macam lama kan? EKZOS TWIN TIP!
Dah macam lemang aku tengok ekzos kali ni. tercacak 2 kat situ. tapi pakcik aku cakap, ekzos ni lagi best. senyap, jimat minyak, pick up. yeah! ekzos ni yang aku cari sebenarnya. sebabnya aku dah rasa terlampau annoying bila guna ekzos yang bunyi kuat. tak tenang jiwa dan raga beb. bila jalan jauh, telinga dengan kepala otak ni asek berdengung je dengar bunyi ekzos. pasang radio pun kena kuat-kuat, baru boleh lawan bunyi ekzos guruh tu.

Dan akhirnya, jiwa ragaku kembali tenang. drive pun dengan muka yang tersenyum sampai ke sideburn. tak ada lagi bunyi guruh yang selalu menghantui diri aku sebelum ini. alhamdulillah, and thanks a lot to my uncle. susah-susah je bagi aku ekzos ni, kan dah terpasang rapi. selamat upah pasang tak mahal.

Psst~! korang ingat harga ekzos kereta ni sama harga dengan cekelat angin hacks kat kedai runcit tu ke? MAHAL BEB! sebab tu aku suka bila dapat secara PERCUMA! haha
13 komen bernas

Kuda Hitamku Gagah Berani Melawan Tauke

September 17, 2010

Alkisah kuda hitam KLON sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung nun di pantai timur sana.. kuda hitamku masuk kandang, keluar kandang.. tapi sebelum tu, ini cerita banyak bold. yang bold tu dialog aku sendiri..

Haiya bro, pasang ini sportlight la.. baru nampak terang jalan kat depan tu... lu mau balik kampung itu pantai timur sana kan? better pasang wooo.. nanti malam you tarak nampak jalan manyak susah.. sambil menggaru2 poket, hurmmm berapa you boleh kasi tauke? kasi murah la.. ini kan sudah dekat mau raya maaa.. kita satu Malaysia what.. okla oklaaa.. mana lu punya kereta? ada depan sana tauke. nah ini kunci... vroommmm kuda hitam ku masuk dalam kandang....

Bro, ini speaker kereta tarak sedapla... kasi saya bukak ini cover speaker mau tunjuk sama lu.. yala yalaaaa... ketang ketung keting krekkk kriukkkk... aiyaa broo, lu tengok sama ini speaker. apa macam mau bunyik kalau dah koyak sana sini? haaaa??? korek2, garu2, selup2 tangan dalam poket... hurmmmm... apa speaker murah n branded you ada r? sini mari bro, tengok dalam ini almari kaca.. ini semua branded, itu rambut mohawk punya speaker mau? saya kasi murah sama lu pasal nak raya. amacam? zzzz oklaaaa...

Errr bro, saya mau pergi test drive you punya kereta kejap boleh ka? pegilaaaaaa... vroooommmm kuda ku keluar kandang.. selang 5 minit kemudian, kudaku masuk kandang balik.. bro, lu punya enjin tarak pikap. bila jalan, mau pasang aircond, dia jadi sentap maa.. bila you pasang aircond kuat2, kereta jadi slow. makan minyak wooo.. adehhh lu ni pahal tauke? lu mau saya tukar apa lagi? err ini barang, volt stabilizer sama grounding wire.. taukeeee, kereta saya mana pakai elektrik kuat sangat. lu suda lebey niii... aiyaa bro, untuk masa depan la... grrrr.. ok laaaaa....

Aku da bosan ni... asek tukar tu tukar ni.. duit dah banyak habeh da ni.. kang x beraya plak aku kat kampung.. arghhh lu senyap tauke!! ini last saya tukar barang untuk hari ni. lain kali plak..! kuda keluar kandang, masuk kandang lain plak...

Tauke, ini tinted depan cermin kereta berapa ha? mau yang UV 100% ada ka? asek dengar 99.9% ja... you pun x gerenti ka mau bagi 100% jaminan untuk tinted? haha gurau saja tauke.. saya mau tinted depan saja. xmau yang murah2 pasal ini cermin depan penting ma.. sekali kena batu, baru la x pecah kena muka. kasi murah la tauke, saya mau balik kampung ni. tarak kesian sama saya ka? sob sob... oklaaaa lu punya pasat, saya bagi diskaun. jangan bgtaw orang lain.. baik tauke!!


poket dah kering niiiii...

psst~! ada paham ini cerita? kalau tarak paham, baca balik dari mula sampai habis kalau tarak paham jugak, korang memang reader blog aku yang paling best! hehe bila la aku nak merasa bawak Ferrari...

psst 2~! haha jangan percaya sama itu gambar.. ihsan google sana.. aku punya kereta tempatan punya saja, itu harimau malaya ;p
0 komen bernas

Pak Arab Playboy Beli Bugatti Veyron

August 14, 2010

Assalamu'alaikum...

LONDON: Golongan playboy Arab yang memiliki harta melimpah-ruah kini menjadikan London sebagai pusat mempamerkan kereta mewah masing-masing.

Bilionair dari Timur Tengah itu membawa kenderaan masing-masing - sesetengahnya dengan kemasan bersalut krom - menaiki pesawat dari Emiriah Arab Bersatu. selanjutnya.

Kereta itu bersama Pagani Zonda Cinque - satu daripada lima yang dipasang di dunia - sering diletakkan di kawasan Dorchester.

Ihsan dari myMetro

Bulan lalu, pemilik baru gedung beli-belah Harrods menayangkan kereta Koenigsegg CCXR bernilai RM6 juta dan Murcielago (bernilai RM1.7 juta) di depan premis berkenaan.

Disebabkan ia diletakkan di tepi jalan, pihak berkuasa terpaksa mengunci tayar kenderaan itu sehingga pemiliknya membayar saman...

Kebanyakannya mempunyai kelajuan lebih 300 kilometer sejam, tetapi di London, biasanya mereka terpaksa memandu hanya dengan gear satu,” katanya.. selanjutnya.

----------> 100% milik myMetro


--------------------------------------------------


hehe cuba korang tengok balik tulisan yang aku boldkan tu? GEAR SATU? haha beli kereta mahal2, aleh2 dapat pakai gear satu je.. gear2 yang lain buat perkasam... kaya sungguh playboy2 arab ni. haishh dunia oh dunia...

psst~! bila da kaya sangat tu, semua benda jadi mudah. senang nak dapat sesuatu. tapi kaya dengan cara apa? halalkah caranya? jangan kerana niat yang ikhlas, semua benda menjadi halal. fikir2 kan lah...


11 komen bernas

Kereta Idaman

July 22, 2010

Pernah terfikir nak memiliki kereta sebegini? simpan2 jela niat korang tu. kalau ada pun, confirm x lepas JPJ nye. eheh ;p








kereta yang last sekali ni terbaik. mesra alam. haha aku x kisah pakai kereta ape pun. yang penting leh jalan, selamat n leh bawak aku ke merata tempat. ;)

psst~! korang makan x dalam kereta? ade gak yg cerewet(cerewet ade sebab taw) x kasi makan dalam kereta ;)
21 komen bernas