Showing posts with label malaysian university english test. Show all posts
Showing posts with label malaysian university english test. Show all posts

Pengalaman MUET

January 6, 2011

Assalamualaikum...

MUET? Malaysian University English Test. kalau tak ada muet tak boleh sambung belajar.. itulah tanggapan aku masa mula-mula nak menyibukkan diri dalam arena penyambungan belajar. kalau nak sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, kena ambil MUET.

Untuk calon-calon yang dah menduduki MUET pada akhir tahun 2010, boleh check result anda di, Malaysian University English Test, 2010 End Year Result. kalau nak check dengan cara SMS, taip MUET jarak No.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888 atau 36363. semoga berjaya!

......................

Aku ambil MUET ni pada tahun 2005 di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya. masa tu english aku broken songsang. menulis dalam bahasa orang putih tu ok lagi. tapi bila masuk bab nak speaking, automatik aku terus jadi gagap. err sorry sir? pardon me? err i dont understand what are you trying to say.. err can you speak in malay? we are in Malaysia right now. dont need to speak in english.

Masa aku dulu, MUET ni ada 4 komponen iaitu Listening, Speaking, Reading Comprehension dan Writing. aku paling suka part listening sebab kerja kita hanyalah duduk di meja dan mendengar apa yang dibebelkan oleh radio tu sambil menandakan jawapan yang betul, samaada A, B, C atau D. aku tahu ramai yang tak suka part ni sebab kebanyakkan alasan yang aku dengar, tak dengar sangatla. dewan bergemala, susah nak fokus. tapi sebenarnya part listening ni la paling senang kita nak score.

Ok part kedua yang aku suka ialah writing. aku tak de masalah untuk menulis dalam english cuma kadang-kadang je grammar berterabur. sebabnya bila aku menulis, otak aku terus berjalan memikirkannya ayat seterusnya. menulis ni, kita boleh delaykan penulisan kita. maksud aku, bila aku tak tahu sesuatu perkataan tu dalam english, aku boleh stop sekejap untuk berfikir. berbanding dengan bercakap, kita kena terus menerus mengeluarkan perkataan. kalau salah keluar, mahunya ayat english kita tu jadi broken. i can speak english little-little only. maunya kena gelak nanti *huhu

Part yang aku paling tak gemar sangat nak tempuh ialah speaking. gabra semacam je bila nak bercakap. sebelum nak attend speaking test ni, kita akan dikuarantin dalam satu bilik khas. sesiapa yang bawa telefon, kena serahkan kepada invigilator yang bertugas. takut nanti korang berhubung dengan kawan yang dah menduduki speaking test. manalah tahu korang akan dapat tajuk yang sama ke dengan kawan tu. kira tak adillah bagi yang lain. sebab tu kena kuarantin.

Korang takkan ada masalah untuk bercakap apabila candidate dalam group korang tu sama level dengan kita. dia gagap, aku gagap, semua gagap. so senanglah korang nak keluarkan idea masing-masing. tak payah nak berebut-rebut untuk bercakap. tapi bila salah seorang candidate tu gemar bercakap dan mahir dalam english, korang memang dalam kesusahan. korang kena berani untuk interrupt candidate tu supaya dia berhenti untuk memberi laluan kepada korang plak untuk bercakap. berani dan yakin tu teramatlah penting. kalau tak, sikit je markah korang akan dapat.

Apa yang penting, kita kena banyak membaca dalam english supaya kita lebih berkeyakinan untuk bercakap dalam english. praktikkan selalu. try tengok movie english tanpa subtitles. try dengar lagu english tanpa lirik. lagu maher zain tu kebanyakkan dalam english. senang je kan untuk difahami? sebenarnya bila timbul minat, secara automatik kita akan berasa lebih mudah untuk mempelajari sesuatu, insyaAllah..

Psst~! kadang-kadang budak kecil lagi pandai speaking daripada orang dewasa *huhu
37 komen bernas