Korang pernah jual barang secara online? x kisahlah jual apa pun. bagi sapa2 yang pernah, 2 terms ni memang korang dah familiar sangat2 dah, pos dan COD, cash on delivery. dalam menjalankan perniagaan secara online ni, korang lebih suka berurusan dengan cara apa?
Minggu ni saje dah 2 kali aku hantar barang pakai perkhidmatan poslaju.. sebelum2 ni kalau aku nak jual barang secara online, aku lebih prefer untuk berurusan secara COD.. sebab apa? sebabnya dengan cara COD ni aku leh berjumpa terus dengan pembeli, face to face.. then pembeli pun boleh terus tengok barang-barang tu before dorang nak bayar. baru 2-2 pihak puas hati!
Sebenarnya sebelum ni, aku x percaya langsung dengan perkhidmatan secara pos ni. sebab dah banyak kali aku dengar yang barang rosak atau jahanam bila sampai ke tangan pembeli. then mulala pembeli tu complain jual barang rosak la, tipu la, macam2 lagi la yang boleh buat gegendang telinga ni sakit. lepas tu siap2lah sebab segala informasi tentang penjual akan direveal ke serata dunia yang kata kau ni penipu. so untuk x memeningkan kepala aku, baik aku jual barang secara COD.
Berbalik kepada poslaju, aku gagahkan diri untuk menjual barang2 yang aku dah advertisedkan dalam lowyat forum secara pos setelah didesak oleh pembeli yang nak sangat membeli barang aku tu. so aku pun bersetuju. aku cakap kat dia, segala risiko masa barang tu dalam penghantaran, aku x tanggung. and you will have to make a payment first, then baru saya pos your barang. dalam hal ni, 2-2 pihak kena jujur, jangan nak tipu. sekali kau dah tipu orang, selama2nya orang x akan percaya kat kau lagi.
----------------------------------------------
Dengan bantuan encik google, sepantas kilat aku search poslaju untuk mengetahui kadar bayaran pos bagi setiap kilogram. lepas tu aku search plak pusat poslaju yang terdekat dengan rumah aku. bila dah tau maklumat untuk semua tu, aku bergegas plak ke kedai Buku Popular untuk membeli kertas minyak(cokelat atau putih) sebagai pembalut barang2 yang aku nak pos tu. x mahal pun,segulung dalam seringgit je, atau maybe lagi murah kat tempat korang.Aku ni lelaki. ada lelaki yang berseni, ada yang x pandai berseni. dan aku ni dalam kategori yang x berseni sikit sebab x reti sangat nak balut kotak keras tu dengan kertas minyak secara kemas dan cantik. aku pulun je sebab nanti pembeli pun akan koyak jugak kertas minyak tu. so untuk apa balut cantik2? kalau buku teks ke, xpela gak pasal nak pakai lama haha tapi kalau korang nak balut cantik2 pun apa salahnya.
Bila dah siap balut, kena tulis plak details pembeli kat atas kotak tu macam nama pembeli, alamat penerima berserta poskod dan nombor telefon. tu semua penting. kalau x tulis dengan betul, alamatnya x sampaila barang tu. aku tulis dengan permanent pen maker, besar2 plak tu haha lepas dah siap semua tu, apalagi, start enjin kereta terus pergi pusat poslaju yang dekat dengan rumah aku..
Sampai2 je sana, aku amek borang then isi apa yang patut. kalau korang x taw nak isi apa, tanya je staff2 poslaju yang ada kat situ, confirm dorang tolong punyalah. aku serahkan bungkusan tu kepada akak comel untuk ditimbang beratnya. dan akhir sekali akak comel tu kata, semua sekali RM5.60 je..murah kan? erkk haha yela kak. aku catit tracking number yang pada resit tu then aku text pembeli aku yang barang anda telah dipos. kalau dah sampai sila update saya yer :D saya jual!
Itu jelah sedikit sebanyak pengalaman pertama aku dalam menghantar barang secara pos ni.. kenapalah dulu aku anti sangat dengan perkataan pos. padahal dah banyak barang yang sampai ke sana, ke sini.. itulah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga...
psst~! pembeli dah text aku, barang yang aku pos tu dah sampai. wahhh syukur alhamdulillah! sekarang tengah tunggu status untuk barang yang kedua plak.. harap2 sampai.
1 komen bernas:
dulu masa nak hantar kuih gunting dari sabah ke johor beratnya sengaja kami lebihkan sikit dari 1 kg jadi 1.2 kg. Hantar guna pos laju kena caj dekat RM20. itu hantar masa tahun 2010, kalau dah masuk 2011 tak tahulah kalau naik lagi harga pos laju ni.
Katakan sesuatu...