Home » , , , » Melaka bebas asap rokok

Melaka bebas asap rokok

June 6, 2011

Assalamualaikum...

Aku tak hisap rokok, aku tak suka bau asap rokok, aku tak suka belikan rokok untuk orang lain, aku tak suka nak buangkan puntung rokok orang lain dan aku tak suka nak pijak rokok.

Bagus sangatlah tu Melaka dah isytiharkan 5 kawasan dalam negeri tersebut sebagai kawasan zon bebas asap rokok, (warisan dunia Melaka, Melaka Raya, Melaka International Trade Centre (MITC), pusat bandar Alor Gajah dan pusat bandar Jasin) aku suka! tapi kenapa tak isytiharkan seluruh Malaysia je ek? ohh aku tahu, nanti ramai smokers yang memberontak tak tentu pasal. bagi dorang, rokok tu segala-galanya lebih dari anak bini dan kawan-kawan. sat gi dorang semua mati sebab asap rokok macam mana? baru nak menyesal seumur hidup ka? tak ada guna.

Alah dorang semua ni, mana nak beringat. janji ada duit, kedai yang jual rokok, setle semua masalah dan nafsu serakah. dari dulu lagi aku mencari apa kebaikan merokok ni. yang aku tahu, boleh release tension, kurangkan selera makan untuk jadi kurus, hilangkan bau badan dengan asap rokok, macam-macam lagi la. haihh takda cara lain da ka? asap rokok tu buat non-smokers pening kau tau dak? 

Cuba bayangkan, bini kau tengah drive. kau dok sebelah punyala baguih dok sedut rokok. tapi asap rokok kau tak potong, p biar merewang dalam kereta. tangan bini kau ada dua ja. 2-2 tengah pegang stereng kereta. tapi kalau dah sebelah tangan dok halau-halau asap rokok, maunya si bini tak fokus? kalau eksiden macam mana? anak-anak yang dok belakang toksah dok cerita la, dari awal lagi tekup mulut dengan tangan. 'ayah, busuklah bau asap rokok. adik pening ni.' ada ayah sibuk nak buang rokok tu? buang tu memang buang, tapi kena tunggu habis dulu la. adik tau apa. dayus punya ayah.

Ihsan Google

Lagi satu, yang ni pun aku heran semacam. smokers yang hisap rokok dalam tandas. adeh! apa kau ingat sorang je yang bayar 30sen untuk masuk tandas tu? orang lain nak memerut dengan selesa, tapi bila kau masuk terus terbantut. kau tau tak tandas tu kecik, kedap udara plak tu. sekali kau hisap then hembus asap rokok, boleh pengsan semua orang yang ada dalam tandas tu. sellfish sungguh hang ni. cuba cita kat aku sikit, bila hisap rokok time memerut, taik sebesar alam boleh terus jatuh dalam mangkuk tandas ek? tak feel la macam tu. cuba hayati sikit, haihh.

Kerajaan naikkan harga rokok? aku tengok macam sama je perangai orang yang merokok ni. lagi-lagi orang kaya. taula duit banyak, setakat RM10 untuk 20 batang, takde hal la, celah gigi kan? tapi kalau gigi tu rosak disebabkan rokok, nak kata celah mana plak? bagi orang yang tidak berkemampuan plak, rokok halal naik harga, mereka beralih ke rokok haram plak, yang murah, seludup punya. susahlah bercerita tentang rokok ni. macam tak ada kesudahan je. sekat yang tu, ada alternatif lain plak. manusia kan kreatif dan bijak ke arah membinasakan diri sendiri.

Renti-rentikanla hisap rokok tu. tak ada faedah langsung. ada sesetengah fatwa kata haram, ada sesetengah kata makruh. Islam ni mudah je, kalau dah timbul keraguan, haram terus. bila buat sesuatu yang haram, dapat dosa. tapi kita nak pahala bukan dosa. akal fikiran ada kan? sila gunakan sebaik-baiknya.

Ihsan Google

Psst~! tahniah Melaka sebab berani mengisytiharkan 5 kawasan tersebut sebagai kawasan zon bebas asap rokok. negeri-negeri lain tak nak ikut ke? semoga Melaka bebas asap rokok menjelang 2013, inshaAllah.

Sumber

13 komen bernas:

Lydia Miza said... [Reply to comment]

tahniah melaka...LM benci duduk dkt2 ngan perokok

Izan Ishak said... [Reply to comment]

kak izan mmg dengar berita pagi tadi. sgt tak suka pada org yg merokok dan semua sekutunya~

Burp said... [Reply to comment]

haaalaaaa! entri poyo!! hahahaha :p

tik.tok. said... [Reply to comment]

sgt benci bau rokok... kita pon dpt effect gak sebab terpaksa hidu asap rokok tu. satu pembaziran yg amat ketara la msykt Malaysia ni. haissh. agak nye dh nazak baru sedar kot bahaya rokok tu. :(

honey amour said... [Reply to comment]

aku takdelah benci rokok sanagt sebab laki aku perokok..tp seboleh boleh aku elak asap rokok tu..

p/s: follow n link ur blog oredy :))

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@honey amour thnks, followd u back :)

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Burphaha biasaaa,

darkbatman said... [Reply to comment]

hahahaa. susah nk tgk org x hisap rokok.. blh tgk kt tmpat solat. 2pun atas masjid.. kehkehkeh.
ak mmg x merokok.. lbh sihat tanpa rokok..

Juan said... [Reply to comment]

dulu saya memang merokok, tp sekarang dah berenti lama da, x bagus hisap rokok ni, bahayakan kesihatan, saya sokong kempem bebas rokok

Ain Shdn said... [Reply to comment]

wei gila. rindu kau.

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@CikBulat haha jgnla rindu sgt, kang gila x pasal2 ;p

RastaMat said... [Reply to comment]

satu pembaziran buat kempen macam nak mampos, tapi jual jugak rokok..
kenapa tak buat zon bebas jual rokok??
lebih pasti tak akan ada orang merokok kat kawasan tu kan..

cerita rokok ni pon sebenarnya dipolitikkan..
naikkan harga rokok untuk kurangkan orang merokok atau menambah pendapatan negara daripada hasil tembakau??

bagi aku semua tu palsu..

hakim said... [Reply to comment]

yelaa bang..aku try benti laa pasni kihkihkih

Katakan sesuatu...

This Is A Do-Follow Blog