MANILA: Seorang lelaki dihukum penjara 14,400 tahun kerana merogol anak remajanya hampir setiap malam selama setahun, kata pegawai perundangan, semalam, selepas mahkamah menolak rayuan dikemukakan tertuduh sebelum ini.
Lelaki terbabit - seorang penarik beca - menjadikan anaknya perempuan berusia 13 tahun sebagai pemuas nafsu ketika isterinya pergi ke Hong Kong untuk bekerja sebagai pembantu rumah.
Hakim Mahkamah Rayuan, Mario Guarina, berkata kes itu adalah yang paling serius dilakukan ke atas remaja dalam sejarah perundangan Filipina. Guarina mengekalkan sabitan mahkamah terdahulu pada Mac 2006 yang mendapati tertuduh bersalah atas 360 tuduhan rogol. Mahkamah juga mengarahkan dia dihukum penjara 40 tahun bagi setiap kesalahan.
Pada asalnya, penarik beca itu dihukum mati tetapi Filipina membatalkan pelaksanaan hukuman itu tiga bulan kemudian. Mahkamah diberitahu, bapa kepada tiga anak itu mula merogol mangsa pada Januari 2001 dan berlanjutan 368 hari. - AFP sumber - myMetro
psst~! hang gilo ko apo pergi rogol anak sendiri selama setahun? hampir setiap malam plak tu.. memang padanla kena penjara 14,400 tahun. lame tuuu.. ko pun belum tentu dapat hidup lebih dari setahun..
12 komen bernas:
eh eh..bek hukum mati je terus..adess..
memang padan hukum tue ngan pak cik nih...zalim giler siot..anak jd mangsa..biar terseksa dlm penjara..tp semoga pak cik ni insaf..
dahsyat betul sampai setiap malam. ingat anak dia tu binatang ke apa..
baguslah hukuman tu dijatuhkan atas dia. ntah bape lama je pun dlm penjara tu~
tetiap malam? miahahahaa tak patut betul hehe 14,440 tahun? kalau idop pon, kuar penjara entah macamane rupa ekekee
ish3~ macam2 la skrg nih...
WTF!!! geram2!!! mampus dlm penjara!!!
@padin
haha aku rase lebih teruk dari zombie kot..
@Gayahspears
yeah bia dia mampus dalam sana..pandai buat,pandai tanggung la kan.
@najihah sahami
hehe tu la pasl..baik hukum gantung je..xpun cakap penjara seumur hidup..hehe macam2 dunia sekarang ni.
apoko dah ilang akai ko apo...
manusia tu mmg patut dhukum mati pun..
geram bbenor eden ni...
@Izan Ishak
itula pasal kak..ngn anak sendiri pun sanggup..setan ke apela dia tu..
adoi anak sendiri lak dikerjakan...
adoyaiii...ini la yg trjdi ble pkr gune kpla..tp kpla lutut..*__*
Katakan sesuatu...