Alhamdulillah dapat lagi aku berceloteh di ruangan afiqbukhari.com ni. kita tak tahu kan bila datangnya kiamat. kiamat yang akan berlaku bila-bila masa shj dari sekarang. aku bukannya ustaz mahupun tok imam yang bertauliah untuk memberi ceramah, tapi aku nak berkongsi salah satu firman Allah SWT dalam surah Al-Jumuah ayat 9..
“Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan shalat Jum’at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”
Maknanya apabila azan dilaungkan dan tok imam naik ke mimbar, kaum muslimin diwajibkan untuk berhenti dari segala perkerjaan(jual beli, basuh kereta, tengok tv, study, dll) yang sedang dilakukan, dan terus menuju ke masjid untuk mendengar khutbah dan menunaikan solat jumaat. tetapi janganlah rushing sangat. pergilah solat jumaat dengan hati yang tenang dan khusyuk kerana rushing@jalan cepat-cepat untuk pergi solat adalah dilarang. sebab tulah kita digalakkan untuk pergi awal ke masjid.
Sumber - Kiamat Terjadi Hari Ju'mat
-----------------------------------
Okeh tadi aku terlewat untuk ke masjid sebab tertidur sekejap. bila sampai je di hadapan masjid, penuh dengan deretan kereta dan motorsikal di tepi jalan. tak seperti kebiasaan pada jumaat-jumaat yang lain. oh! hari ni kan cuti umum. memang berasak-asaklah manusia untuk masuk ke dalam masjid.
Di hadapan masjid ada, ada satu jalan yang menghubungkan satu taman ke satu taman. jalan tersebut bukanlah jalan utama. ada lagi satu jalan sebagai laluan alternatif. yang aku tak berapa faham, kenapa pemandu-pemandu bas awam dan lori besar nak lalu jugak kat situ? bukannya jalan besar pun. dahla tak berhenti untuk solat jumaat, pergi tambah sesakkan lagi jalan di hadapan masjid tu (pemandu Islam, muka selamba je bawak bas. padahal depan masjid. tak rasa bersalah langsung)
Aku bukan nak kutuk, nak caci ke apa. tapi bertimbang rasalah sikit. tak kiralah pemandu bas ke, lori ke.. orang lain nak pergi solat jumaat kumpul pahala, bukannya nak tambah dosa. kalau boleh, masa tok imam tengah baca khutbah dan solat jumaat sedang berlangsung, berhentilah sekejap, solat sekali. tak pun bagi pemandu yang non-muslim, carilah jalan lain. bagilah laluan kat kaum muslimin yang nak solat jumaat ni. jangan lambatkan pergerakan dorang. elok-elok hati tengah tenang, tiba-tiba jadi marah dan geram. tak khusyuk dah macam tu, wallahualam..
Psst~! geram je rasa tengok muka-muka orang yang takde perasaan ni..