Showing posts with label internet. Show all posts
Showing posts with label internet. Show all posts

Selamat Tinggal Broadband, Selamat Datang P1WIMAX

January 11, 2011

Assalamualaikum..

Lega rasanya bila dah bertukar kepada wireless P1wimax.. laju lah sikit berbanding broadband aku yang semput-semput tu.. laju tu memang laju, tapi bandwith 20gig per month.. okla untuk bukak facebook, blog, website-website yang lain.. cuma untuk mendownload tu, terpaksa diharamkan. takut speed dan bandwith jatuh. almaklumlah, 5-6 orang sekali pakai.. kenalah control..

Pasal broadband ni, aku baru je subscribe.. dah nak kena terminate balik huhu.. habis madu sepah dibuang. tapi nak buat macam mana.. speed p1wimax tu lagi laju dari broadband aku. takkan aku nak stay di takuk yang lama? rugilah.. sekarang ni p1wimax tu dalam tempoh percubaan selama seminggu. aku harap, speed akan terus maintain. jangan hangat-hangat tahi ayam dah la. kitorang menaruh harapan yang tinggi dengan p1wimax ni haha

P1wimax 4G modem, DX-230


Itulah modem p1wimax aku. 4g modem. lain kan dari bentuk yang dulu? kalau dulu warna hitam, bentuk segi empat sama. tapi sekarang warna suci plak. maybe dengan warna putih ni, speed akan bertambah laju. manalah tahu kan haha tak relevan langsung alasan aku. kat kawasan taman perumahan rumah sewa aku di melaka ni, coverage untuk p1wimax ni full bar kot. memang kitorang berpuas hati.

Pesanan terkahir aku kepada my beloved broadband, selamat tinggal... ada masa kita jumpa lagi.. huhu

Psst~! p1wimax ni memang laju.. harap-harap akan terus laju.. lepas ni aku boleh lah start blogwalking balik :D
40 komen bernas

T-Shirt Design Competition - Disember 2010

December 7, 2010

Masih ingat lagi dengan contest design t-shirt online?

T-SHIRT DESIGN COMPETITION - IMAGINASI DAN REALITI


Pemenang untuk bulan November 2010 sudah pun dipilih. dan pemenangnya ialah Muhammad Fikri Bin Omar. dan 2 lagi peserta dipilih sebagai penerima hadiah untuk design bertuah dan mereka adalah Mohd Marzuki Ahmad dan Omarulaill Azmi Bin Majid. tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Tema Design untuk Disember 2010

Dan tema untuk bulan Disember 2010 ialah INTERNET. "Anda boleh menggunakan apa sahaja yang berkaitan dengan internet untuk imaginasi anda ke atas t-shirt. Sebagai contoh, anda boleh gunakan segala icon dan gambar yang berkaitan internet sebagai design anda. Pendek kata, apa sahaja yang terlintas di fikiran anda berkaitan internet, layak menyertai pertandingan design untuk bulan ini." So tunggu apa lagi? jom kerah otak untuk design something yang kreatif buat t-shirt bertuah anda. :D

Hadiah

Ingin aku tekankan sekali lagi, para pemenang akan menerima:

* Wang tunai RM 100
* Sehelai T-shirt dengan rekaan design pemenang itu sendiri.
* 10% hasil jualan online t-shirt tersebut (royalti atas jualan online)
* Gambar pemenang bersama T-shirt yang dimenangi akan diabadikan dalam blog ini dan website showroom khas yang akan diberitahu kelak.

Peserta/Design bertuah yang terpilih (2 orang sahaja) :

* Sehelai T-shirt dengan rekaan design sendiri
* 5% hasil jualan online t-shirt tersebut (royalti atas jualan online)

Hadiah/Ganjaran Khas :

Rekaan paling menarik dan meraih jualan online tertinggi sepanjang tahun akan mendapat hadiah khas iaitu percutian 3 hari 2 malam (pakej untuk 2 orang) di destinasi yang menarik.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN


T-SHIRT DESIGN CONTEST
8 komen bernas