Showing posts with label service. Show all posts
Showing posts with label service. Show all posts

Tol Percuma Sempena Raya?

September 2, 2010

Sape nak bagi percuma weh? bankrup la kompeni tol tu.. nak masuk tandas pun kena bayar.. diskaun boleh la haha tapi sebenarnya ada jugak kompeni tol yang bagi free..alhamdulillah murah rezeki korang. meh baca kat bawah ni.

KUALA LUMPUR: Dua puluh empat syarikat konsesi lebuh raya memberikan diskaun sehingga 40 peratus kepada pengguna lebuh raya sempena Aidilfitri ini manakala syarikat konsesi Kumpulan MTD "menghadiahkan" laluan tol percuma kepada pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa Satu. Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, Kumpulan MTD memberikan laluan tol percuma pada 7, 8, 15 dan 16 Septmber depan mulai 9 malam hingga 6 pagi kepada semua jenis kenderaan. Sejumlah 24 lagi syarikat konsesi lain, katanya memberikan diskaun tol pada 6 hingga 8 September serta 13 hingga 15 September mulai 12 malam hingga tujuh pagi, umumnya bagi kenderaan ringan iaitu kereta dan beberapa kelas kenderaan lain. "Selain menyemarakkan sambutan Hari Raya mereka memberi tol percuma dan diskaun untuk melakukan penyuraian trafik kerana mereka percaya bila beri diskaun atau tol percuma pada waktu itu, maka lebih ramai orang akan menggunakan lebuh raya."Nanti tidaklah berlaku kesesakan pada waktu puncak terutama siang. Sebab itu syarikat konsesi mempunyai strategi mereka sendiri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya kementerian itu di Plaza Tol Gombak di sini hari ini. - Sumber, myMetro

Memang best betul la kalau dapat benda2 diskaun dan percuma ni. tapi diskaun2 pun ada had masa jugak. aku teringat kes pakcik aku nak balik beraya tahun lepas. dia ingat tol tu free bila kita da pegang tiket, xkira la kita exit pukul berapa pun. rupanya2 free dari pukul 9 malam sampai pukul  6 pagi je. haha lepas dari pukul 6 pagi, kena bayar macam biasa. tula x paham betul2.

So kali ni kepada semua pemandu yang nak menggunakan khidmat secara diskaun ni, rancang waktu perjalanan dengan betul. jangan main redah je. dan lagi satu, ingatlah orang tersayang. pastikan korang dah service kereta sebelum memulakan perjalanan...err baik pergi service sekarang hehe

psst~! isi minyak kereta secukupnya...
6 komen bernas