Assalamualaikum...
Di satu petang yang tak berapa nak damai...
Mana nombor!? mana slip pembayaran!?
Err, akak.. saya... err...
Akak, tak boleh cakap elok-elok eh? akak ingat akak bagus sangat arah-arah orang macam tu? fuiyooo saya respek akakla kalau akak ingat macam tu. saya sendiri pun tak berani nak anggap yang saya ni BAGUS sangat macam akak. tau ler yang saya ni muda dari akak, hotmat tetap hormat, tapi adab tu perlu dijaga kak, even dalam bad mood pun, just behave yourself.
Ni lagi satu, akak, senyum itu satu sedekah. kalau tak nak senyum pun xpe. just buat kerja tu elok-elok. janganla masam muka dengan customer. customer ni punyala senyum lebar untuk tarik perhatian akak, tapi akak buat dono je. pastu nak buat muka ketat plak. haishh.. lainla kalau muka akak tu cute tanpa senyuman, saya pun tak kisah. asalkan sedap mata memandang.
Ape, akak ingat customer ni anak patung ke? kita ni sesama manusia, kenalah berkelakuan sebagai manusia. bukan sebagai robot ataupun anak patung ataupun binatang. eh, binatang pun ada perasaan rasanya. lagi berperasaan daripada manusia yang bertopengkan robot. akak kena fikir macam tu, barulah boleh naik gaji atau pangkat.
Lagi satu, perasaan orang lain, akak kena fikirkan sekali. jangan ingat yang akak seorang je ada hati dan perasaan dalam dunia ni. macam mana diri sendiri nak maju kalau hati orang lain akak tak jaga? sorry akak sebab saya termengumpat akak dalam blog ni. apa boleh buat, nak tegur depan-depan takut dikatanya kurang ajar. lagipun readers tak kenal akak siapa pun.
Tapi alhamdulillah akak dapat selesaikan masalah saya, walaupun dengan muka yang ketat dan masam. saya puji akak. sebab ada sesetengah orang tu, bila bad mood je, terus tak boleh nak selesaikan sesuatu masalah. saya tetap akan senyum depan akak kalau kita ditakdirkan akan berurusan sekali lagi. sebab tanpa akak, saya akan bermasalah.
Saya tak marah akak pun sebenarnya, cuma terkilan sedikit je. cuma satu yang saya minta, tolong senyum dalam apa jua keadaan sekalipun. senyum itukan satu sedekah yang dijanjikan pahala olehNya. dan senyum itu membuatkan kita nampak muda selalu :)
Psst~! tak payahlah nak memanjang2kan sesuatu masalah tu sehingga melarat. kita semua punya akal yang lagi cerdik daripada binatang. so pandai-pandailah gunakannya. jangan simpan sampai berkarat.
Psst2~! biodata akak sebenar terpaksa dirahsiakan kerana aku sendiri pun tak kenal akak tu heee. :)