Aku terpanggil untuk berkongsi dengan korang satu cerita yang aku dah pendam lama sangat. masa tu aku salah seorang pelajar matriks di universiti sekitar Kuala Lumpur. nak dijadikan certia, masa belajar kat situ, student dilarang sama sekali untuk membawa masuk kereta/motor. tapi aku degil, aku bawa masuk jugak motor. so untuk melepaskan diri daripada pemeriksaan 'pak guard' setiap kali aku melalui pintu masuk utama, aku terpaksa mencari jalan untuk meloloskan diri. dan jalan penyelesaiannya adalah dengan menampal 'sticker kenderaan' pada motor aku! tapi macam mana aku nak tampal sedangkan kitorang memang dah diwarning awal-awal tak boleh bawa masuk kenderaan.
Pada satu hari, lepas habis kelas, aku dan si polan bersiap untuk pulang ke hostel. sedang aku leka nak menghidupkan enjin motor, si polan ni tiba-tiba terjumpa 'sticker kenderaan(khas untuk motor)' di atas jalan. orang kata rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. pepatah tu khas untuk si polan kerana dialah yang beriya-iya suruh aku ambil sticker tu. nak tak nak, demi untuk melepaskan diri daripada pak guard, aku pun ambil dan terus pulang ke hostel.
Setibanya di hostel, operasi pengubahsuaian pun bermula. masa nak modify sticker tu, aku terkejut kerana terdapat dua nombor pendaftaran yang berlainan tertempek di atas seticker tu. maksudnya, sebelum ni pun, sticker tu pernah dicuri! tapi aku ketepikan pendapat aku tu. niat jahat diteruskan juga. dengan jayanya, sticker tersebut sudah pun tertampal di motor aku.
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. pada malamnya sebelum aku nak pergi beli makan malam, aku dapati sekumpulan manusia sedang mengerumuni motor aku. 'sah dah kantoi!'. nak tahu sebab apa boleh kantoi? hostel yang aku duduk tu, memang khas untuk pelajar-pelajar matriks sahaja. so pelajar matriks mana plak yang dapat kebenaran untuk parking motor dalam kawasan hostel(kebiasaannya aku park motor di luar kawasan hostel). siap bertampal sticker plak tu. kesudahannya aku terpaksa mengaku yang motor tu aku punya dan aku dikompaun sebanyak RM20 tetapi dengan syarat, aku kena laporkan diri di pejabat pak guard pada setiap hari Selasa dan Khamis sepanjang sesi pembelajaran *wuuu
Sebenarnya dorang ambil serius perkara-perkara macam ni dan kebetulan, pada masa tu dah berlaku sebanyak 60+ kes kecurian sticker kenderaan di dalam kawasan universiti tersebut. dan mereka menuduh aku yang mencuri sticker-sticker tersebut. boss segala boss pak guard universiti tu cakap, aku boleh dikenakan tindakan dibuang dari sesi pembelajaran dan mana-mana universiti tak kan ambil aku sebagai pelajar di universiti mereka. down gila aku masa tu *zzzz tetapi akhirnya aku dilepaskan kerana didapati tidak bersalah atas dasar aku sebagai seorang manusia yang tidak tahu apa-apa pada masa tu. alhamdulillah..
Psst~! salahkah aku sebenarnya?? *haha memang aku bersalah kerana ikut je apa orang suruh tanpa berfikir dahulu. aku insaf selepas kejadian tersebut. kalau nak belajar tu, buat cara nak belajar *huhu
22 komen bernas:
hehe..okaylaj tu juga.. daripada ayie lagi nkal ow..masa sek dulu penah gado dengan cikgu ..okay takk ..heeh
afiq...boleh tahan jugak dulu ye. tp betullah, manusia mana yg tak pernah lakukan kesalahan kan. jadi pengajaran n kenangan sepanjang hayat~
hehe.. tersenyum bace entri ni..fiza pon pnah cube byk care nk loloskan diri drpd pk.guard.. da name pon besalah.. last2 jatuh cam tupai gak..hehe..
terbekenan dgn good zilla n bad zilla tu afiq.. :D
heheh ayat 'kalau nk belajar tu buat cara nak belajar' mmg best, :P
Terkini : 10 Kereta Termurah Di Dunia
haha..kantoi.waa..tak sangka ley tahan nakal jugak afiq. haha.
seb baik la lepas kan. kalau tak...blogger tegar seumur hidup la afiq. hehe.
:P
buang yang keruh ambil yang jernih.
lagi pun itulah namanya pengalaman.
ya,
kita memang boleh belajar dari pengalaman orang lain,
tetapi jika kita tempuhi sendiri pengalaman itu
ia akan lebih terkesan dijiwa..
terima kasih berkongsi..
oh ya,
jangan lupa singgah sebentar di blog zetchi
baca cerpen terbaru zetchi
JALAN PULANG ya?
kesian gile kat ko bro.. nasib xde pape..weh, ak xcurik sticker tp aku duplicate sticket kt umah aku.. sbb leh 1 keta je..byr mahal2 tp 1 je? sedih gile.ahhaah
sian nye budak ni..tak pe sabo je la..belajar dpd pengalaman tu..
ceh,cam orang tua plak..
biasa laa bro tgh belajar kadang kadang dtg utak nakal jahat, bess kott kadang kadang pikir balik flashback bnd lepas. REMARKABLE!
;DD
semoga terus baik :)
Adoi2. Insaf sekejap dengar citer ni. Haiz.
ahahaha... sempoi.. last2 kantoi jugak eh..
@azrinrahim
perghh ngn cikgu tuh..mcm kes besar je nih? :D
@Izan Ishak
hehe pengaruh rakan2 kak..besela tu..nak2 time blaja plak, berjauhan dengan family huhu
@fayafaya bintun kamil
haha amek jela gambar tuh..credit to google :D
setiap perbuatan yang salah pasti akan terkantoi jua ;p
@najihah sahami
haha taw xpe..kalau tak menangis tak berlagu la jawabnye ;p
@darkbatman
haha aq pernah gak terniat nak duplicate sticker..tapi rasa x sedap hati plak nk buat, takut kantoi lagi ekekeke
@Fairosza
haha yup, belajar dari pengalaman :D
@Eman
haha yup! aq suka word REMARKABLE tuh.. kenangan kot :D
@Mohamadazhan hjDesa
insyaAllah :)
@A.D.A.M.
hehe so fikir 2 kali sebelum nk buat salah :D
Katakan sesuatu...