sumber dari google |
Anda mempunyai hak untuk mengeluarkan sebarang jenis entry. entry bersifat peribadi, tutorial, pandangan, cadangan, kritikan dan sbgnya. itu semua hak anda. entry panjang atau pendek? lain pembaca, lain ragammya. ada yang suka membaca entry yang panjang. ada yang suka membaca entry yang pendek. cuma sebelum mengeluarkan entry tu, teliti dahulu penulisan kita. ada x elemen2 atau isi2 yang bernas untuk dikongsikan bersama dengan para pembaca?
Pembaca akan lebih suka membaca entry yang boleh memberi manfaat kepada meraka. memberi sesuatu yang amat bermakna untuk dijadikan sebagai pegangan. kalau boleh, selitkan sesuatu walaupun sedikit. dan apa yang paling penting, jangan membuatkan pembaca pening dengan penulisan anda. itu ancaman namanya. dengan pantas mereka akan menekan butang pangkah.
Cantik.
Cantik itu perlu. tapi bukan cantik dengan widget2 yang membebankan blog. cukup sekadar menghiasi blog dengan warna2 yang menarik, susunan template yang teratur dan kemas.. anda suka pakai widget yang keluarkan bunga api dari tepi blog? widget yang keluarkan bunga dari tepi blog? x perlu semua tu kerana pembaca akan meyumpah seranah semasa menunggu untuk masuk ke dalam blog anda. kan dah mengurangkan minat mereka untuk terus membaca.
Perlu ke meletakkan widget seperti music box yang auto play? perlu ke meletakkan akuarium yang ada kura2 dan ikan di dalam blog anda? kalau untuk blog peribadi, anda digalakkan meletakkan widget2 tersebut kerana ianya boleh membantu anda mengurangkan tekanan perasaan dan masalah yang sedang dihadapi. tetapi sebenarnya menambahkan tekanan kepada pembaca yang mempunyai kelajuan internet tahap siput.
Okeh, kat bawah ni aku senaraikan antara tips2 yang membina dari blog 'maribinablog'
- Sebab Apa Blog Jadi Berat
- Perkara atau benda yang tidak patut ada pada blog kita.
- Tips meringankan blog dan loading page
- Timbang Berat Blog
Nak baca lagi apa pandangan aku tentang blog? meh baca entry ni plak, 'Disebalik BLOG'
Psst~! aku xdela mahir sangat nak memberi nasihat.. tapi aku suka berkongsi benda yang sepatutnya dikongsi bersama. dan aku x kata yang aku ni 100% perfect.. kita sama2 belajar.
Psst2~! pandangan2 aku di atas tu untuk blogger2 yang memang nakkan penulisan meraka dibaca oleh orang lain..
33 komen bernas:
Oh Ok Cufiq..ellen cuba praktik apa yang dicadangkan di sini...yang penting jangan pernah rasa puas nak g nellen punya blog yang tak ada apa2 nya...hehehe..
nasihat agak membantu..hehe...btoi2...aku pon x ske yg ade bling2 kat cursor tuh...agak anoying..so mmg xlama la singgah jawabnyer,,hehe..lagi satu x tahan kalo ade lagu...kdg2 tgh bw..mmg terkujat tgh2 mlm..lagu masing2..mak ai...bikin bikin..so langkah paling sopan..aku mutekan je lappy punyer volume..tapi masalahnyer..mana aku nk dgr lagu dari player aku ni!!!! tensen2....aku on radio dari henpon..abis cter..haha
@Ellen
hehe insyaAllah afiq akn selalu jengah blog nellen :D
setuju sgt . internet slow nie , nak tunggu loading ,adoiii
hehhe..menarek2!
thanks afiq for da good tips.
hihihi.
yang part cantik tu.
mm dah tayah tnya afiq:)
sebab afiq dah puji...
tapi tentang entry,mm still mencari
nasihat bagus dan mantaf afiq..setuju..tapi cik tom pun still belajar bab cara penulisan tue..al-maklum la agak kurang mahir nak main ayat ni...kalau afiq rasa ade apa2 terkurang pada blog ciktom..sudi2 la tegur ye..thanks :)
adesss...blog cikmin memang takde entri bernas pun.. :P memang tak boleh nak puaskan sesapa pun membacanya...kalau kepuasan sendiri agak tercapai bila cikmin selak balik entri2 dari segi penulisan dari tahun 2008..
nice entri bro, aku suka entri ni!
Terkini : Maut berebut remote TV
betol2. anna pon klu ikutkan kurang gemar klu ada blog yg pasang widget yg bukan2. tp nk wat cmne kan. kita dah menegur..terpulang pd diorang utk ubah ke tak. nk ckp lebey2 pon tak boley jugak sbb tu blog diorang kan. hehe
btw, thanx sebab sudi bg cadangan kat entry domain tu. :)
p/s : 2 hari ni anna boleyn happy sangat sebab :
2266 pageviews with 1145 unique visitors for Hana Love Nest! :)
ehehe bgs2 sentiasa memastikan yg terbaik utk pembaca... miss mai sini pon makin syok je rase
hehe terbaik, fiq..
pasal penulisan aku taknak komen pape,aku baca je semua bentuk penulisan
pasal kekemasan, aku setuju.. kadang - kadang widget meleret2 ke bawah ekekee.. betul la tu, kita datang nak baca entry dia, tapi "benda2" tu menjadikan hasrat kadang2 tak tercapai,
@padin
hehe tentang penulisan tu umum je din..sape nak terima, terima..kalau xle terima, senyap je :)
@MissXYZ a.k.a Abaikan
hehe thnkx miss :D
haha.. bgs2.. serius widget yg kat tepi tu sgt memberi ganguan semasa pembacaan.. haha..
hari tu, aku buat rombakan secara besar2an blog aku. Byk widget yg aku buang. Link exchange pun aku susun bagi nmpak kemas. tapi berita malang, bile aku timbang blog aku, still berada di atas paras 100 KB. huhu. x tau la nk kurangkan ape lagi... Mungkin bilangan entry post pada muka depan plak..
aku setuju dengan langkah mengurangkan widget yang terlalu banyak, susah nak loading
internet kat malaysia pun bukan laju sangat pun
aku setuju sangat2.....kadang2 aku buka 4 blog sekali gus..terkena pula semua ada lagu..terus tutup semua blog tu..heheh..
hehe..suke tak belog buku conteng tuh? okeyh,takpe...tak suka pon kene gi jenguk gak ye!! nih arahan bukan jemputan....haha....kejam kan??
@Cik Jari
hahah memang kejam!!
@xkane
hehe rakan2,tgk feedback dari blogger xkane ni..nak ke yang lainjadi camtu? hehe
hehe...ske blog yg simple,dan melemahkan semangat nk tunggu loading lme2 sb aj pon bz..nice advice moga blogger lain ikot yer hehe
baik cikgu afiq.. gayah akan ikot...hihi.. xde widget sgt pon.. buat berat blog ja..huhu..betoi tak???
hasil penelitian aku,
kebykkan yg akn ltk banyak widget atau gadget nie adalah blogger2 baru..
siap ngan lagu masing2..
kalo buka smpi 3 blog, 3 3 lain2 lagu..
maunya x t'kezut kalo br jer bukak, dah kuar sound.
srius, aku trus X suma skali..
hahaha
tapi aku notice jgk,
by time dorg sedar apa yg perlu n x perlu kat blog dorg..
tym nie br best ronda2 blog..
ehehhe
@p[A]n[A]d[O]L
hehe btul tu..aq sebenarnye tergerak hati nk buat entry camtu bila bro ben ashaari buat entry pasal mane blogger2 yg lama.xnk bg nasihat ke kat blogger2 baru huhu
mmg x suka jika ada blog letak musix box.. autoplay lak tu.. x der butang stop.. iks iks
Akak suka info Afiq ini,tq,,kerana dapat berkongsi maklumat.
em bagus entri ni. setuju sgn afiq, blog yang berat dengan widget2 membuatkan loading sesebuah blog tjadi lmbat. tambh pulak kalau pengguna broadband yg dah terlebih kuota (mcm sy ni), alamatnya babai la kpd blog trsebut.
penerangan yg sangat membantu.!!! bagus tu...!! uncle sokong 120%
@RAFHAN ~peace~
hehe maybe la kot..tapun cuba kurang kan blog list..kalau select all,memang akan memberatkan blog.
@tehr
hehe btul2..lainla kalau kita dapat speed kat europe sana ;p
@zmah
same2 kak :) thnkx yer bace blog afiq :)
if we give something, we'll get something too.. =)
Katakan sesuatu...