Showing posts with label baju melayu. baju raya. Show all posts
Showing posts with label baju melayu. baju raya. Show all posts

Sambung Cuti Raya Pada Hari Malaysia

September 16, 2010

Assalamu'alaikum...

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak. Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia. Sumber Wikipedia

Memang bercuti sakanla hari Malaysia tahun ni. terus sambung cuti dari cuti raya. hehe

Pada yang dah start kerja lepas raya hari tu, gunakan cuti umum Hari Malaysia ni dengan sebaik2nya. penuhkan dengan aktiviti2 yang berfaedah. sempena Hari Malaysia ni, elok sangat lah kalau dapat berkumpul dengan kawan2 yang berbeza kaum. barulah semangat 1 Malaysia. barulah x timbul isu perkauman. barulah x kecoh dalam facebook@surat khabar tentang bangsa ni hina bangsa tu. x bestlah gaduh2, perang2 mulut, tuduh itu tuduh ini.

Mesti best kalau semua dapat bersatu. kita ni sebenarnya saling memerlukan dalam Malaysia ni. x kiralah kaum melayu ke, india ke, cina ke. semua sama dan setaraf. semua ada mata, hidung, otak, dll.. kan? :) senyum 1 Malaysia dan selamat bercuti!

psst~! Jangan libatkan isu perkauman dalam segala situasi. tangani dengan bijak, gunakan otak sebelum bertindak...
0 komen bernas

Tol Percuma Sempena Raya?

September 2, 2010

Sape nak bagi percuma weh? bankrup la kompeni tol tu.. nak masuk tandas pun kena bayar.. diskaun boleh la haha tapi sebenarnya ada jugak kompeni tol yang bagi free..alhamdulillah murah rezeki korang. meh baca kat bawah ni.

KUALA LUMPUR: Dua puluh empat syarikat konsesi lebuh raya memberikan diskaun sehingga 40 peratus kepada pengguna lebuh raya sempena Aidilfitri ini manakala syarikat konsesi Kumpulan MTD "menghadiahkan" laluan tol percuma kepada pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa Satu. Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, Kumpulan MTD memberikan laluan tol percuma pada 7, 8, 15 dan 16 Septmber depan mulai 9 malam hingga 6 pagi kepada semua jenis kenderaan. Sejumlah 24 lagi syarikat konsesi lain, katanya memberikan diskaun tol pada 6 hingga 8 September serta 13 hingga 15 September mulai 12 malam hingga tujuh pagi, umumnya bagi kenderaan ringan iaitu kereta dan beberapa kelas kenderaan lain. "Selain menyemarakkan sambutan Hari Raya mereka memberi tol percuma dan diskaun untuk melakukan penyuraian trafik kerana mereka percaya bila beri diskaun atau tol percuma pada waktu itu, maka lebih ramai orang akan menggunakan lebuh raya."Nanti tidaklah berlaku kesesakan pada waktu puncak terutama siang. Sebab itu syarikat konsesi mempunyai strategi mereka sendiri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya kementerian itu di Plaza Tol Gombak di sini hari ini. - Sumber, myMetro

Memang best betul la kalau dapat benda2 diskaun dan percuma ni. tapi diskaun2 pun ada had masa jugak. aku teringat kes pakcik aku nak balik beraya tahun lepas. dia ingat tol tu free bila kita da pegang tiket, xkira la kita exit pukul berapa pun. rupanya2 free dari pukul 9 malam sampai pukul  6 pagi je. haha lepas dari pukul 6 pagi, kena bayar macam biasa. tula x paham betul2.

So kali ni kepada semua pemandu yang nak menggunakan khidmat secara diskaun ni, rancang waktu perjalanan dengan betul. jangan main redah je. dan lagi satu, ingatlah orang tersayang. pastikan korang dah service kereta sebelum memulakan perjalanan...err baik pergi service sekarang hehe

psst~! isi minyak kereta secukupnya...
6 komen bernas

Baju Melayu

August 23, 2010

Assalamu'alaikum...

huuu akhirnya bebelan menjadi kenyataan.. bila nak pegi beli baju melayu ni? bile nak pegi beli baju melayu ni??? hehe 'saba umi.. nanti afiq pegi beli k'.. kadaran kudrat dalam bulan puasa ni macam pergi berperang je..letih semacam je..haha

maka, hari ini dalam sejarah buat 3 julung kalinya, aku menjejakkan kaki ke KAMDAR dengan alasan nak beli baju raya a.k.a baju melayu.. ditemani 2 bidadari dari syurga, yakni adik dan umiku sendiri, aku menggangukkan kepala tanda setuju untuk follow dorang turun bandar hari ni..

dan alhamdulillah, hari ni aku bersoping sakan dengan cuaca yang mendung kelabu. ingatkan nak hujan, tapi x. alhamdulillah sekali lagi ku panjatkan doa kepadaMu Ya Allah.. xdela rasa penat sangat.. jalan2 pun happy je.. biasanya dok masam mencuka sebab panas tambah berpeluh satu badan huhu...

meh sini layan gamba2 yang aku amek masa tengah menunggu umi dan adikku memilih tudung... xdela banyak sangat.. cukuplah untuk bukti yang aku pernah turun ke KAMDAR haha

saja nak masuk Jalan TAR, nak tgk ramai orang ke x haha tghari mmgla xramai ;p


tengok cuaca tu, mendung kelabu je..

diskaun!!

sesak betul..

psst~! baju melayu da beli, songkok boleh lupa nak beli plakkk adehh..
23 komen bernas