Showing posts with label pura-pura. Show all posts
Showing posts with label pura-pura. Show all posts

Dia tak salah...

June 12, 2011

Assalamualaikum...

Di satu persimpangan lampu isyarat berdekatan dengan rumah nenek, sedang menunggu si merah bertukar kepada sang hijau,

"Anok, mokcik takdok pitih nih.  baru lepah keno samun. abih pitih mokcik 25 ringgit (tiba2 plak makcik ni cakap KL)"

Dengan riak muka yang sedih, lontaran suara yang sayu, dan kesungguhannya meminta pertolongan. Siapa tak kesian weh bila tengok seseorang merayu macam tu, lebih-lebih lagi seorang makcik tua, meminta duit, dan alasan yang diberikan memang menyentuh hati dan sanubari seseorang yang bernama manusia, 

"baru lepas kena samun".

Sehelai matawang dihulurkan dan makcik tersebut berterima kasih yang tidak terhingga sambil berlalu menuju ke kenderaan yang di belakang kami. mungkin dengan niat yang sama. harap orang di belakang menunjukkan rasa simpati kepada makcik tersebut.

Pulangnya kami ke rumah nenek, diceritakan hal sebenar, sebagai tanda peringatan kepada nenek supaya lebih berhati-hati ketika berseorangan,


Insan A : Nenek kenal tak Cik Mah? dia kena samun tadi.

Nenek : Cik Mah yang kurus-kurus tu? tinggi? pakai spek mato? Ohh kenal sangat, dio tu sebenarnyo kurang sikit. banyok kali doh dia mitok pitih dengan orang yang tak dikenali. nenek pung keno berapo kali doh dengan dio. bakponyo?

Insan A : Ohh...... kurang rupanya.. tak ada apelah.


Apa yang korang fikirkan sebenarnya?

Psst~! Tugas sebagai seorang manusia sudah dilakukan. biarlah Yang Maha Berkuasa menentukan. matawang bukanlah segala-galanya kerana sifat-sifat mahmudah itu yang paling berharga dalam diri seseorang.
8 komen bernas