Showing posts with label upin ipin. Show all posts
Showing posts with label upin ipin. Show all posts

Cenderamata daripada blogger Mah@Mahu

January 28, 2011

Assalamualaikum.

Alhamdulillah kita semua dapat bertemu lagi di hari Jumaat yang mulia ni.. dan aku pun dah selamat sampai ke teratak keluarga tercinta, Home Sweet Home haha. sebelum ni dok runsing macam mana la nak balik ke rumah. dengan side mirror kereta yang bermasalah, plus duit tak mencukupi.. tapi alhamdulillah aku dapat atasi semua tu dengan jayanya.

Okeh kembali kepada tajuk utama. ya, aku dapat cenderamata daripada blogger mah@mahu kerana menjawab soalan survey yang cukup mudah. dan kalau tak silap aku, blogger mah@mahu ada mengatakan bahawa hanya 20 blogger yang bertuah sahaja akan mendapat cenderamata. dan aku merupakan diantara salah seorang yang bertuah tersebut. thanks a lot! :)


Kalau korang nak tengok jawapan aku kepada survey mah@mahu, boleh tengok kat sini.

Walaupun cenderamata ni kecil, tapi cantik wooo! tapi yang menjadi persoalan aku sekarang ni, PJK tu stand for what ek? kalau bro mah@mahu tak keberatan, sudi-sudikanlah untuk menjawab persoalan saya tersebut hehe dan saya ingin meminta maaf kepada bro mah@mahu kerana lambat untuk publish entry ni. cenderamata tu sampai masa saya takde kat rumah. almaklumlah jauh merantau ke negeri orang huhu.

Psst~! mak aku suruh simpan setem yang melekat kat sampul surat cenderamata ni, katanya 'tu setem upin ipin' hehe

25 komen bernas