Showing posts with label insaf. Show all posts
Showing posts with label insaf. Show all posts

Dulu jahat, Sekarang baik.

December 17, 2010

Assalamu'alaikum readers.. semua manusia pernah melakukan kejahatan dan kesilapan kan. termasuklah aku ni. nak kata aku ni jahat, tak dela jahat. so apa salahnya kalau kejahatan tu dijadikan sebagai satu pengajaran untuk masa hadapan. yang penting janganlah nak ulang balik kejahatan yang kita pernah buat tu. tak jadi apa beb kalau ada niat nak berubah pun!

Google

Aku terpanggil untuk berkongsi dengan korang satu cerita yang aku dah pendam lama sangat. masa tu aku salah seorang pelajar matriks di universiti sekitar Kuala Lumpur. nak dijadikan certia, masa belajar kat situ, student dilarang sama sekali untuk membawa masuk kereta/motor. tapi aku degil, aku bawa masuk jugak motor. so untuk melepaskan diri daripada pemeriksaan 'pak guard' setiap kali aku melalui pintu masuk utama, aku terpaksa mencari jalan untuk meloloskan diri. dan jalan penyelesaiannya adalah dengan menampal 'sticker kenderaan' pada motor aku! tapi macam mana aku nak tampal sedangkan kitorang memang dah diwarning awal-awal tak boleh bawa masuk kenderaan.

Pada satu hari, lepas habis kelas, aku dan si polan bersiap untuk pulang ke hostel. sedang aku leka nak menghidupkan enjin motor, si polan ni tiba-tiba terjumpa 'sticker kenderaan(khas untuk motor)' di atas jalan. orang kata rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. pepatah tu khas untuk si polan kerana dialah yang beriya-iya suruh aku ambil sticker tu. nak tak nak, demi untuk melepaskan diri daripada pak guard, aku pun ambil dan terus pulang ke hostel.

Setibanya di hostel, operasi pengubahsuaian pun bermula. masa nak modify sticker tu, aku terkejut kerana terdapat dua nombor pendaftaran yang berlainan tertempek di atas seticker tu. maksudnya, sebelum ni pun, sticker tu pernah dicuri! tapi aku ketepikan pendapat aku tu. niat jahat diteruskan juga. dengan jayanya, sticker tersebut sudah pun tertampal di motor aku.

Google

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. pada malamnya sebelum aku nak pergi beli makan malam, aku dapati sekumpulan manusia sedang mengerumuni motor aku. 'sah dah kantoi!'. nak tahu sebab apa boleh kantoi? hostel yang aku duduk tu, memang khas untuk pelajar-pelajar matriks sahaja. so pelajar matriks mana plak yang dapat kebenaran untuk parking motor dalam kawasan hostel(kebiasaannya aku park motor di luar kawasan hostel). siap bertampal sticker plak tu. kesudahannya aku terpaksa mengaku yang motor tu aku punya dan aku dikompaun sebanyak RM20 tetapi dengan syarat, aku kena laporkan diri di pejabat pak guard pada setiap hari Selasa dan Khamis sepanjang sesi pembelajaran *wuuu

Sebenarnya dorang ambil serius perkara-perkara macam ni dan kebetulan, pada masa tu dah berlaku sebanyak 60+ kes kecurian sticker kenderaan di dalam kawasan universiti tersebut. dan mereka menuduh aku yang mencuri sticker-sticker tersebut. boss segala boss pak guard universiti tu cakap, aku boleh dikenakan tindakan dibuang dari sesi pembelajaran dan mana-mana universiti tak kan ambil aku sebagai pelajar di universiti mereka. down gila aku masa tu *zzzz tetapi akhirnya aku dilepaskan kerana didapati tidak bersalah atas dasar aku sebagai seorang manusia yang tidak tahu apa-apa pada masa tu. alhamdulillah..

Psst~! salahkah aku sebenarnya?? *haha memang aku bersalah kerana ikut je apa orang suruh tanpa berfikir dahulu. aku insaf selepas kejadian tersebut. kalau nak belajar tu, buat cara nak belajar *huhu
22 komen bernas