Showing posts with label memancing. Show all posts
Showing posts with label memancing. Show all posts

Pertandingan Memancing - Taman Tasik Titiwangsa

August 1, 2010

Korang suka memancing? dulu2 aku suka gak memancing. tapi bukan suka kerana minat, tapi suka kerana ajakan kawan je. dorang yang minat giler2 kat aktiviti memancing ni. siap ada rod pancing sendiri lagi. aku pun nak la jugak merasa apa yang bestnya pancing memancing ni...

First time ikut dorang, memang aku blur. apa perkara utama yang perlu aku buat? memang aku zero knowledge la pasal memancing masa tu. selamat la kawan2 aku ni x lokek ilmu. dorang ajar aku satu persatu. dari mula memasang rod pancing, buat umpan, sampailah ke menghayun rod tu ke dalam tasik. haha bila diingat2 balik, memang kelakar. ada sampai mata kail tu tersangkut kat pokok, umpan berceceran pecah sebelum sempat masuk ke dalam tasik, tali putus, macam2 la..


Eh, bukan kenangan pasal aku memancing yang nak aku sampaikan. ni ha, satu event memancing yang berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa pada pagi hingga ke tengahari tadi. aku lupa la apa nama event tu. Joran Ria 2010 kot.. apa yang aku tahu, hadiah utama ialah RM 13k. perghhh!! banyak tu. tapi aku x masuk pun contest tu, aku bukan pemancing tegar. just ikut member aku ni yang mengajak dari semalam lagi. nak x nak aku pun pergila. mana taw dapat idea untuk buat entry baru hehehe :)

Meh kita layan gambar2 yang sempat aku tangkap tadi. xde la banyak sangat. just ok la untuk tatapan umum :)

(KLIK PADA GAMBAR UNTUK TUMBESARAN)

suasana di Taman Tasik Titiwangsa. siap bersantai lagi :)

umpan abang ni dah mengena. apa lagi, tarikkk!

puas berlawan, akhirnya ikan ini akan menjadi milik aku...

cehh, tali aku tersangkut ngn orang len punye. melepas ikan aku.
ni lah hasil tangkapan para peserta sejak dari pagi. amacam? beso2 x?
ikan yang paling besar tu ikan Patin. yang warna hitam tu rasanya ikan Toman..
hehe best x? seronok tu bila umpan kita mengena. kepuasan terpancar terus dari muka masa nak naikkan ikan yang terkena. haha

psst~! aku x taw siapa pemenang sebab balik awal ekeke ;p
14 komen bernas