Assalamualaikum...
Jangan risau, entry aku ni tak kan menurunkan semangat korang untuk terus berblogging.
Dan sebelum apa-apa, aku nak umumkan yang afiqbukhari.com kini dah menjadi blog peribadi 100%. kalau dulu, aku publish segala jenis entry untuk tarik trafik dan pembaca. termasuklah tutorial, berita semasa, gosip yang tak berapa nak gosip, macam-macam lagi la. tapi sekarang aku dah mula bosan untuk buat semua benda tu. so its better for me to specifickan blog ni kepada blog peribadi je.
Cuti semester 4 bulan dah bermula... 4 bulan!? katak bawah tempurung memang dah lama mati kalau tak buat apa-apa selama 4 bulan tu. samala dengan aku, tapi tak ada lah sampai ke tahap mati, melainkan kalau ajal aku dah sampai, wallahualam bissawab.
Bosan tahap gaban bila time cuti tak ada apa yang boleh dibuat. nak tolong umi masak, aku tak reti. tolong perabehkan masakan boleh la. setakat nak basuh pinggan mangkuk, buang sampah, sapu sampah tu kira bertuahlah dapat buat kerja rumah sikit, berbanding dari duduk terngaga tunggu lalat terbang masuk dalam mulut. seriously aku bosan. baru seminggu bercuti, tapi bosan mengalahkan orang cuti bersalin.
Selingan: Ni aku nak tanya sekali lagi. aku ni lelaki, tak salahkan buat kerja rumah? aku tanya macam tu sebab hari tu ada orang kata orang lelaki bila dah berblogging, dah macam perempuan. so takut la ada sesetengah pihak tu kata aku macam perempuan bila buat kerja rumah. aku tak terasa pun, cuma nak cakap sikit jela, dasar pemikiran kolot. serius aku tak terasa haha.
Rutin harian memang bosan gila. bangun pagi, hantar adik ke sekolah. sebelum nak sampai sekolah, kena layan trafik jam dulu. jalan-jalan kat Malaysia ni memang superb. terkenal dengan kesesakan lalu lintas yang memualkan. yelah, kereta sebiji, driver pun sorang. nak ajak orang lain tumpang, malu. masing-masing dengan ego masing-masing.
Start dari pagi sampailah ke petang, aku dok melangut je. facebook, youtube, movie, semua aku layan. nak bukak website blogger, malas. ntahla kenapa. mungkin aku dah bosan dengan dunia blog kot. pernah satu ketika, niat datang menyinggah untuk tutup terus afiqbukhari.com. tapi rasanya tak payah kot. sayang tu, dah setahun lebih aku usahakan afiqbukhari.com, takkan nak tutup.
Bila malam menjelma, mulalah phone berbunyi. 'weh, jom lepak minum.' 'weh, jom main badminton.' 'weh, jom main snooker.' 'weh, jom karok.' mungkin sebab ini semua, aku dah kurang blogwalking. if sesiapa yang perasan, shoutbox@chatbox aku dah tak ada. aku dah remove sebab aku tahu aku tak akan terlayan korang semua. kalau nak berhubung dengan aku, maybe dalam ruangan komen ke, email ke, facebook ke. sorry guys~
Selingan: Aku pernah kata yang mungkin waktu cuti ni aku akan mula aktif blogging balik. tapi aku rasa tak. sebab aku dah jemu untuk update tiap-tiap hari. aku lagi suka untuk baca blog orang, terutama blog Ben Ashaari. aku memang respek gila dengan dia sebab anytime and anywhere dia boleh update blog. aku tak nafikan, memang banyak tips blogging dalam setiap entry dia. cuma aku dah malas nak praktikkan.
Aku bukan mengalah ke apa, cuma aku dah malas untuk...? malas untuk apa? biarlah menjadi rahsia AFIQ BUKHARI. kepada yang lain, happy blogging! kalau ada masa dan idea, aku update lagi :)
Psst~! aku rasa entry aku kali ni agak berterabur la. cikgu blogger mana? tolong tandakan entry ni. daripada 100%, aku hanya layak dapat berapa ek?
Psst2~! nak cari kerja, tak boleh lagi, banyak family matters yang belum diselesaikan lagi haihh...
13 komen bernas:
Takpe yang penting kita happy! Bila kau update aku mesti masuk baca walaupun aku tak drop komen! :D
yeah. setuju yang pasal kolot tuh.
takdenya salah kalau lelaki buat keje rumah.
lagi nampak macho sebenarnya.
pernah dengar? "lelaki rajin itu seksi"
:)
duk umah dan selesaikan apa yg patut kat umah tu.taip apa yg nak dicerita..akak dtg komen dan baca apa kisah afiq nak share ngan kami.hehe.semua yg berlaku dlm kehidupan ada hikmahnya..so kongsikan dgn kami.
tak keje eh?? hehe ;D
a'a kn. cuti mmg bosan. aku pun rasa yg tu.
:DD
@MAiCHER uik, first time dengar ni heee
@Lydia Miza(Aidyl Azim) insyaAllah kak LM :)
@farasakura x leh keje lagi, alasan kat psst2~! tu :)
selamat bercuti...awe pun kadang2 blur tak tahu nak update entri apa
pernah nampak status fb aku
rasa nak quit dari blog
haha
tulah ramai dah nak quit dari blog
ada apa-apa laman sosial yang lagi gedeboom! tak?
-na'dz
@ceritaku MEMORIKU haha nampak je, mls nk conteng. laman sosial yg len ade je, LAMANRUMAH.COM :D
dah tanda.
anda dapat 99.99%.
tahniah.
hahahaha.
hehe, afiq.. aku pon rasa macam malas dah sekarang ni tapi still gigih lagi ekekee, entah sampai bila
Katakan sesuatu...