Home » , , » Duit Palsu Dari Mesin ATM

Duit Palsu Dari Mesin ATM

September 16, 2010

Assalamu'alaikum...

RIYADH: Laporan kononnya beberapa mesin pengeluar wang automatik (ATM) di daerah Hayy Al-Wazarat mengeluarkan wang kertas palsu SR500 (RM420) mencetuskan suasana cemas di kalangan pengguna.
E-mel dan mesej pesanan ringkas (SMS) yang beredar di kalangan warga asing menasihatkan mereka supaya tidak menggunakan mesin itu di daerah berkenaan ketika pengeluaran wang menerusi ATM meningkat ketika cuti Aidilfitri.
Walaupun beberapa usaha dilakukan, akhbar Saudi Gazette gagal menghubungi bank terbabit bagi mendapatkan kenyataannya. Warga India, Firdous Khan memberitahu akhbar itu, sekurang-kurangnya tujuh pengguna ATM yang dikenalinya mengalami kerugian kerana wang palsu itu.
Katanya, seorang rakannya pergi membeli belah di kedai runcit yang berdepan dengan mesin ATM itu dan juruwang dapat mengesan wang palsu berkenaan.
“Ketika cuti Aidilfitri, seorang rakan saya mengeluaran SR3,500 dari mesin ATM dan pergi berbelanja di kedai berhampiran.
“Juruwang kedai itu mengesan mata wang palsu dan melaporkannya kepada polis,” katanya.
Menurutnya, mangsa berdepan dengan kesukaran untuk meyakinkan polis kerana semua wang yang dikeluarkannya daripada mesin itu palsu.
Firdous berkata, pengguna boleh mengeluarkan sebanyak SR5,000 sehari tetapi adalah lebih selamat jika mereka mengeluarkannya dalam bentuk wang kertas SR100 (RM84) bagi mengelak daripada berdepan dengan masalah yang tidak diingini. Bagaimanapun, menurut beberapa pegawai bank, tidak ada mesin ATM di Arab Saudi yang boleh mengeluarkan wang kertas palsu kepada pelanggan kerana semuanya dilengkapi alat pengesan wang palsu. Sumber myMetro

Mak aih.. perkara macam ni pun boleh berlaku ke? kalau bukan pada bank, kita nak percaya kat siapa lagi untuk simpan duit? pihak bank sepatutnya kena peka kalau benda2 camni berlaku. kerana nila setitik, rosak susu sebelanga nanti. harap2 perkara macam ni x terjadi di Malaysia.

Itula.. robot dan komputer xleh nak menyaingi 100% kebolehan dan keistimewaan manusia. jangan nak mengagungkan sangat robot2 ni. nanti lama2 dia pijak kepala kita macam dalam cerita 'Terminator' tu.. haha aku bukan apa, setiap kali nak keluar duit dari atm, aku memang akan percaya 100% duit yang keluar tu, duit asli dan tulen. siapa x nak percaya beb, dah mesin atm je tempat utama(waktu malam) untuk mengeluarkan wang simpanan kita selain kaunter bank. 4surela kena percaya 100%.

psst~! setiap kali keluarkan duit dari atm, korang kira x duit tu sebelum korang blah? yakin giler2 ke?

0 komen bernas:

Katakan sesuatu...

This Is A Do-Follow Blog