Showing posts with label ptptn. Show all posts
Showing posts with label ptptn. Show all posts

3 cerita Alhamdulillah dalam 1

January 26, 2011

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... semalam aku ada terpublish satu entry yang boleh dikatakan agak kontroversi.. selamat ada blogger dah sound awal-awal supaya buang entry tu.. aku terus buang on the spot dan terus menghantar mesej kepada blogger tersebut untuk meminta maaf dan dia memaafkannya. thanks bro.. sesiapa yang sempat membacanya, silalah berdiam diri sahaja kerana perkara tersebut memang tak elok untuk dihebohkan..

Alhamdulillah... PTPTN aku sudah diluluskan. tunggu masa nak hantar dokumen-dokumen yang penting je. so lepas ni takdelah aku runsing sangat pasal duit. insyaAllah... kalau tak cukup jugak, tak tahu macam mana lagi lah aku nak cari duit. last-last kena buat muka tebal minta duit kat parent.. kalau boleh aku nak elakkan benda tu.. cukup-cukuplah bergantung kepada orang lain melainkan kalau dah desperate sangat huhu

Alhamdulillah... side mirror kereta aku dah tak buta dan sudah berbau semula. please refer to this post.. lepas lunch aku terus start enjin kereta dan pusing satu bandar Melaka untuk mencari kedai aksesori kereta. pusing punya pusing, akhirnya terjumpa satu kedai. alhamdulillah kedai tersebut ada menjual cermin sahaja. bila ditanya harga, tokey kedai menjawab RM15 shj. alhamdulillah lagi sekali, kalau tidak seratus boleh melayang woo kalau tukar satu set side mirror yang baru.

Psst~! saling maaf-memaafi tu merupakan satu sikap yang mulia. :)
28 komen bernas

Salah isi borang dan Kompaun

January 13, 2011

Assalamualaikum...

Apa beza pembiayaan dengan pinjaman?

Sebenarnya takde beza sangat.. yang bezanya, pinjaman tu dulu punya ayat. pembiayaan tu sekarang punya ayat..

Apa yang aku cuba nak sampaikan di sini, aku tersalah isi borang untuk pinjaman ptptn.. aku terisi dalam website ptptn yang dah obselete. sepatutnya kena isi kat sini.. zzzz my mistake sebab tak tanya awal-awal. main isi je.

So aku kena beli no.pin baru kat BSN untuk reapply. burn RM5 wuuu redha jela.. kalau semua tindakan kita betul, bila masa plak kita nak buat silap? buat silap tu normal sebab manusia ni sering belajar daripada kesilapan. daripada situlah kita nak mengimprovekan diri kita ni. tapi janganlah buat silap yang terlampau silapnya macam hisap dadah, buat maksiat, terima rasuah, dll..

Tapi...

Aku still kusut, kusut, kusut..... sebabnya kompaun 'tak bayar parking' pun belum bayar lagi.. duit asyik keluar macam air paip yang tiada kepala paip. guane tu? lama-lama mau botak kepala ni.. coobaannnnn.....

Psst~! ada tak vending machine yang masuk duit sedikit, tapi keluar duit banyak?
19 komen bernas