Manusia ni memang suka hasad dengki ek?
asal ada orang bukak kedai jual air, ramai orang datang membeli, kau nak dengki...
asal ada orang tawarkan perkhidmatan percuma, kau punya perniagaan x laku, kau nak dengki...
asal ada orang berjaya sikit dari kau, kau ketinggalan, kau nak dengki...
asal ada orang dapat bini lawa dari kau, pun kau nak dengki...
Kawan, kalau semua benda dalam dunia ni kau nak dengki, baik kau jadi raja. baru semua orang xleh lawan. dengki ni ada dua. satu 'dengki bersih' dan satu lagi 'dengki kotor'.. orang x marah kalau ko ada sifat 'dengki bersih'. maknanya ko pandai gunakan akal fikiran. kau pandai nak bersaing secara sihat. walaupun kau dengki, tapi muka ada senyum..
Tapi bila kau ada sifat 'dengki kotor', itu yang x elok dalam masyarakat sebenarnya. siap nak hantar setan lagi. kau dengki orang tu sebab dia lebih dari kau. kau dengki orang ni sebab dia baik hati. apa kejadahnya kau nak dengki mendengki ni? dalam statement 'rezeki masing2 dah ditentukan oleh Allah', tang mana yang kau x faham?
Seorang ulama hadits, Abu Laits pernah mengatakan, 'Tiada sesuatu yang lebih jahat daripada dengki. Seorang pendengki akan terkena empat bencana sebelum dengkinya berhasil, iaitu...'
1. Risau hati yang tidak putus-putus
2. Musibah yang tidak berpahala
3. Tercela yang tidak baik
4. Murka Allah swt
Sekarang ni kan dalam bulan Ramadhan. x baik la nak dengki2 kotor dengan orang. rezeki dorang semua memang dah tertulis dan itu semua adalah takdir dari Allah. x kan kau nak melawan takdir kot? jangan risau. sebab rezeki kau memang dah tertulis. cuma kau je kena usaha lebih. setakat dok berharap, goyang kaki tunggu orang datang, memang x ke manala.
Cuba praktikkan persaingan secara sihat, dengki secara sihat. kan bagus macam tu. baru semua orang leh sama2 maju, sama2 naik. tips nak elakkan perasaan hasad dengki senang je, ingat ALLAH. kalau kau fikir kau sorang je yang nak maju, dan kau sorang je yang nak berjaya, kita tengok apa kesudahannya nanti..
psst~! benda sekecil kuman pun orang nak dengki jugak...
16 komen bernas:
dengkki untuk maju takpe..
ni banyak yang dengki pastu musnahkan kejayaan orang lain kan..
yang pasti.. sebagai peniaga (selalu org berdengki)
kena siapkan diri dengan ilmu juga..
dan awe pelik kan..yng ada PHD ni adalah org kite..sepatutnya kita menyokong sesama Islam..cube tengok kamu cina bagaimana mereka sokong kawan-kawan mereka..malah musuh mereka...sebab tu mereka maju dalam perniagaan..
orang kita jugak bile PHD akan pasang dan tanam sihir macam-macam...astaghfirullah al azim
kalo bersaing secara sihat tu xpe jgk kan..hehe
@cikgu isza itula..pantang orang lbih sikit, da plan mcm2 nk jatuhkan orang tu..ape punya perangai da.
@Nur Hawa Mohd Zin huhu btul2..setakat pegang ijazah tapi x praktik untuk memajukan semua orang buat apa kan..buat bazir masa je.
astagfirullah al azim
takut juga kalau2 terjebak dengan hasad n dengki nih....
Itulah sifat-sifat manusia yang sukar di kikis jauh...terima la seadanya.ekkeekke
tu lah..memang tak leh lari..tambah2 plak org melayu..xleh tgk orang lain senang ade je dia dengki...
dengki mmg boleh merosakkan umat!
moga kita dilindungi dari perasaan hasad dengki..amin
jgn dengki2 derr
harap2 dapat lar hindari orang yang dengki mendengki ni.. :)
orang melayu satunya bangsa yang paling banyak PHD.tahu PHD itu,perasaan hasad dengki,memang x bagus sikap itu.
hermmm kalau dengki kerana nak maju x per , tapi kalau dah dengki kerana benci seseorang , memang teruk dan x baik tuuuu ...
bersyukurlah dgn apa yg allah dah berikan , yg penting berusaha tuu yg penting
dengki dalam hati dah jadi satu penyakit..
tak tau nak ubat mcm mn dah..
heran dan pelik bila tgk org yg ada PHD ni...
aku rasa org yg kuat dengki ni hati dia mesti busuk macam bangkai...habis semua benda org bt dia tak puas hati..alahai..bawa2 la bertaubat
bersihkan hati...tutup perasaan hasad dengki itu.. :)
Katakan sesuatu...