IPOH: Seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah di sini, bukan saja menjadi mangsa samun seorang lelaki tidak dikenali, malah turut disuntik sejenis cecair yang tidak diketahui hingga menyebabkannya terlantar di hospital sejak seminggu lalu.Lebih membimbangkan, doktor kini memantau keadaan mangsa dari semasa ke semasa bagi mengenal pasti cecair yang disuntik lelaki terbabit. Berdasarkan pemeriksaan awal dan ujian darah, doktor mengesahkan mangsa tidak dijangkiti jangkitan seperti virus, hepatitis atau HIV, namun pihak hospital akan memantau keadaan mangsa dan menjalankan ujian darah kali kedua dalam tempoh tiga bulan lagi. Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam 16 Ogos lalu, mangsa, Chea Kiat Heong, 17, pelajar lelaki Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJKC) Sam Tet, kini trauma selepas disamun individu tidak dikenali ketika pulang dari sebuah pasar raya berhampiran sekolahnya selain turut disuntik sejenis cecair pada tangan kirinya. baca selanjutnya... sumber dari myMetro
Gambar dari myMetro |
janganla malas.. kaki tangan cukup semuanya. malu la sikit wei dengan orang yang kurang upaya.. walaupun dorang x sempurna, tapi dorang punya akal untuk menyembunyikan ketidaksempurnaan. bukan macam korang, akal pendek.. nak cari jalan mudah dan cepat je.. xnk berusaha langsung dengan cara yang halal.. ni x, ikut jugak perangai si setan tu.. memang betulla apa yang aku pernah tulis sebelum ni dalam artikel 'Dugaan Berpuasa'...
psst~! kalau da perangai macam setan tu, setan juga.
20 komen bernas:
harap2 bukan disuntik dengan kencing tikus :(
boleh membawa maut tu
@Che Armster itulah.. mana datang tah cecair tu..
apa la nak jadi zaman skrg nie...entah cecair apa la yg diorang suntik kat budak tu...
sekarang ni macam-macam orang buat nak dapat kan duit...
tak kira la halal ke tak..
hmmm...
bahaya betul la main suntik2 ni...
huhuhu
macam2 hal skrg ni...kat mana2 pun cam tx selamat jer...
@Yati Ali tula..kena byk berdoa mintak dijauhkan je..
adeh bahaya tue..kalau nak rompak..rompak jelah..xyahlah sampai nak cucuk2 pulak...hurmm...dunia2...
biasala.. da nama penyamun.. pe die kenal halal haram?
x cukup dgn bnuh, tetak, skrang nk seksa plk...
ape yg kejam sgt.. org tak watpe pn kt die.. nauzubillah..
ohhh dunia skg mcm2 laaa
cecair apa la tu..laknat betul penyamun ni!em
entah2 guna clorox..
haha...xpe cuci darah..
hehe
dah semakin pelik jenayah sekarang ni..ni main inject2 org sesuka hati pulak..bahaya betul..
erk,bijak beno penyamun zaman skrang..udah macam doktor pulak.main suntik-suntik....
teruskanlah berdoa agar terhindar drp malapetaka yang mengerikan seumpama itu..
biarlah saya sekadar jadi penyamun hati lelaki yg suci...ahaks
malaysia skang ni bukan stakat advanced ngan pembangunan, politik tapi benda2 buruk pun dah advanced..dah nak macam kt negara2 luar plak.. negara luar tiap2 hari bunuh orang..
kalu nak rompak tue rompak jer lar.. tak payah lar smpai nak main cucuk2.. buat susah kan org jer..
Nie msti keje Mat Pet..
menakutkan. =(
nsib dy xrompak n bunuh,.huhu,doa mangsa 2 cpat pulih,.
Iniler setan yang tak boleh diikat..lagi2 dekat rayer nie...so zaman nie jangan sesukahati nak tunjuk kite nie loaded man nnt jadi hal plak...biar nampak sengkek tak per!
bahayo nye...macam2 manusia skunk..advace yang melampau..bukan ini yang negara harapkan...kite nak benda yang blh menyumbang pada negara bukan buat macam ni
Katakan sesuatu...