Home » , » Dia tak salah...

Dia tak salah...

June 12, 2011

Assalamualaikum...

Di satu persimpangan lampu isyarat berdekatan dengan rumah nenek, sedang menunggu si merah bertukar kepada sang hijau,

"Anok, mokcik takdok pitih nih.  baru lepah keno samun. abih pitih mokcik 25 ringgit (tiba2 plak makcik ni cakap KL)"

Dengan riak muka yang sedih, lontaran suara yang sayu, dan kesungguhannya meminta pertolongan. Siapa tak kesian weh bila tengok seseorang merayu macam tu, lebih-lebih lagi seorang makcik tua, meminta duit, dan alasan yang diberikan memang menyentuh hati dan sanubari seseorang yang bernama manusia, 

"baru lepas kena samun".

Sehelai matawang dihulurkan dan makcik tersebut berterima kasih yang tidak terhingga sambil berlalu menuju ke kenderaan yang di belakang kami. mungkin dengan niat yang sama. harap orang di belakang menunjukkan rasa simpati kepada makcik tersebut.

Pulangnya kami ke rumah nenek, diceritakan hal sebenar, sebagai tanda peringatan kepada nenek supaya lebih berhati-hati ketika berseorangan,


Insan A : Nenek kenal tak Cik Mah? dia kena samun tadi.

Nenek : Cik Mah yang kurus-kurus tu? tinggi? pakai spek mato? Ohh kenal sangat, dio tu sebenarnyo kurang sikit. banyok kali doh dia mitok pitih dengan orang yang tak dikenali. nenek pung keno berapo kali doh dengan dio. bakponyo?

Insan A : Ohh...... kurang rupanya.. tak ada apelah.


Apa yang korang fikirkan sebenarnya?

Psst~! Tugas sebagai seorang manusia sudah dilakukan. biarlah Yang Maha Berkuasa menentukan. matawang bukanlah segala-galanya kerana sifat-sifat mahmudah itu yang paling berharga dalam diri seseorang.

8 komen bernas:

Nur Hawa Mohd Zin said... [Reply to comment]

pernah tgk mereka ni minta duit kat area highway LDP...kadang2 takot gak yela..sebab kita tak tahu mereka tu sape

Belalang hijau Perisik said... [Reply to comment]

pernah kena ngan member d ipoh...sorg pakcik ni dtg merayu2 mintak rm10 cakap motor rosak ade bengkel la hape la...kawan kesian kasi rm20...last2 dpt tau dia tipu.

tp member belalang redha...dia cakap itu antara pakcik tu dgn tuhan.sumbangan dia kpd pakcik tu ikhlas...

atieaizam said... [Reply to comment]

nice entr3.. pernah alami gak pengalaman yang sama satu ketika dulu..

ZWAN SABRI said... [Reply to comment]

Aiseyh, bila kita membantu dengan ikhlas, mulala pihak2 tertntu mula nak amek kesempatan.. haish!

MySuaraBlog: Ranking Negeri Kejuaraan Piala FA

akid said... [Reply to comment]

Haha takpela fiq.. Yang penting kita ikhlas.. Lebih tu, urusan dia dengan allah.. Lagipun dia kurang sebenarnya..

RastaMat said... [Reply to comment]

banyak kali aku kene tipu..
tapi macam ko cakap,
niat kita nak membantu kan..

najihah sahami said... [Reply to comment]

kat sini pun ada orang macam tu. kalau nenek tu xpela dia kurang. ni xde kurangnya. muda remaja lagi. ada tulang 4 kerat. sihat mental fizikal. tp malas nk keje. so, nk duit mintak ngann cikgu2 yang ngajar anak dia. lagi la hampeh. ades

Nazifa M.Zali said... [Reply to comment]

Allah swt dah tetapkan jalan hidup seseorang.hurmm terpulang pada kita nak mengubahnye atau tidak. hurmm kecian~

Katakan sesuatu...

This Is A Do-Follow Blog