Selamat Tahun Baru 2011 dari AfiqBukhari.com

December 31, 2010

Assalamu'alaikum readers dan followers sekalian..

Aku sebagai tuan empunya AfiqBukhari.com ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua rakyat Malaysia. semoga tahun 2011 akan menjadi tahun yang lebih bermakna daripada tahun-tahun yang sebelumnya, insyaAllah.

Apa yang penting, semoga keamanan dan kemakmuran negara kita dapat dikekalkan dan aku harapkan pada tahun 2011 ini, Malaysia akan bertambah maju ke hadapan selari dengan negara-negara maju@membangun yang lain.

Dan aku juga mengharapkan yang diri kita sendiri dapat maju ke hadapan. maju dalam segala bidang termasuklah akhlak dan sahsiah diri. dan yang paling penting sekali, agama(Islam) jangan dilupa dan diabaikan. kumpul lah segala pahala sebagai bekalan apabila berada 'di sana'.

Malaysia Boleh! dan Selamat Tahun Baru 2011.

Psst~! Kurangkan persengketaan, kurangkan rasuah, kurangkan kemalangan, kurangkan politik murahan, kurangkan maksiat, dan kurangkan segala-galanya yang boleh mendatangkan kemudaratan dan kesusahan kepada agama, bangsa dan negara.
34 komen bernas

Berhentilah sekejap...

Assalamu'alaikum readers...

Alhamdulillah dapat lagi aku berceloteh di ruangan afiqbukhari.com ni. kita tak tahu kan bila datangnya kiamat. kiamat yang akan berlaku bila-bila masa shj dari sekarang. aku bukannya ustaz mahupun tok imam yang bertauliah untuk memberi ceramah, tapi aku nak berkongsi salah satu firman Allah SWT dalam surah Al-Jumuah ayat 9..

“Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan shalat Jum’at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”

Maknanya apabila azan dilaungkan dan tok imam naik ke mimbar, kaum muslimin diwajibkan untuk berhenti dari segala perkerjaan(jual beli, basuh kereta, tengok tv, study, dll) yang sedang dilakukan, dan terus menuju ke masjid untuk mendengar khutbah dan menunaikan solat jumaat. tetapi janganlah rushing sangat. pergilah solat jumaat dengan hati yang tenang dan khusyuk kerana rushing@jalan cepat-cepat untuk pergi solat adalah dilarang. sebab tulah kita digalakkan untuk pergi awal ke masjid.

Sumber - Kiamat Terjadi Hari Ju'mat

-----------------------------------

Okeh tadi aku terlewat untuk ke masjid sebab tertidur sekejap. bila sampai je di hadapan masjid, penuh dengan deretan kereta dan motorsikal di tepi jalan. tak seperti kebiasaan pada jumaat-jumaat yang lain. oh! hari ni kan cuti umum. memang berasak-asaklah manusia untuk masuk ke dalam masjid.

Di hadapan masjid ada, ada satu jalan yang menghubungkan satu taman ke satu taman. jalan tersebut bukanlah jalan utama. ada lagi satu jalan sebagai laluan alternatif. yang aku tak berapa faham, kenapa pemandu-pemandu bas awam dan lori besar nak lalu jugak kat situ? bukannya jalan besar pun. dahla tak berhenti untuk solat jumaat, pergi tambah sesakkan lagi jalan di hadapan masjid tu (pemandu Islam, muka selamba je bawak bas. padahal depan masjid. tak rasa bersalah langsung)

Aku bukan nak kutuk, nak caci ke apa. tapi bertimbang rasalah sikit. tak kiralah pemandu bas ke, lori ke.. orang lain nak pergi solat jumaat kumpul pahala, bukannya nak tambah dosa. kalau boleh, masa tok imam tengah baca  khutbah dan solat jumaat sedang berlangsung, berhentilah sekejap, solat sekali. tak pun bagi pemandu yang non-muslim, carilah jalan lain. bagilah laluan kat kaum muslimin yang nak solat jumaat ni. jangan lambatkan pergerakan dorang. elok-elok hati tengah tenang, tiba-tiba jadi marah dan geram. tak khusyuk dah macam tu, wallahualam..

Psst~! geram je rasa tengok muka-muka orang yang takde perasaan ni..
13 komen bernas

Ragam Sebelum Sambung Belajar

December 30, 2010

Assalamu'alaikum readers...

Penat sungguh hari ni berkejaran ke sana ke mari. esok(31 Disember 2010) dah cuti umum sempena kemenangan pasukan bola sepak Malaysia untuk Piala AFF Suzuki. so aku hanya ada masa satu hari ni je nak selesaikan semua benda sebelum berangkat ke negeri orang untuk sambung belajar.

Dari pagi lagi aku dah bergegas ke pejabat Kurnia Insurance untuk memperbaharui insurans kereta. selamat tak ramai orang. masuk-masuk je terus dapat renew. thanks to akak comey sebab mempercepatkan kerja-kerja saya *hehe tapi belum siap lagi. kena pergi pejabat pos plak untuk renew road tax. road tax kereta aku tamat tempoh pada 5/1/2011. better renew awal-awal, takut nanti bila dah sambung belajar tak sempat plak nak renew. jadi penjenayah kecilan sementara plak kang *huhu

Bila dah settle tu semua, kena pergi Celcom Center plak untuk subscribe Broadband. oh yer, sebelum ni aku ada buat perbandingan diantara Celcom Broadband dan Digi Broadband. so aku dah buat keputusan untuk melanggan Celcom Broadband. sebab apa? coverage celcom lagi meluas daripada coverage digi. aku tak kisah speed broadband tu laju atau slow, yang penting aku dapat melayari internet. thanks to Gombakmali kerana sudi  menemani aku mensubscribe bb tu *haha





YES!! year end sale! dah lama aku tunggu saat nih. aku takde duit nak pergi shopping masa harga barang belum discount. tapi bila dah discount, baru aku sibuk nak pergi beli. alah, aku bukan selalu shopping pun. setahun sekali je. nak nak akhir tahun ni kat Jaya Jusco. semua harga baju, seluar, belt, wallet, etc, jatuh sebab perkataan DISCOUNT. 70%! 50%! 30%! 10%! perghhh tak tahu nak beli yang mana satu.rambang mata beb!

Okeh bab baju, seluar, etc dah settle. sekarang tinggal kasut plak. tak payah pergi kedai mahal-mahal, masuk je kedai Bata tu. harga pun murah. berbaloi-baloi plak tu. kalau nak lagi berbaloi, cari kedai kasut nama Yebeng plak *hehe bab kasut ni, aku betul-betul surrender. kaki saiz 11 beb, besar tapak gajah. mana nak cari kasut saiz tu. ada tu memang ada. tapi setiap kali aku tanya, saiz kasut tu mesti habis. oh! ramai jugak yer yang kakinye bersaiz 11 *haha aku dah jumpa kasut yang aku nak tu dan saiznya pun ada. tapi yang tak bestnya, aku lupa nak double check saiz kasut tu masa nak bayar. aku just, SENYUM, BAYAR dan BLAH! sampai rumah baru aku perasan yang kasut baru aku tu bersaiz 10!! arghh malasnya nak pergi tukar zzz...

Tapi apa-apa pun, semuanya berjalan dengan lancar. jalan raya takdelah sesak sangat. Jaya Jusco pun takdelah sesak sangat. kedai kasut Bata pun takdelah sesak sangat. senang kata, aku berjaya menyettlekan semua kerja yang penting dalam masa satu hari. bak kata pepatah, nak seribu daya, tak nak seribu dalih.


Psst~! esok nak pergi Giant plak, shopping untuk barang-barang rumah sewa..
25 komen bernas