Masaku berlalu dengan pantas...

December 7, 2011

Assalamualaikum...

To afiqbukhari, what can I say here is, 'hidup segan mati takmau'. yes! it is because kau re-open your blog but kau did not manage to update it frequently. what for kalau kau ada blog?

Uwaaaa sungguh terasa bila ada orang sound macam tu. kalau si dia baca ni, confirm ketawa ngehngehngeh punya haha. no hard feeling la. ada betul jugak si dia cakap macam tu. aku pun macam endah tak endah je dengan blog kesayangan ni. kejap kau buka, kejap kau sepi. readers pun lari macam tu. tapi tak apalah asalkan ada lagi yang sudi membaca afiqbukhari. terima kasih daun keladi.

December of 2011 sudahkan sekarang? pejam celik pejam celik dah nak dekat setahun aku belajar degree. cepat betul masa berlalu. betullah orang kata, 'kita ni apabila semakin berumur, semakin cepat waktu itu berlalu'. ada betul?

Yes betul. masa kita kecil-kecil dulu, ada kita fikir nak buat sesuatu dengan serius untuk sejam yang akan datang? aku tak terfikir langsung sebab masa kecil, aku hanya terfikir untuk bermain je. so dunia aku masa tu memang penuh dengan aktiviti yang melalaikan dan menggembirakan. biasalah budak kecil kan. so berbalik kepada statement aku yang di atas tadi, memang waktu kecil kita, terasa seperti lambat je masa berlalu. memang kita berfikir, tapi berfikir untuk bermain dan terus bermain. minda pun tidak penat dan stress. mungkin agaknya sebab itu la kot masa kita masa kecil lambat je berlalu.


Tetapi apabila kita sudah memasuki alam remaja nak ke dewasa sikit-sikit, otak akan mula berperanan sebagai sebuah sistem yang bakal memenatkan badan tetapi, memberi kebaikan kepada diri kita sendiri. habis SPM, kita dah mula terfikir macam mana nak apply untuk masuk 'U'. sama dengan the next punya apply, diploma, STPM, degree, master, PHD and so on. perbuatan berfikir sebenarnya tak akan habis di situ je. lepas apply pun nak kene fikir aku ni dapat ke tak tawaran ke 'U'. sambil berfikir sambil buat benda lain. kiranya 2 pekerjaan dalam satu masa. tak ke korang terasa yang masa kita ni berlalu dengan cepatnya?

Aku ni pun belum masuk lagi ke alam pekerjaan yang penuh dengan pancaroba. mungkin kecepatan masa berlalu tu akan lagi pantas daripada kecepatan masa berlalu yang sedia ada sekarang ni? Wallahualam. so hargailah masa kerana masa itu emas dan masa itu juga merupakan 'sesuatu' yang tidak boleh diundur.

Psst~! masa itu emas, dan emas itu barang pelaburan. pandai guna masa maknanya pandai membuat duit ;)
5 komen bernas

Tab

November 11, 2011

Assalamualaikum,

Seminggu punya midterm break dah nak habis. kepala pusing dey! satu hape pun tak study. ini penangannya bila dapat balik rumah keluarga kan. semua benda yang di plan sebelum naik cuti tak menjadi. kecuali makan, makan dan makan! confirm berat badan naik. tapi takpe boleh turun balik *confident ;p

Jamming lagi satu hal. ingat senang nak hafal beat2 lagu yang berterabur ni? greng sana, grong sini, bedebok sana bedebok sini. pernah dengar lagu self-esteem by The Offspring? first time aku dengar, kepala piau+pening. awat berterabur sangat nih? arghhh dengar banyak kali pun tak dapat nak tangkap. last2 cari tab dalam internet. follow satu-satu tab tu sampai dapat hafal.


Susah juga nak jadi musician ni. kecuali la yang kita ni gifted. dengar apa lagu je pun, otak tu freewilly je nak interpret lagu tu jenis apa, rentak macam mana, dan yang paling gifted sekali, know how to play that kind of song without referring any references. tabik spring sama itu orang.

Sebenarnya tak ada apa yang nak dicoret sangat. tangan aku je yang gatal nak tulis something dalam blog. I JUST GOT BORED!

continue listening~undisclosed desire,self-esteem,wherever you will go,cinta muka buku, percaya padaku...

ps~teringin nak ada drum set sendiri. but got no space and not enough of money haha


2 komen bernas

Tinted

November 10, 2011

Assalamualaikum...

Cermin gelap@tinted pada cermin kereta itu penting!

Cuba korang peratikan, kebanyakkan kereta bercermin gelap. ada yang gelap sampai tak nampak dalam, ada yang gelap di cermin bahagian sisi, dan ada yang gelap di bahagian cermin belakang sahaja. tau tak apa sebab dorang gelapkan cermin kereta tu?

Firstly, bergaya. cuba tengok kereta yang bercermin gelap. handsome tak kereta tu? tuan empunya kereta handsome atau tidak, itu lain cerita. bagi aku, memang style la kereta yang bercermin gelap ni. nampak solid je body kereta tu, macam tak ada cermin langsung. kereta kebal wannabe? hee

Yang kedua, keselamatan. kebanyakkan trend sekarang ni, orang suka beli kereta jenis MPV(multi-purpose vehicle). betul tak? macam honda stream, toyota vellfire, perodua alza, proton exora. kereta keluarga la katakan, tapi perasan tak, semua kereta yang jenis tu, bercermin gelap kat bahagian belakang. tau sebab apa? sebabnya MPV ni boot belakang tak ditutup sepenuhnya. hanya dilindung oleh cermin je. so nak tak nak, memang kena gelapkan. barulah orang luar tak nampak apa barang yang kita simpan kat boot belakang tu.

Dan yang ketiga, ni baru aku tengok video kat mymetro. saje nak bangkitkan balik isu ni, kesihatan. cermin gelap ni boleh menghalang cahaya matahari yang penuh dengan UV dari terus menerus menerjah kulit tubuh badan kita. UV kan tak elok untuk kulit. betul jugak kan? selain rumah, kereta la tempat kita berlindung daripada sinaran matahari.

from google images
So cermin gelap itu penting! tapi tak adalah gelap sangat sampai 100% tak boleh nampak dalam. atleast boleh melindungi diri sendiri dan kereta cukuplah. dan kebanyakkan kereta import sekarang ni, memang dah digelapkan cerminnya. kalau kena tahan pun, tinted tu tak boleh ditanggalkan sebab cermin tu memang dah sedia gelap daripada kilang lagi. aku dah pernah cuba nak koyak tinted gelap tu, rupa-rupanya cermin tu memang dah gelap. haprak!

Aku nak bagi nasihat sikit. kalau nak tinted kereta tu, pakailah tinted yang branded@berkualiti. mahal pun tak apa sebab kereta kita nak pakai lama. kalau setakat pakai yang murah punya tinted, tak sampai setahun warna dah pudar, cepat tanggal, suhu panas dalam kereta pun sama je macam cermin kereta yang tak bertinted, what for? membazir! so pilih company yang provide warranty untuk tinted tu. biar mahal, asalkan kita puas hati untuk jangka masa yang panjang.

ps~ entry ni sebenarnya dah lama aku karang, tapi lupa nak publish. nah bacalah! dah basi kot isu ni huhu
2 komen bernas