Showing posts with label meninggal dunia. Show all posts
Showing posts with label meninggal dunia. Show all posts

Ketua Penerangan Pemuda Umno Meninggal Dunia

November 5, 2010

Nov 5, 10 5:42pm - Ketua penerangan Pemuda Umno Bahagian Lipis Norshamsul Azman Mokhtar, 36, yang mengikuti Pemuda Pahang berkempen di Galas, meninggal dunia di Hospital Gua Musang petang semalam.

Norshamsul Azman meninggal dunia pada pukul 4 petang selepas mengalami muntah darah dan doktor mengesahkan paru-parunya dijangkiti kuman, kata ketua pergerakan Pemuda Umno Pahang Abu Jimi Samat ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata Norsyamsul Azman dari Kampung Chegar Perah, Kuala Lipis, ke Galas bersama-sama 30 anggota Pemuda Pahang bagi membantu kempen calon BN dalam pilihan raya DUN Galas.

"Kali terakhir saya berjumpa allahyarham ialah sehari sebelum hari pengundian DUN Galas ketika kami keluar beramai-ramai untuk makan di Kesedar Inn, Gua Musang.

"Kami menjaga peti undi berbeza dan jarang berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan urusan berkempen tetapi dia bersungguh-sungguh mengajak keluar pada malam itu walaupun kawasan yang beliau jaga agak jauh dari Kesedar Inn," katanya yang telah 17 tahun mengenali arwah.

Beliau berkata jenazah Norshamsul Azman selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu 8 Jalan Kuantan-Gambang dekat Kuantan pagi ini.

- Sumber Bernama

Psst~! x kisahlah allahyarham Umno ke Pas, dia tetap seorang Islam. sama2lah kita menyedekahkan Al-fatihah buat allahyarham.. semoga rohnya dicucuri rahmat dari Allah.. Al-Fatihah~
7 komen bernas

Al-Fatihah Buat Allahyarham...

September 21, 2010

Assalamu'alaikum...

Ni short entry je. just nak bgtaw adik kepada nenek sebelah ayah aku (Allahyarham Ayah Hassan, gelaran daripada kami semua untuk Allahyarham) meninggal dunia pada pukul 5 petang tadi.. apa yang aku dapat taw, Allahyarham meninggal dunia kerana buah pinggangnya rosak teruk dan tidak boleh berfungsi dengan sempurna lagi. doktor kata tiada harapan untuk buat dialisis buah pinggang kerana darah dah kotor dan beku..

Marilah kita sesama muslim menyedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham dan berdoa agar dia ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman, insyaAllah..

Al-Fatihah...

psst~! tatkala meruntun hati teringatkan kenangan bersama-sama dengan Allahyarham ketika dia masih sihat...
1 komen bernas

M Rajoli Meninggal Dunia

September 18, 2010

Assalamu'alaikum...

Allahyarham M Rajoli telah pergi meninggalkan kita untuk selama2nya pada pukul 10.45 malam, 17 September 2010 akibat barah otak... sumber Berita Harian Online

Aku minat giler2 dengan lakonan Allahyarham... sempoi, bersahaja dengan memek muka yang boleh membuat orang ketawa. kurang lagi seorang seniman yang berkaliber dalam dunia lakonan. semua watak dia boleh bawak. aku paling suka dia bawak watak mat motor, naik virago huhu

Allahyarham M Rajoli, 7/4/1945 - 17/9/2010
Semoga Allahyarham ditempatkan bersama2 dengan orang yang beriman, amin~

psst~! nama sebenar beliau ialah Haji Mohd Rajoli Bin Mohamed Zain, orang Pasir Mas...
0 komen bernas