Showing posts with label dunhill. Show all posts
Showing posts with label dunhill. Show all posts

Alhamdulillah sekarang dah kurang.

January 7, 2011

Assalamualaikum...

Sejak berpindah ke Melaka untuk sambung belajar ni, aku baru terperasan satu benda yang aku suka sangat nak hindarinya sejak dari dulu lagi.. kalau dulu, benda ni sentiasa membuatkan aku pening kepala, tension dan sebagainya. setiap kali benda ni muncul, aku mesti cari helah untuk mengelak.

Tapi sekarang, aku terasa macam dunia ni aman sangat dab bebas dari benda tu. pergi sana, takde benda tu, pergi situ pun takde jugak benda tu. bukannya 100% takde, tapi kuranglah. nak dibandingkan dengan keadaan di KL, memang jauh sekali. di KL, benda tu merata-rata kot.

Korang nak tahu apa benda tu? sebenarnya, 'benda' yang dimaksudkan tu ialah asap rokok *huhu betul aku cakap ni. semua rakan rumah sewa aku tak hisap rokok. alhamdulillah buat masa sekarang ni. patutlah aku terasa segar semacam. harap-harap kesegaran ni akan berlanjutan sampai bila-bila..

Aku memang tak hisap rokok. tapi pernah cuba. aku tak boleh nak ketagih macam perokok tegar tu. feel tu tak mari orang kata. bila aku hisap, lagi pening adela. aku tak tahulah macam mana dengan hisap rokok ni boleh melegakan kepala dan menyelesaikan masalah *huhu

Hukum hisap rokok ni pun banyak yang bercanggah dalam agama. sekejap kata boleh, sekejap kata haram, sekejap kata makruh. ntahlah. kalau dah was-was tu, baik jangan hisap rokok. tak terasa satu beban ke bila harga rokok tu naik ek? kalau aku, terus berhenti kot. kalau tak boleh on the spot, cubalah berhenti perlahan-lahan. insyaAllah boleh punya *huhu

Psst~! aku rasa satu kerugian yang besar kalau kita start merokok balik setelah bertahun-tahun berhenti daripada merokok...
26 komen bernas

Rokok Dunhill 20 Batang Naik Harga

October 3, 2010

Assalamu'alaikum...

Dah naik 70 sen start Isnin ni.. still xnak berhenti merokok ke? bukan Dunhill je naik harga, semua jenama rokok naik. so kos sara hidup pun naik gak r kan bagi perokok tegar..

Dahla Dunhill 14 da xde, sanggup lagi beli Dunhill 20 yang sekotak tu RM10..

Pesanan ringkas untuk teman2 dan sahabat2 yang aku kenali termasuk bapak aku sendiri. sila berhenti merokok!!!.. xpun sila berhenti bakar duit..

Psst~! kalau naik sekotak sampai 100 pun aku rasa ramai je yang membeli. tapi style membeli tu dah berubah... dulu sorang sekotak, sekarang sekotak kongsi 40 orang.. setengah batang untuk seorang.. sempoi r weh.



bighandesign

sape2 nak badge macam kat atas ni, sila masuk ke SINI.
24 komen bernas