Youtube bergelap

March 26, 2011

Assalamualaikum...

Okeh campaign earth hour dah tamat.. tapi kalau aku tak nak bukak lampu lagi boleh tak? haha xpela, dah berpinau mata aku ni duduk depan laptop dalam kegelapan.. tadi masa earth hour aku saje bukak laman youtube.. then aku nampak ini..


Apa yang korang nampak? mesti korang nampak matluthfi90 kan? actually aku nampak background laman youtube berlatarbelakangkan hitam.. so aku dengan niat plagiat, terus menukar warna background afiqbukhari.com kepada warna hitam sebagai tanda sokongan kepada kempen earth hour. tak salahkan? ada sesiapa yang perasan? kalau tak perasan xpela haha


Psst~! member aku datang rumah tadi. then dia tanya, pukul berapa TNB nak shutdown semua lampu rumah kita ni sempena earth hour? aku tersenyum sinis sambil berkata, ntahla... ;p
8 komen bernas

Malaysia Earth Hour 2011

Assalamualaikum...

Yop, ini malam, malam Earth Hour.. mohle kite tutup semua benda yang boleh ditutup.. kalau boleh, tutup line internet.. kalau tutup benda tu, confirm semua benda kita boleh tutup.. sebab internet sekarang kan macam dadah.. addicted kot.. xde internet, semua(tak semua) macam cacing kepanasan nanti hehe. just kidding..


Apa salahnya kita support kempen earth hour ni kan. tak silap aku, 128 negara will join this campaign.. meriah tu.. macam sambut raya plak.. tapi memang bagus pun kempen ni. atleast dapat memberi bumi sedikit ruang untuk 'bernafas dan berehat'.. bumi ni sebenarnya dah penat melayan karenah kita a.k.a manusia yang begitu rakus mengejar kekayaan yang tak kemana.. sejam itu pun dah kira cukup bermakna bagi bumi.

Tapi ada sesetengah orang complain yang kempen earth hour mendatangkan keburukan. keburukan dari segi keselamatan. kalau dah bergelap, penjenayah senang nak beraksi(biadap sungguh wahai insan yang bergelar penjenayah). so terpulang kepada individu macam mana nak support this campaign. mungkin tutup lampu, tapi pasang lilin ke.. support jugak kan.. tapi jangan lupa dengan keselamatan diri sendiri dan keluarga. beringat sekali.

Psst~! jangan lupa tutup lampu, start pukul 830 sampai 930 malam k..
15 komen bernas

Moden, tapi kuno

March 23, 2011

Assalamualaikum...

Daha lama aku tak basuh baju guna cara tok nenek moyang aku dulu.. last aku guna masa sekolah menengah dulu.. masa tu dah canggih sikit, dah ade mesin basuh rm1. cuma aku nak praktik cara orang-orang terdahulu basuh baju je.. cari tempat yang sesuai then port semua baju-baju kotor kat situ.. sabun serbuk ditaburkan dan berus sabut dihayun.. kanan kiri, kanan kiri..

Buat apa aku susah-susah basuh baju cara macam tu zaman sekarang ni? mesin basuh kan ada.. baru la moden orang kata... banyaklah modennya.. mesin basuh kalau rosak, kuno jugak jadinya. puas aku masukkan air, tunggu dia penuh baru tutup air.... erkk ada sedikit kekunoan di situ.. yer mesin basuh aku semi-auto.. tang wash, rinse dan spin semuanya auto.. tang masuk air, manual.. mesin basuh orang bujang la katakan..

Bila air dah penuh, aku tunggu dia berpusing.. agak lama menunggu tak jugak dia berpusing. bunyi je lebih.. arghhh ini kalau tak cukup air, mesti rosak.. aku buang air then masukkan balik.. same as before.. haprak! sah rosak! nah korang tengok sendiri.


Kalau tengok dari atas, memang tak nampak apa yang rosaknya. nampak macam baru kan. tapi cuba tengok dari dalam...


Tengok, macam mana tah screw tu naik sendiri sampai macam tu sekali.. ingat nak jadi mcgyver tak bertauliah sekejap. screw driver dicapai.. tangan ligat memutar screw.. dan hasilnya, hampeh! screw tu dah longgar.. patutlah mesin basuh tak berpusing. kesudahannya, baldi dan berus sabut menjadi peneman setia.

Psst~! duit lagi.. nak DIY tak boleh plak, tak tahu sangat apa yang rosaknya..
20 komen bernas