Aku suka betul dengan soalan-soalan yang macam ni...
Nyatakan 5 perkara-perkara ghaib yang anda tahu.
Apakah maksud solat daripada pemahaman agama anda?
Apakah maksud dosa?
Apakah maksud pahala?
Dalam masa 24 jam, berapa kalikah anda solat fardhu?
Apakah solat fardhu kegemaran anda dan mengapa anda memilih solat fardhu tersebut?
Apakah solat fardhu yang selalu anda tinggalkan dan mengapa?
Adakah pahala anda lebih banyak daripada dosa?
Untuk menjawab soalan-soalan yang macam ni, anda kena jujur dengan diri sendiri. jangan menipu dan kalau anda menipu pun, Allah SWT akan tahu juga kerana Allah SWT Maha Mengetahui. bila aku cuba untuk menjawab soalan-soalan yang macam ni, aku yakin jawapan aku tu betul. ye ker betul?
Tettt!! bila dah diperdengarkan jawapan-jawapannya, terasa diri ni hina sangat. apa yang aku harapkan betul, semuanya sipi-sipi betul dan ada yang salah. kita ni manusia yang bukan maksum seperti para nabi. setiap daripada kita pernah melakukan dosa walaupun dosa kecil. apa yang perlu kita buat, muhasabah diri.
Cuba ingatkan kembali apakah dosa-dosa yang telah kita lakukan sebelum ni? adakah setiap amalan dan kebaikan yang kita pernah buat, dilakukan dengan ikhlas dan semata-mata hanya kerana Allah? sudah cukupkah bekalan kita untuk di akhirat kelak? Wallahualam...
Ingat, tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu persuruh Allah..
Psst~! itu semua merupakan sebahagian soalan daripada modul latihan dalam kumpulan... cuba jawab dengan jujur. dan cuba fikirkan apakah jawapan yang sebetul-betulnya kepada soalan-soalan tersebut.. fikir sedalam-dalamnya :)