Home » , » Berhentilah sekejap...

Berhentilah sekejap...

December 31, 2010

Assalamu'alaikum readers...

Alhamdulillah dapat lagi aku berceloteh di ruangan afiqbukhari.com ni. kita tak tahu kan bila datangnya kiamat. kiamat yang akan berlaku bila-bila masa shj dari sekarang. aku bukannya ustaz mahupun tok imam yang bertauliah untuk memberi ceramah, tapi aku nak berkongsi salah satu firman Allah SWT dalam surah Al-Jumuah ayat 9..

“Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan shalat Jum’at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”

Maknanya apabila azan dilaungkan dan tok imam naik ke mimbar, kaum muslimin diwajibkan untuk berhenti dari segala perkerjaan(jual beli, basuh kereta, tengok tv, study, dll) yang sedang dilakukan, dan terus menuju ke masjid untuk mendengar khutbah dan menunaikan solat jumaat. tetapi janganlah rushing sangat. pergilah solat jumaat dengan hati yang tenang dan khusyuk kerana rushing@jalan cepat-cepat untuk pergi solat adalah dilarang. sebab tulah kita digalakkan untuk pergi awal ke masjid.

Sumber - Kiamat Terjadi Hari Ju'mat

-----------------------------------

Okeh tadi aku terlewat untuk ke masjid sebab tertidur sekejap. bila sampai je di hadapan masjid, penuh dengan deretan kereta dan motorsikal di tepi jalan. tak seperti kebiasaan pada jumaat-jumaat yang lain. oh! hari ni kan cuti umum. memang berasak-asaklah manusia untuk masuk ke dalam masjid.

Di hadapan masjid ada, ada satu jalan yang menghubungkan satu taman ke satu taman. jalan tersebut bukanlah jalan utama. ada lagi satu jalan sebagai laluan alternatif. yang aku tak berapa faham, kenapa pemandu-pemandu bas awam dan lori besar nak lalu jugak kat situ? bukannya jalan besar pun. dahla tak berhenti untuk solat jumaat, pergi tambah sesakkan lagi jalan di hadapan masjid tu (pemandu Islam, muka selamba je bawak bas. padahal depan masjid. tak rasa bersalah langsung)

Aku bukan nak kutuk, nak caci ke apa. tapi bertimbang rasalah sikit. tak kiralah pemandu bas ke, lori ke.. orang lain nak pergi solat jumaat kumpul pahala, bukannya nak tambah dosa. kalau boleh, masa tok imam tengah baca  khutbah dan solat jumaat sedang berlangsung, berhentilah sekejap, solat sekali. tak pun bagi pemandu yang non-muslim, carilah jalan lain. bagilah laluan kat kaum muslimin yang nak solat jumaat ni. jangan lambatkan pergerakan dorang. elok-elok hati tengah tenang, tiba-tiba jadi marah dan geram. tak khusyuk dah macam tu, wallahualam..

Psst~! geram je rasa tengok muka-muka orang yang takde perasaan ni..

13 komen bernas:

Izan Ishak said... [Reply to comment]

hish..kadang2 tu kan afiq, selamba je melepak kat kedai makan tak hiraukan langsung dah masuk waktu solat jumaat. kadang2 pelik sbb bukannya org muda pun...dah tua pun perangai cam tu jugak~

NARDtheNERD said... [Reply to comment]

awww.
garangnyaaa.
:)

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Izan Ishak
huhu xtaw nak kate apa da kak ngn orang camtu..kita plak yang rasa malu bila tgk dorang camtu...

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@NARDtheNERD
haha garang dalam penulisan je :D

najihah sahami said... [Reply to comment]

afiq kalau dah marah macam ni la jadinya. so, sape2 yang buat afiq geram...terima la entry dari beliau. hehe...

psst~
afiq. trend remaja zaman skang, pakai baju melayu segak bersongkok konon nk pergi sola jumaat. padahal melepak ramai-ramai bawah pokok. orang siap solat nak balik umah, dorang ikut balik sekali. ish.

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@najihah sahami
haha harap2 dorang sedar la :D

pasal dak tuh pun satu, pikir nak enjoy je..mak bapak percaya bulat2 yg anak dorang pg solat hhu

datin kelly ketak said... [Reply to comment]

kasik lempang je sekali...

darkbatman said... [Reply to comment]

stujuuu bro.. biase la 2.. xsume aknpk cm kite kan.

muhammad iqbal hakimi bin tahir said... [Reply to comment]

huhu..ada jugak la jenis keras hati camtu...terang2 dah orang pergi sembahyang jumaat...dia leh buat bodoh lak..

nazihahisa said... [Reply to comment]

pergi je dkt shopping complex ke, mana2 byk je slmbe buat muka tebal tak g smbhyg jumaat yg wajib bg lelaki tu. haishh dunia dunia.. nice share :)

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@nazihahisa
dunia dunia.. hehe TQ :)

Nazifa M.Zali said... [Reply to comment]

pegi ts td pun ramai je lelaki melayu kt sane kul 130.
tapi tak taw lak dorang tue islam ke tak.perhaps not!
Allahua'lam.

Mrs Nurul said... [Reply to comment]

ENTAHLAAA ADE PENJUAL TU SANGGUP NAK DUITTT TAK SOLAT JUMAAT PON TAKPE..KESIAN AKU TGK..

Katakan sesuatu...

This Is A Do-Follow Blog