Watermark Blog Si Biru

August 2, 2010

Assalamu'alaikum..

kali ni xde ape2 info yang menarik pun. saja aku nak memperkenalkan 'watermark' baru blog si biru. hehe kalau korang perasan entry2 bergambar sebelum ni, aku da start menggunakan watermark tu.. sebenarnya da siap lama. dalam seminggu lebih dari tarikh entry ni.. cuma x taw nak start bila je. huhu


ok ni la watermark tu. apa komen? haha suka hati la nak komen apa pun. ni je idea yang aku mampu curahkan untuk jadikan setiap gambar2 dalam blog si biru ni milik aku 100%.. okeh aku nak buat pengakuan sikit. orang2 di sebalik tabir yang banyal membantu aku untuk menyiapkan watermark ni ialah Anishaway & Xangonila . hehe thankx a lot k korang berdua. ;)


psst~! aku tengok da semakin ramai blogger menggunakan watermark. aku pun xnk terkecuali la ehehe :)
20 komen bernas

Pertandingan Memancing - Taman Tasik Titiwangsa

August 1, 2010

Korang suka memancing? dulu2 aku suka gak memancing. tapi bukan suka kerana minat, tapi suka kerana ajakan kawan je. dorang yang minat giler2 kat aktiviti memancing ni. siap ada rod pancing sendiri lagi. aku pun nak la jugak merasa apa yang bestnya pancing memancing ni...

First time ikut dorang, memang aku blur. apa perkara utama yang perlu aku buat? memang aku zero knowledge la pasal memancing masa tu. selamat la kawan2 aku ni x lokek ilmu. dorang ajar aku satu persatu. dari mula memasang rod pancing, buat umpan, sampailah ke menghayun rod tu ke dalam tasik. haha bila diingat2 balik, memang kelakar. ada sampai mata kail tu tersangkut kat pokok, umpan berceceran pecah sebelum sempat masuk ke dalam tasik, tali putus, macam2 la..


Eh, bukan kenangan pasal aku memancing yang nak aku sampaikan. ni ha, satu event memancing yang berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa pada pagi hingga ke tengahari tadi. aku lupa la apa nama event tu. Joran Ria 2010 kot.. apa yang aku tahu, hadiah utama ialah RM 13k. perghhh!! banyak tu. tapi aku x masuk pun contest tu, aku bukan pemancing tegar. just ikut member aku ni yang mengajak dari semalam lagi. nak x nak aku pun pergila. mana taw dapat idea untuk buat entry baru hehehe :)

Meh kita layan gambar2 yang sempat aku tangkap tadi. xde la banyak sangat. just ok la untuk tatapan umum :)

(KLIK PADA GAMBAR UNTUK TUMBESARAN)

suasana di Taman Tasik Titiwangsa. siap bersantai lagi :)

umpan abang ni dah mengena. apa lagi, tarikkk!

puas berlawan, akhirnya ikan ini akan menjadi milik aku...

cehh, tali aku tersangkut ngn orang len punye. melepas ikan aku.
ni lah hasil tangkapan para peserta sejak dari pagi. amacam? beso2 x?
ikan yang paling besar tu ikan Patin. yang warna hitam tu rasanya ikan Toman..
hehe best x? seronok tu bila umpan kita mengena. kepuasan terpancar terus dari muka masa nak naikkan ikan yang terkena. haha

psst~! aku x taw siapa pemenang sebab balik awal ekeke ;p
14 komen bernas

Alkisah Topup Celcom

Alkisahnya, 3 sekawan sedang duduk melepak. tiba2 seorang kawan aku, Ahmad nak pergi beli topup. kat kedai mana ntah aku pun da lupa. ko pergi sorang jelah, kedai depan tu je pun... bia aku ngn Mamat lepak kat sini....

Sedang aku ngn mamat tengah sedap2 berborak, nampak plak si ahmad ni tersipu2 malu bercampur dengan muka yang berkerut mendekati aku dan mamat... 

oit pahal ko ni mad?? sekejap senyum, sekejap berkerut dahi. apa yang ko suka sangat nih? lantas dia menghulurkan sekeping topup card Celcom(bukan yang keras, tapi yang kua dari mesin tu). lalu dia berbisik kepada kami yang.....

Ahmad: tokeh kedai tu tadi salah key in nombor... tah macam mana masa dia tengah tekan nombor tu, penyakit sawan babi dia datang. abeh menggeletar satu badan. tu yang jari asek dok menekan '0' banyak kali sampai cukup 6 angka.. nombor 1 da lepas lama dah... tup2, sreeettttt~! topup tu keluar dari mesin. aku tengok, RM 1,000,000!!! mak aih, terkejut beruk aku. aku serba salah nak tolong tokeh tu ke x.. last2 aku tolong baringkan dia je sambil2 tu jerit panggil orang dalam kedai soh tolong tokeh tu... tangan aku pun sambil2 jugak la merembat topup tu.. tu yang keluar dari kedai tadi aku kerut dahi pasal takut orang nampak....
Aku dan mamat pun, melopong ooooooooooo.... begitu kisahnya.... takut bercampur sangat teruja. kami bertiga sepakat nak guna topup tu. tapi pada nombor telepon sapa? setelah undian dilakukan, nombor telepon aku terpilih. dalam hati "siot tol, benda jahat ni korang soh aku buat eh".... aku pun setuju.

Tapi x kan pihak Celcom xleh nak detect masalah ni. bayangkan ek. aku da la jarang topup. tup2, nombor aku naik dalam senarai sebab topup sejuta. x ke pelik orang2 Celcom nanti.. arghh pedulikan, nanti pandai2 la dorang cari aku...

Dah 2 hari aku pakai topup ni. share dengan mamat & ahmad pun dah. sorang seribu. tapi yang musykilnya, x kan pihak Celcom x ragu2 lagi?.............

Apsal sejuk sangat ni? laaaaaaaaaaaaaaaaa... aku bangun, menuju ke kipas, dan terus tutup kipas. aku bermimpi rupanya.... ;p

psst~! paling banyak korang pernah topup berapa?
15 komen bernas