Pukul 5 petang menunjukkan berakhirnya kelas aku untuk hari itu.. dan seperti sedia kala, pukul 5 jugaklah ramai pekerja2 kerajaan, swasta, setengah kerajaan setengah swasta dan pekerja persendirian berlumba2 di jalan raya untuk pulang ke rumah, sehingga membuatkan jalan menjadi jem..
Tersangkut dalam kesesakan ibu kota untuk pulang ke rumah sudah menjadi kebiasaan bagi aku pada waktu itu.. takku endahkan.. dengan berbekalkan sebuah radio buruk, aku nyalakan.. siaran ku cari sampai lumat butang2 di radio tu aku kerjakan.. susah apa, rosak gantila baru. tapi berjanggut jugaklah nak kumpul duit..
Dan pada hari itu jugaklah sebuah kereta mengekori aku secara rapat.. aku mula risau. ape kes sampai nak cucuk2 kereta aku? dan ape kes sampai nak high beam aku?? cahaya di kala senja x cukup terangkah bagi beliau? aku endahkan kerana aku punya matlamat yang paling besar iaitu pulang ke rumah..
Jalan semakin sesak.. beliau masih menyalakan lampu tingginya beberapa kali sehingga aku x keruan di dalam kereta sendiri.. radio ku perlahankan volumenya.. itu semua untuk ku tenangkan fikiran yang x tenang sedari tadi lagi.. ku pandang kanan ku pandang kiri. semua memandangku.. aku buntu..
Aku pandang semula ke hadapan.. jem makin teruk.. keretaku hanya dapat bergerak selaju 5 km/j.. kakiku dah penat nak menekan pedal minyak dan brek.. sedang aku khayal melayan jalan yang jem........
Tok tok tok!! bunyi cermin tingkap keretaku di ketuk.. astaghfirullahal'azim!! aku mula takut.. takut aku diapa2kan oleh beliau yang mengekori rapat kereta aku sedari tadi lagi.. aku pandang muka beliau.. beliau tersenyum sinis dan menyuruh aku menurunkan cermin tingkap.. aku turunkan dengan perlahan...
bang, kasut abang kat atas bumbung kereta ni. puas saya high beam & cucuk2 kereta abang tadi. tapi abang buat x tahu je...
oh yeker? terima kasih yer.. ingatkan apa tadi.. risau jugaklah nak berhenti. lagi2 tengah jem ni.. thank you bro. Assalamu'alaikum.. (sambil keluar dari kereta dan mengambil kasut..)
Macam mana aku boleh lupa yang sebelum drive tadi aku tukar dari kasut ke selipar.. !@#$%^zzzzz..
Psst~! sekarang ni banyak kes ragut dan samun kereta.. tu yang aku takut nak berhenti bila orang asak2 aku suruh berhenti.. beringat jela bila memandu sorang2. jangan sebarangan nak berhenti kalau orang tahan.