Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Selamat Berpuasa

July 30, 2011

Assalamualaikum...

Di keheningan hari dan bulan mulia ramadhan yang bakal menjelma ni, aku ingin ucapkan,


SELAMAT BERPUASA! dan selamat menyambut RAMADHAN AL-MUBARAK.


Berpuasalah kita dari segala jenis fizikal, makan, minum, mengumpat, membuli, fitnah dan segala macam lagi.

Dan tak lupa juga berpuasa dari segala jenis yang batin, menahan nafsu, busuk hati, dengki, dan segala macam lagi.

Den tak punya masa dah sekarang ni nak berceloteh macam dulu. pagi pergi kerja, balik rehat. petang pergi kerja, balik rehat. tengah malam pergi kerja, balik rehat. sampai otak pun tak sempat nak berjalan memikirkan ayat-ayat untuk mengisi kekosongan ruang kosong dalam afiqbukhari.com.

Ohh! aku rindu waktu dahulu. tapi hidup untuk masa depan perlu diteruskan. segerakan apa yang patut disegerakan dulu. but jangan lebihkan makanan dan minuman yang bersegera, dikhuatiri memudaratkan kesihatan dan kecergasan tubuh badan.

Psst~! jangan puasa yang-yang yok sudahla. niat puasa sebulan, tapi setengah jalan kecundang, jangan itu macam bhaiiii...
14 komen bernas

Dugaan Berpuasa

August 10, 2010

Assalamu'alaikum...

Ramadhan dah pun menemui kita... korang pergi tarawih x? alhamdulillah pada sape2 yang pergi. pada yang x dapat pergi tadi, hari esok dan seterusnya masih ada lagi. lawan sikit nafsu malas tu. x larat buat 21 rakaat, 8 rakaat pun dah mencukupi...

Erkk betul ke syaitan dah kena ikat sekarang ni? haahla.. xde pun hantu dok sebelah aku ehehe aku rasa x semua yang kena ikat... betull... x percaya ke? iyelaa ada je syaitan yang x kena ikat... nak contoh ke?? hurmm..

Oklah aku bagitaw.. syaitan yang x kena ikat ni ada nama de masing2.. antaranya ialah perogol, pencuri, peragut, pencopek... macam2 lagi la.. haaa tu kan adik beradik syaitan... korang kate manusia? eheh memangla manusia.. tapi tu manusia jenis yang bertopengkan syaitan... the real syaitan dah kena ikat, dorang plak la yang ganti shift.. konon2 nak dapat nama la katekan..ceitt~!

Ni lagi sorang kawan syaitan... si nafsu tu. bukan kemain lagi dia. syaitan xdak, dia plak amek aleh. oitt time puasa mana leh korang hidungla. oitt time puasa mana leh mandi banyak2 la.. oitt time puasa mana leh tengok aurat.. tapi nafsu bagi je.. iman x kuat, nafsula raja, makruhla puasa...

Jom kita bersama2 menjaga tingkah dan laku kita dalam bulan Ramadhan ni. kawal nafsu dari bermaharajalela. tapi x semestinya dalam bulan Ramadhan je, bulan2 lain pun kena jugak lawan benda2 yang negatif tu..

psst~! tahan nafsu dapat pahala x? :)
11 komen bernas

Selamat Berpuasa

Assalamu'alaikum...

Pejam celik, celik pejam, bukak mata je, hari ni last kita bersuka ria untuk makan di siang hari. sok dah start puasa. so malam ni pun bermula lah jugak solat sunat tarawih... insyaAllah..

Tahun lepas aku ada miss jugak tarawih kat masjid. tah sebab apa yang aku miss pun aku lupa. maybe tertido selepas 'mencekik' kot ahaha kali ni aku nak pastikan, yang setiap hari dalam bulan ramadhan ni, aku nak tarawih kat masjid. kalau miss pun, aku akan usaha untuk buat sendiri kat rumah...

So korang, abang2, adik2, kakak2, pakcik makcik, malam ni jom la beramai2 sunat tarawih kat masjid atau surau ek. tinggalkan la sekejap pekerjaan duniawi tu. cari bekalan untuk akhirat sekejap walaupun sedikit sebab duit x boleh tiket untuk masuk syurga taw. lama2 kan jadi bukit... :)

Sempena nak masuk bulan Ramadhan yang mulia malam ni, aku sebagai Afiq ingin memohon maaf atas segala keterlanjuran dalam penulisan yang telah afiq sampaikan sebelum ni. maklumlah, blog si biru ni blog umum dan personal. so semua kategori umur layak untuk membaca, dipersilakan ehehe


and last but not least, selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di serata dunia. semoga kita peroleh keberkatan Ramadhan bersama2.. insyaAllah.

psst~! da hafal ke niat untuk berpuasa & buka puasa? dalam melayu pun boleh. yang penting niat...
22 komen bernas

Kisah Dan Nostalgia Ramadhan

August 6, 2010

Sambil minum kopi di Padinno Kopitiam, teringat plak kisah masa ramadhan dulu... huhu bagus jugak melepak kat kedai kopi padin ni. sambil2 lepak, sambil mengungkit kisah2 lama... meh r korang lepak2 kat kedai padin. ramai kawan tu :) puasa nak dekat da.. bila difikir2 balik kisah lama dalam bulan puasa masa kocik2 dulu, tergelak aku sorang2..

"Aku start puasa bila umi dan abah suruh aku puasa. didorong plak oleh ustaz dan ustazah sekolah tabika agama ku dulu. sebenarnya aku lupa bila aku start puasa. sebab daya ingatan aku masa kecik untuk mengingat tarikh2 kejadian termatlah limited. almaklumlah masa budak2 dulu, fikiran asyik untuk bermain je. bila disuruh, baru nak buat. masa tu x pandai lagi nak berfikir untuk kebaikan sendiri..

First time aku berpuasa, aku tertanya-tanya kenapa aku xleh makan ngn minum di siang hari? aku tengok member2 sebaya aku boleh je minum air. kenapa jadi begitu? adakah aku disabotaj oleh kedua ibu bapaku sendiri? oh tidak~! aku ingat nak follow je member2 aku tu makan dan minum. jeles kot! dala lapar haha tapi bila difikirkan balik arahan yang diarahkan oleh umi dan abah, aku tahan nafsu laparku. aku berpuasa hari ni...

Pada satu hari, aku ke sekolah. umi memberiku seringgit untuk buat belanja sedangkan hari tu sepatutnya aku kena puasa. erkk kenapa umi bagi seringgit? aku jadi x keruan. umi plak pesan kalau lapar sangat, beli lah makanan.. aikk green light ke? hurm... kenapa eh??

Nak kata aku ni nakal masa kecik2 dulu, xdela nakal mana. aku ni budak baik sebenarnya. ehehe nak dijadikan cerita pasal seringgit tadi, aku x nak guna duit tu. aku nak umi taw yang aku berpuasa hari tu. tapi aku lapar sangat. macam mane ni???

Tinggg~! tersembul idea nakal aku ni. aku pusing satu sekolah. dada ke depan tapi pandangan ke bawah. korang taw aku cari apa? aku cari duit2 syiling yang bertaburan atas tanah. manala taw kalau2 cukup seringgit, boleh jadi backup untuk seringgit mak aku tadi. aku nak beli makanan jugak. lapar giler!

Cari punya cari, dapatlah hasil sebanyak 50 sen je. hurm.. aku beli aiskrim guna duit tu, aku makan.  masa kecik, mana taw halal haram. mana taw perkataan 'batal puasa' walaupun sekolah tabika agama sebab otak masih lagi dalam proses menimba ilmu...

Bila dah abeh makan, aku balik ke rumah. umi tanya puasa x? aku jawab puasa! ni seringgit yang umi bagi ada lagi. hehe sorry umi. xde niat nak menipu umi masa tu, kecik lagi kan~! ;p "

...............eh, dah abeh plak kopi ni. padinnnn~! kopi secawan lagi!!

psst~! janganlah tinggal puasa kalau xde sebab musabab yang kukuh....
10 komen bernas