Hari Jumaat seperti biasa, pukul 7 pagi lagi aku dah keluar nak pergi kelas.. selamat jalan x jem sangat... intro je ni ;p
Dan seperti kebiasaannya jugak lepas kelas aku terus pecut kereta balik ke rumah. ingat hajat di hati nak basuh kereta, lepas tu tido jap sambil tunggu solat jumaat.. tapi tu semua angan2 mat jenin je ni untuk jumaat hari ni..
Sebelum sampai ke rumah, tayar kereta aku buat hal plak.. tiba2 je kempis. kalau ada tinggal angin sikit xpe lagi. ni x, FLAT terus!! tapi alhamdulillah aku perasan awal. dan aku bersyukur jugak sebab tayar x kempis masa tengah berdesup laju nak kejar masa atas highway tadi..
Elok2 je lepas berehat kat traffic light sementara tunggu lampu hijau, aku mula rasa x sedap hati. awat rasa menggerutu plak kereta ni? arghhh dalam hati terus detect ni mesti tayar pancit. bagi hazard light, pelan2 masuk ke lane kiri. berhenti...
rata terus!!! |
Selamat aku x gabra. dalam otak terus fikir step by step macam mana nak tukar tayar. dan untuk pengetahuan korang semua, first time benda ni jadi kat aku. kena tukar tayar kereta sendiri secara manual haha aku bukak bonet belakang, keluarkan semua benda yang ada kena mengena dengan proses untuk menukar tayar yang pancit atau bocor seperti spanar simpang empat(pembuka nut tayar), jack, tayar spare...
habeh kotor tangan haha |
Tengah aku syok2 memulas2 spanar simpang empat tu, tiba2 je ada horn berbunyik. laaa lori besar horn sebab aku berhenti betul2 depan pintu masuk building construction.. ceittt x gabra apa afiq? berhenti x tengok kiri kanan. kan da block jalan lori tu wakakaka
Tapi bro yang bawak lori tu baik hati. lepas dia dia taw je apa masalah sebenar, dia terus turun untuk tolong aku. bro tu tolong jack kan kereta. kurang sikit rasa penat nak tukar tayar tu. aku just bukak tayar dan pasang balik tayar spare. alhamdulillah setle.
Aku terus blah dari situ dengan senyuman dan ucapan, 'THANKX BRO!!!' serta diiringi ucapan balas dari bro tadi, 'SAMA2!!!'
Bagi yang x pernah merasa lagi kes2 yang macam ni, meh tengok kat sini, Cara-cara Untuk Menukar Tayar Pancit. just in case tiba2 plak berlaku kat korang, korang da prepare awal2.
psst~! selamat x berlaku time jalan sesak.. dan aku berharap sangat perjalanan pulang ke kampung nanti berjalan dengan lancar.
0 komen bernas:
Katakan sesuatu...