Showing posts with label buka puasa. Show all posts
Showing posts with label buka puasa. Show all posts

Selamat Berpuasa

July 30, 2011

Assalamualaikum...

Di keheningan hari dan bulan mulia ramadhan yang bakal menjelma ni, aku ingin ucapkan,


SELAMAT BERPUASA! dan selamat menyambut RAMADHAN AL-MUBARAK.


Berpuasalah kita dari segala jenis fizikal, makan, minum, mengumpat, membuli, fitnah dan segala macam lagi.

Dan tak lupa juga berpuasa dari segala jenis yang batin, menahan nafsu, busuk hati, dengki, dan segala macam lagi.

Den tak punya masa dah sekarang ni nak berceloteh macam dulu. pagi pergi kerja, balik rehat. petang pergi kerja, balik rehat. tengah malam pergi kerja, balik rehat. sampai otak pun tak sempat nak berjalan memikirkan ayat-ayat untuk mengisi kekosongan ruang kosong dalam afiqbukhari.com.

Ohh! aku rindu waktu dahulu. tapi hidup untuk masa depan perlu diteruskan. segerakan apa yang patut disegerakan dulu. but jangan lebihkan makanan dan minuman yang bersegera, dikhuatiri memudaratkan kesihatan dan kecergasan tubuh badan.

Psst~! jangan puasa yang-yang yok sudahla. niat puasa sebulan, tapi setengah jalan kecundang, jangan itu macam bhaiiii...
14 komen bernas

Juadah Berbuka Puasa

August 14, 2010

Assalamu'alaikum...

tepung pelita, samosa, nasi beriyani, roti john, ayam golek, nasi berlauk, murtabak...

fuhhhh sedapnyaaaa...

sirap bandung, soya, cincau...

perghhh nikmatnyaaaa...

eh, aku xnak jamukan korang dengan gambar2 makanan pasal takut korang terliur nanti. baik aku senaraikan je. lagi afdhal.. aku takut korang salahkan aku plak sebab menduga nafsu makan korang time2 puasa ni ahaks~!

cara2 untuk mendapatkan juadah berbuka puasa ni, ada 2 option je. satu kita kena beli sendiri dan satu lagi masak sendiri. bagi yang masak sendiri ni, jimat sebenarnya... bukak peti, kopek bawang, rendam sayur, bukak gas, masak. jimat kan dari beli kat bazar? haa? korang x setuju??

hurm... cuba korang anggap yang korang berduit... bukan berduit je, tapi berduit LEBIH.. try pergi bazar. tiap2 kali membeli juadah berbuka puasa tu, berapa total? lebih x daripada memasak sendiri. hehehe aku x kata semua orang.. dan aku x kata cuma sebahagian daripada semua orang.. pendek kata 50-50...

puasa penat ni... lapar menahan segala2nya.. sampai bazar, confirmlah nak beli itu ini. sapa yang soh? mak?ayah? kawan? haha tu ha, kawan karib korang, nafsu..dia tu la segala2nya. aku x soh korang daripada berhenti membeli kat bazar. cuma kena bijak dalam berbelanja k. jangan membazir. beli setakat yang mampu kita habiskan je.

errk tambah sikit, peniaga pun janganla melampau sangat.. jangan melampau2 sangat naikkan harga tanpa sebab. jangan sampai pembeli balik rumah, sumpah seranah kat peniaga sebab harga yang dikenakan x berpatutan langsung dengan makanan yang dibeli..

psst~! sedap betul bau2an di petang hari ni... sampai berair mata aku dek bawang ni ;p

selamat berbuka puasa :)
8 komen bernas