Showing posts with label maaf. Show all posts
Showing posts with label maaf. Show all posts

Ceq nak minta maaf.

May 14, 2011

Assalamualaikum..

Maaf maaf maaf...

Itu je perkataan yang ceq mampu keluarkan dari mulut ni. ceq nak bela diri sendiri ni. bila ceq dalam keadaan separuh sedar, ceq dah tak mampu nak fikir apa lagi dah. apa yang terlintas di otak, terus ceq ambil jadikan sebagai panduan dan jawapan. nampaknya ceq tersalah anggap ni. malu pun ada, tapi nak buat macam mana kan, ceq manusia biasa hehe.

Ini entry ceq yang paling personal sekali, ditujukan kepada seseorang yang pernah terasa hati dengan ceq. maaf sekali lagi. ceq takda niat langsung nak fikir camtu sebenarnya, ceq cuma takut lain yang akan jadi. perasan na ceq ni haishh haha. tapi takdapa lah, ceq memang ikhlas nak minta maaf ni. kepada orang tersebut, sila lah maafkan ceq na. ceq tak nak kita putus sahabat hanya disebabkan ceq salah faham.

Ceq taknak bagitau sapa dia orang tu, ceq nak dia sendiri yang angguk-angguk kepala bila baca entry ceq ni. kita sesama manusia kena saling maaf-memaafi antara satu sama lain kan. harap lepas ni takda lah sengketa antara kita lagi. ceq nak benda tu semua back to normal. ceq sedar siapa diri ceq ni, manusia biasa ja yang sentiasa lemah disisiNya.

Once again, ceq nak minta maaf banyak-banyak dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki.



Psst~! hangpa semua jangan dok kalut p ingat benda lain bila ceq kata yang ceq ni dalam keadaan separuh sedar, maksud ceq, ceq tak boleh nak berfikir secara 100% disebabkan ceq tension, blur dan sebagainya.
7 komen bernas

Maaf...

April 4, 2011

Assalamualaikum...


Maaf kalau aku tak bertegur sapa,

maaf kalau aku tak mesra,

maaf kalau aku terlupa,

maaf kalau aku tak ceria,

maaf kalau aku tidak aktif,

maaf kalau aku tidak seperti dahulu,

maaf maaf maaf...


Dan yang paling penting sekali, maaf kalau aku tak update blog hehe. aku dah puas menulis macam-macam di dalam blog. lain orang lain perangai kan? so jangan nak pandai-pandai samakan aku dengan orang lain, peace! sekarang aku nak berehat sekejap dari dunia blog. lama atau sekejap, aku pun tak tahu. tengoklah macam mana. kalau ada cerita, aku akan update jugak macam biasa...

Aku tahu ramai je yang still masuk ke dalam afiqbukhari.com ni walaupun tak berupdate.. rasa bersalah plak rasanya tak sajikan korang semua dengan cerita-cerita yang baru..(sapa plak yang nak baca blog peribadi aku nih?) aku harap korang tak kecik hati ok.. so jangan unfollow aku yerk. tak paksa nih, permintaan je haha.

By the way, blogging dengan cara yang betul. jangan jadi blogger yang macam@umpama ayam, yang tergesa-gesa nak melintas jalan k! fikir dulu sewaras-warasnya..

Psst~! helloooo, im a student, not stupid. daaa..
23 komen bernas