Showing posts with label jujur. Show all posts
Showing posts with label jujur. Show all posts

Kejujuran Dalam Mengejar Trafik

January 19, 2011

Assalamualaikum...

Makin panas nampaknya isu tipu-menipu trafik di kalangan blogger-blogger nih..aku tak nak ulas panjang lebar pun. sebab dah muak rasanya dengan isu yang terbangkit dan membangkit ni. yang di sini tuduh di sana tu menipu. di sana plak membalas dengan alasan IT yang memang terbaik ayatnya. kesudahannya, dua-dua pihak tak nak mengalah.. aku pun bukannya mahir sangat dalam bidang IT ni. setakat basic tu okla. tapi kalau dah sampai ke level yang advance ni, aku surrender..

Benda ni semua hanyalah 'permainan kanak-kanak' dalam dunia blog. apa yang dikejar, cumalah trafik. hanya kerana trafik, kita sanggup bermusuhan di antara satu sama lain. tak perlu semua tu KALAU kita sendiri tak memulakannya. siapa yang memulakannya? pandai-pandailah cari sendiri sebab aku tak nak mengaibkan orang. cukuplah sekadar menjadi silent reader dan silent thinker.

Alasan untuk blogging ni sebenarnya banyak. ada yang hanya sekadar untuk mengisi masa lapang, hobi, berkongsi sesuatu dengan para pembaca, dll.. tapi alasan yang selalu aku dengar ialah dengan blogging ni, BOLEH BUAT DUIT... tengok, sebab DUIT, kita bermusuhan dan bermasam muka sesama sendiri. cubalah jadikan blogging sebagai satu aktiviti yang boleh mengeratkan silaturrahim.. tak susah pun sebenarnya. adal akal, gunakan dengan sebaik-baiknya.

Jangan terlalu sellfish sangat. dan jangan terlalu nak mengejar trafik sangat kerana trafik tu akan datang dengan sendirinya kalau kita kuat berusaha dengan cara yang betul. contoh macam blogger Ben Ashaari, Dahlia, Darkbatman, Affan Ruslan, dll.. mereka tu semua berjaya didalam dunia blog tanpa perlu bermain 'permainan kanak-kanak'. dan jangan tanya aku kenapa aku listkan mereka shj..

And last but not least, tolonglah lakukan sesuatu pekerjaan tu dengan ikhlas. bukan dengan memaksa atau menipu. kita sesama manusia ni banyak persamaan, dan tak berapa banyak perbezaan. semuanya ciptaan Allah SWT. kau khianati seseorang, maknanya kau khianati makhluk ciptaan Allah SWT. DOSA namanya...

Psst~! sebelum nak komen, pastikan baca sampai habis(bukan memaksa, just nak mengelakkan diri kita daripada memfitnah orang). jangan main hentam nak komen macam-macam yang tak masuk akal. kesian kat akak Ellen kita ni..
46 komen bernas