Duit Bunian Di Alam Maya?

September 5, 2010

Assalamu'alaikum...

Duit bunian? hurm susahla aku nak percaya kalau x pernah tengok dengan mata sendiri. entry ni bermula apabila mak aku suruh adik aku pergi beli santan kat pasar borong Selayang pada pukul 2 pagi, sebab disuruh beli awal takut santan habis. mak aku nak buat nasi dagang pasal ada orang tempah..

Mak aku bagi RM30 kat dia, semuanya not RM10, 3 keping. adik aku ni plak, dia suka belek2 duit tu. tiba2 plak dengan selamba dia berkata, 'eh ni duit bunian ni' aikk confident giler cakap dengan aku macam tu. lepas tu dia bgtaw yang nama Gabenor kat atas duit tu Aishah. korang taw x bila plak si Aishah ni jadi Gabenor?.. setau aku, ada 7 orang yang pernah menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia. start dari...

  • Tan Sri W H WilcockJanuari 1959 - Julai 1962
  • Tun Ismail bin Mohamed AliJulai 1962 - Julai 1980
  • Tan Sri Abdul Aziz bin TahaJulai 1980 - Jun 1985
  • Tan Sri Dato' Jaffar bin HusseinJun 1985 - Mei 1994
  • Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd DonMei 1994 - Ogos 1998
  • Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin SulaimanSeptember 1998 - April 2000
  • Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar AzizMei 2000 - Kini

Ha, ada x Gabenor negara kita yang bernama Aishah? hehe xde kan.. adik aku kata dia dah banyak kali jumpa duit bunian ni. dia buat x taw je. sebelum ni aku just taw dari akhbar/majalah je pasal duit bunian ni. dan aku pun taw jugak pasal Gabenor alam bunian ni bernama Aishah. tapi bagi aku, first time kot dapat tengok dengan mata sendiri duit bunian tu.

Korang x percaya ek? yelaa ni aku ada selitkan sikit gambar2 duit yang aku amek. pandai2la korang nilai ek. aku pun x mahir sangat nak menilai duit2 ni. tapi kalau dah perbezaannya ketara sangat, apa lagi yang aku boleh simpulkan? korang perhatikan betul2 ek.. kalau ada apa2 nak komen, macam biasalah, kotak komen kat bawah ni hehe

Tapi sebelum sebelum korang fikir benda ni adalah khurafat atau tahyul, meh baca sini dulu, Adakah Benar Juga Jika Manusia Boleh Meminjam Wang Dari Orang Bunian? , baca pasal bunian kat sana, dalam Ruangan soal jawab kemusykilan agama. lepas tu baru nilai k :)


klik untuk tumbesaran


perhatikan line menegak yang berkilau tu, not yang tengah2 ada x?

nama Gabenor
Opsssss!!!

Meh sini plak aku nak dedahkan perkara yang sebenar. tandatangan tu memang kalau sekali baca, akan berbunyi Aishah. tapi yang sebenarnya, itu adalah tanda tangan milik Gabenor Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman, Gabenor Bank Negara yang keenam. kalau korang x percaya, meh baca SINI plak. hehe ni kisah lama sebenarnya. dan baca kat sini untuk mengenali tandatangan2 Gabenor Bank Negara.

psst~! adik aku pakai duit tu buat beli santan... dan jangan mudah terpengaruh dengan apa yang cuba disampaikan. seelok2nya, buat kajian dulu. jangan marah yer :)

1 komen bernas

Short Note # 2 - Mengenal Huruf Jawi, Ya

September 4, 2010

Assalamu'alaikum...

Ini huruf ya.. titik titik kat bawah huruf ya ni ada berapa sebetulnya? 2 kan?

kalau nak tulis huruf ya ni, titik titiknya sepatutnya didahulukan dari kanan ke kiri atau dari kiri ke kanan dulu?

err macam mana nak tulis huruf ya ni?

'macam ni ye sahabat2ku'... kata guru kepada anak2 murid yang sebaya dengannya.

Terkedu aku tengok seorang cina muslim yang baru memeluk Islam ni nak belajar huruf2 jawi. betapa semangatnya dia nak memahami huruf tu betul2 sebelum dia menulisnya. alhamdulillah dia dah mendapat hidayah dari Allah untuk memeluk Islam..

sambung guru tu lagi, 'huruf ya ni huruf yang ke-28 dalam abjad arab'...

psst~! korang ingt lagi x nak menulis dalam bahasa jawi?
0 komen bernas

Dugaan Hari Jumaat - Tayar Pancit

September 3, 2010

Assalamu'alaikum...

Hari Jumaat seperti biasa, pukul 7 pagi lagi aku dah keluar nak pergi kelas.. selamat jalan x jem sangat... intro je ni ;p

Dan seperti kebiasaannya jugak lepas kelas aku terus pecut kereta balik ke rumah. ingat hajat di hati nak basuh kereta, lepas tu tido jap sambil tunggu solat jumaat.. tapi tu semua angan2 mat jenin je ni untuk jumaat hari ni..

Sebelum sampai ke rumah, tayar kereta aku buat hal plak.. tiba2 je kempis. kalau ada tinggal angin sikit xpe lagi. ni x, FLAT terus!! tapi alhamdulillah aku perasan awal. dan aku bersyukur jugak sebab tayar x kempis masa tengah berdesup laju nak kejar masa atas highway tadi..

Elok2 je lepas berehat kat traffic light sementara tunggu lampu hijau, aku mula rasa x sedap hati. awat rasa menggerutu plak kereta ni? arghhh dalam hati terus detect ni mesti tayar pancit. bagi hazard light, pelan2 masuk ke lane kiri. berhenti...
rata terus!!!

Selamat aku x gabra. dalam otak terus fikir step by step macam mana nak tukar tayar. dan untuk pengetahuan korang semua, first time benda ni jadi kat aku. kena tukar tayar kereta sendiri secara manual haha aku bukak bonet belakang, keluarkan semua benda yang ada kena mengena dengan proses untuk menukar tayar yang pancit atau bocor seperti spanar simpang empat(pembuka nut tayar), jack, tayar spare...
habeh kotor tangan haha

Tengah aku syok2 memulas2 spanar simpang empat tu, tiba2 je ada horn berbunyik. laaa lori besar horn sebab aku berhenti betul2 depan pintu masuk building construction.. ceittt x gabra apa afiq? berhenti x tengok kiri kanan.  kan da block jalan lori tu wakakaka

Tapi bro yang bawak lori tu baik hati. lepas dia dia taw je apa masalah sebenar, dia terus turun untuk tolong aku. bro tu tolong jack kan kereta. kurang sikit rasa penat nak tukar tayar tu. aku just bukak tayar dan pasang balik tayar spare. alhamdulillah setle.

Aku terus blah dari situ dengan senyuman dan ucapan, 'THANKX BRO!!!' serta diiringi ucapan balas dari bro tadi, 'SAMA2!!!'

Bagi yang x pernah merasa lagi kes2 yang macam ni, meh tengok kat sini, Cara-cara Untuk Menukar Tayar Pancit. just in case tiba2 plak berlaku kat korang, korang da prepare awal2.

psst~! selamat x berlaku time jalan sesak.. dan aku berharap sangat perjalanan pulang ke kampung nanti berjalan dengan lancar.
0 komen bernas