Alahai Benjy... Sah ko yg kene tahan.

March 14, 2010

Assalamualaikum semua..kali ni aq nk post pasal berita sedey artis negara kita sndri..bacela ek kt bwh ni. :(

Oleh Wan Norhayati Wan Alias
dan Firdaus Mustafa
pengarang@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 13 Mac – Polis hari ini mengesahkan seorang pelakon yang ditahan bagi membantu siasatan penemuan sebuah makmal mini memproses dadah semalam, ialah Khaeryll Benjamin Ibrahim, 32, atau lebih dikenali sebagai Benjy.

Pelakon yang merupakan anak kepada dramatis terkenal, Azean Irdawaty itu ditahan bersama teman wanitanya di sebuah unit kondominium disewanya di Kepong yang dipercayai dijadikan makmal memproses dadah.

Siasatan polis setakat ini, percaya Benjy dan wanita itu bergerak sendiri tanpa mana-mana sindiket sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, polis juga sedang menyiasat sumber dadah yang diperoleh pelakon itu.

Katanya, sehingga kini, polis masih belum mengambil keterangan daripada mana-mana pihak termasuk isteri Benjy dan ibunya.

‘‘Kedua-duanya belum tampil setakat ini. Pada masa ini pasukan forensik sedang menjalankan siasatan terhadap peralatan dan bahan kimia yang ditemui di rumah itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi membantu siasatan kes itu, pihaknya juga akan mendapatkan maklumat lanjut melalui pemilik kondominium tersebut.

Katanya, selain itu, polis turut menyiasat pasaran dadah berkenaan selain faktor kemungkinan ia dibekalkan kepada golongan artis.

‘‘Buat masa ini, kita telah menyita harta pelakon itu termasuk keretanya,” katanya.

Semalam, Benjy ditahan bersama seorang wanita kerana disyaki mempunyai kaitan dengan penemuan sebuah makmal mini memproses dadah di Kepong.

Semasa ditahan, polis juga menemui 850 gram kokain dan 140 gram syabu di kondominium tersebut.

Polis memberitahu, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pelakon bersiri itu telah mendirikan rumahtangga dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Pelakon itu juga pernah memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik (telefilem) pada Anugerah Skrin beberapa tahun lalu.



ps/ npla ko ni cari duit ngn care cmtu..byk lagi pekerjaan yg halal. kn da xselamat kt dunia.
11 komen bernas

Quit main Farmville!

February 22, 2010

apekahh?? hehe tu niat aq sebenarnye nk berenti main game online kt facebook[da berenti da]. aq siap letak note kt ladang aq psl pemberhentian aq drpd game tu.



alasan aq untuk zynga:


-yup, mmg aq ketagih main game tu. tp smpi mase aq patut berenti.
-aq da letih nk harvest. ladang kecik xpe lagi. kalu da besar tu, sakit jgak tgn asik nk klik2. walaupun dah dibekalkan ngn traktor, minyak xcukup! kalu aq jutawan, aq leh beli la minyak yg zynga jual tu. hehe sorry zynga. kalu lagi byk gift utk minyak, mmg best.
-aq da achieve ape yg aq nak bile main game tu. aq da beli VILLA! haha
-walaupn level xsetinngi org lain, kire ok la da lpas level 30+. agak lame jgakla nk smpi ke tahap tu.
-lastly, aq betul2 puas!


huhu bukan ape. aq ni mmg addicted bile men game online. dulu mase kt myspace, aq dok men mafia wars. lame2 jemu jgak pasal hari2 mengadap bnde yg same. selamat kt facebook aq xsambung main. kalu x, smpi skng aq dok ketagih game tu. cukuplaaaaa. aq da penat! hehe


ramai je membe2 aq main game online nih. sbb mmbe jgakla aq main. nk challenge sape level paling tnggi. haha lawak2! pe2hal pn, thnkx utk kawan2 aq yg sanggup nk menolong bg hadiah tiap2 hari utk aq berjaya dlm game tu. cehh! berjaya dlm idup pn blum tercapai lagi. hehehe salah satu reason jgak tu np aq quit.

ni snapshot terkahir ladang aq kt farmville:




ps/ xsalah main game online. tp jgn smpi ketagih sangat. byk bnde penting dlm real life yg kite kene buat :)
16 komen bernas

Gong Xi Fat Cai

February 13, 2010


TO ALL MY CHINESE FRENZ N' BLOGGERS,
GONG XI FAT CAI!

hopefully korg bercuti sakan selepas puas bekerja. selamat selamat! :)
cuti untuk semua kaum! yeah! berhati2 di jalan raya n' ingtlah org yg tersayang.
bg yg cuti tp bekerja utk nuff, selamat juga!
singgah menyinggah still diteruskan utk keharmonian sejagat ;p

bye~!
0 komen bernas