Ni hao tu salam sejahtera.. kalau tambah ma kat belakang jadi "ni hao ma?"(awak apa khabar?) haha baru belajar sepatah perkataan mandarin dah nak praktik lebih-lebih.. eh bagus sangatlah tu daripada dok peram lama-lama sampai jadi busuk buat apa.. baik praktik lebih-lebih barulah senang ilmu tu nak keluar.. barulah tak tergagap-gagap nak mengingat bila nak jawab soalan..
Sebenarnya aku ada test mandarin minggu ni.. tu yang kena hafal sambil praktik.. den ni kadang-kadang fast learner, kadang-kadang jugak slow learner.. nak tak nak memang kena praktik habis-habisan.. kalau tak naya depan kertas soalan nanti, tercongok, terkebil-kebil tengok soalan.. dahla lecturernya strict dalam hal marking-memarking nih.. kena score weh, kalau tak padahhhh..
Teringat satu kisah tentang bahasa mandarin ni.. masa aku belajar akaun dulu, pakcik aku di UK sana tak habis-habis suruh belajar bahasa mandarin ni.. katanya kalau nak masuk bidang perniagaan, mandarin dengan english kena kuat.. kalau tak susah nak manage diri.. tapi biasalah, senang je jawapan aku bagi kat dia.. "tengoklah dulu macam mana..." nampak sangat dulu aku tak berminat dengan mandarin nih.. tapi sekarang, as a third language subject is compulsory, aku terpaksa memilih mandarin..
My pakcik, tahniah kerana impianmu supaya anak saudaramu ni belajar bahasa mandarin tercapai jua hehe...
Satu keputusan yang agak bijak jugaklah aku buat kerana aku tak menyesal memilih mandarin.. this language make me so excited!! first time masuk kelas mandarin, bibir nih habis terjuih ke depan dek kerana nak follow sangat si lecturer tuh sebut perkataan mandarin satu-persatu.. habis tersembur air liur.. tapi takpe, asalkan menarik.. keluar hingus pun aku sanggup nak belajar haha. so from now on, kalau aku ada terlepas tulis mandarin, sila komen dan tanya aku apa maksudnya... kalau aku dapat jawabla haha
Psst~! ling yi er san si wu liu qi ba jiu shi... kalau dulu, bila dengar je chinese people sebut nombor dalam mandarin, kita pun main sebut je.. asalkan bunyi sama, okla tuh huhu