Showing posts with label rokok. Show all posts
Showing posts with label rokok. Show all posts

Melaka bebas asap rokok

June 6, 2011

Assalamualaikum...

Aku tak hisap rokok, aku tak suka bau asap rokok, aku tak suka belikan rokok untuk orang lain, aku tak suka nak buangkan puntung rokok orang lain dan aku tak suka nak pijak rokok.

Bagus sangatlah tu Melaka dah isytiharkan 5 kawasan dalam negeri tersebut sebagai kawasan zon bebas asap rokok, (warisan dunia Melaka, Melaka Raya, Melaka International Trade Centre (MITC), pusat bandar Alor Gajah dan pusat bandar Jasin) aku suka! tapi kenapa tak isytiharkan seluruh Malaysia je ek? ohh aku tahu, nanti ramai smokers yang memberontak tak tentu pasal. bagi dorang, rokok tu segala-galanya lebih dari anak bini dan kawan-kawan. sat gi dorang semua mati sebab asap rokok macam mana? baru nak menyesal seumur hidup ka? tak ada guna.

Alah dorang semua ni, mana nak beringat. janji ada duit, kedai yang jual rokok, setle semua masalah dan nafsu serakah. dari dulu lagi aku mencari apa kebaikan merokok ni. yang aku tahu, boleh release tension, kurangkan selera makan untuk jadi kurus, hilangkan bau badan dengan asap rokok, macam-macam lagi la. haihh takda cara lain da ka? asap rokok tu buat non-smokers pening kau tau dak? 

Cuba bayangkan, bini kau tengah drive. kau dok sebelah punyala baguih dok sedut rokok. tapi asap rokok kau tak potong, p biar merewang dalam kereta. tangan bini kau ada dua ja. 2-2 tengah pegang stereng kereta. tapi kalau dah sebelah tangan dok halau-halau asap rokok, maunya si bini tak fokus? kalau eksiden macam mana? anak-anak yang dok belakang toksah dok cerita la, dari awal lagi tekup mulut dengan tangan. 'ayah, busuklah bau asap rokok. adik pening ni.' ada ayah sibuk nak buang rokok tu? buang tu memang buang, tapi kena tunggu habis dulu la. adik tau apa. dayus punya ayah.

Ihsan Google

Lagi satu, yang ni pun aku heran semacam. smokers yang hisap rokok dalam tandas. adeh! apa kau ingat sorang je yang bayar 30sen untuk masuk tandas tu? orang lain nak memerut dengan selesa, tapi bila kau masuk terus terbantut. kau tau tak tandas tu kecik, kedap udara plak tu. sekali kau hisap then hembus asap rokok, boleh pengsan semua orang yang ada dalam tandas tu. sellfish sungguh hang ni. cuba cita kat aku sikit, bila hisap rokok time memerut, taik sebesar alam boleh terus jatuh dalam mangkuk tandas ek? tak feel la macam tu. cuba hayati sikit, haihh.

Kerajaan naikkan harga rokok? aku tengok macam sama je perangai orang yang merokok ni. lagi-lagi orang kaya. taula duit banyak, setakat RM10 untuk 20 batang, takde hal la, celah gigi kan? tapi kalau gigi tu rosak disebabkan rokok, nak kata celah mana plak? bagi orang yang tidak berkemampuan plak, rokok halal naik harga, mereka beralih ke rokok haram plak, yang murah, seludup punya. susahlah bercerita tentang rokok ni. macam tak ada kesudahan je. sekat yang tu, ada alternatif lain plak. manusia kan kreatif dan bijak ke arah membinasakan diri sendiri.

Renti-rentikanla hisap rokok tu. tak ada faedah langsung. ada sesetengah fatwa kata haram, ada sesetengah kata makruh. Islam ni mudah je, kalau dah timbul keraguan, haram terus. bila buat sesuatu yang haram, dapat dosa. tapi kita nak pahala bukan dosa. akal fikiran ada kan? sila gunakan sebaik-baiknya.

Ihsan Google

Psst~! tahniah Melaka sebab berani mengisytiharkan 5 kawasan tersebut sebagai kawasan zon bebas asap rokok. negeri-negeri lain tak nak ikut ke? semoga Melaka bebas asap rokok menjelang 2013, inshaAllah.

Sumber

13 komen bernas

Alhamdulillah sekarang dah kurang.

January 7, 2011

Assalamualaikum...

Sejak berpindah ke Melaka untuk sambung belajar ni, aku baru terperasan satu benda yang aku suka sangat nak hindarinya sejak dari dulu lagi.. kalau dulu, benda ni sentiasa membuatkan aku pening kepala, tension dan sebagainya. setiap kali benda ni muncul, aku mesti cari helah untuk mengelak.

Tapi sekarang, aku terasa macam dunia ni aman sangat dab bebas dari benda tu. pergi sana, takde benda tu, pergi situ pun takde jugak benda tu. bukannya 100% takde, tapi kuranglah. nak dibandingkan dengan keadaan di KL, memang jauh sekali. di KL, benda tu merata-rata kot.

Korang nak tahu apa benda tu? sebenarnya, 'benda' yang dimaksudkan tu ialah asap rokok *huhu betul aku cakap ni. semua rakan rumah sewa aku tak hisap rokok. alhamdulillah buat masa sekarang ni. patutlah aku terasa segar semacam. harap-harap kesegaran ni akan berlanjutan sampai bila-bila..

Aku memang tak hisap rokok. tapi pernah cuba. aku tak boleh nak ketagih macam perokok tegar tu. feel tu tak mari orang kata. bila aku hisap, lagi pening adela. aku tak tahulah macam mana dengan hisap rokok ni boleh melegakan kepala dan menyelesaikan masalah *huhu

Hukum hisap rokok ni pun banyak yang bercanggah dalam agama. sekejap kata boleh, sekejap kata haram, sekejap kata makruh. ntahlah. kalau dah was-was tu, baik jangan hisap rokok. tak terasa satu beban ke bila harga rokok tu naik ek? kalau aku, terus berhenti kot. kalau tak boleh on the spot, cubalah berhenti perlahan-lahan. insyaAllah boleh punya *huhu

Psst~! aku rasa satu kerugian yang besar kalau kita start merokok balik setelah bertahun-tahun berhenti daripada merokok...
26 komen bernas

Kemungkinan dalam rokok ade darah babi?

March 30, 2010


yeke?adakah?btul ke? hurm... hah! apelagi perokok tegar, berenti la hisap rokok tuh.. xkn xde perasaan was2 lagi kot?? haram tuuu ;p

Prof Chapman dari University of Sydney da wat kajian tentang rokok ni..mmg ade sesetengah rokok tu cnfrm ade darah (haemoglobin) babi.. yg lain2 tu dalam kajian. patutla korg rase sedap kn bile sedut, ade rase manis2 tak? haha de kate maybe.. kalu btul ade, korg berenti la hisap ek. leh jage kesihatan skali. lagi2 kalau kite ni umat islam, terang2la haram kalu da ade bnde tu. xkn nk samak saluran nafas ngn lidah kot? cnfirm2 r muntah bile rase air tanah tu.

'dorg' ni xpk da ape kndungan dalam rokok tu. yg penting profit dorg bertambah dari tahun ke tahun. dorg ni pn pandai. bnde tu leh memudaratkn ksihatan, tapi ade public kisah nk saman syarikat2 yg buat rokok ni?xde kn. sbbnye 'dorg' pandai amik hati public, 'dorg' dermakn sket keuntungan jual rokok tu kt pihak2 kesihatan, badan2 kebajikan, tolong org2 susah ke..so dari situ, public xakan pk da buruk2 'dorg' ni. pandai kan?? hehe ape2 pun korg pk2 la sndri mane baik ngn buruknye. stiap manusia dikurniakan akal fikiran n kemahiran utk berfikir dgn waras. so gunala ngn sebaik2nye akal tu. jgn smpai makan diri, merana nanti. sekian... ;)

"The Jewish community certainly takes these matters extremely seriously and the Islamic community certainly do as well, as would many vegetarians."

sumber asli berita terkini : SUMBER klik sini

0 komen bernas