Showing posts with label speed. Show all posts
Showing posts with label speed. Show all posts

Selamat Tinggal Broadband, Selamat Datang P1WIMAX

January 11, 2011

Assalamualaikum..

Lega rasanya bila dah bertukar kepada wireless P1wimax.. laju lah sikit berbanding broadband aku yang semput-semput tu.. laju tu memang laju, tapi bandwith 20gig per month.. okla untuk bukak facebook, blog, website-website yang lain.. cuma untuk mendownload tu, terpaksa diharamkan. takut speed dan bandwith jatuh. almaklumlah, 5-6 orang sekali pakai.. kenalah control..

Pasal broadband ni, aku baru je subscribe.. dah nak kena terminate balik huhu.. habis madu sepah dibuang. tapi nak buat macam mana.. speed p1wimax tu lagi laju dari broadband aku. takkan aku nak stay di takuk yang lama? rugilah.. sekarang ni p1wimax tu dalam tempoh percubaan selama seminggu. aku harap, speed akan terus maintain. jangan hangat-hangat tahi ayam dah la. kitorang menaruh harapan yang tinggi dengan p1wimax ni haha

P1wimax 4G modem, DX-230


Itulah modem p1wimax aku. 4g modem. lain kan dari bentuk yang dulu? kalau dulu warna hitam, bentuk segi empat sama. tapi sekarang warna suci plak. maybe dengan warna putih ni, speed akan bertambah laju. manalah tahu kan haha tak relevan langsung alasan aku. kat kawasan taman perumahan rumah sewa aku di melaka ni, coverage untuk p1wimax ni full bar kot. memang kitorang berpuas hati.

Pesanan terkahir aku kepada my beloved broadband, selamat tinggal... ada masa kita jumpa lagi.. huhu

Psst~! p1wimax ni memang laju.. harap-harap akan terus laju.. lepas ni aku boleh lah start blogwalking balik :D
40 komen bernas