GEORGETOWN: Orang ramai yang tinggal di kawasan rendah dan tebing sungai diminta mengambil langkah berjaga-jaga serta bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir kilat pada Isnin dan Selasa depan.
Jurucakap Jabatan Meteorologi Pulau Pinang berkata negeri itu dijangka menerima hujan lebat selama dua hari berturut-turut, iaitu pada 1 dan 2 November ini, dan keadaan hujan dijangka membawa kesan banjir kilat di kawasan rendah.
"Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran di tahap kuning ekoran hujan lebat tanpa henti akan berlaku di beberapa kawasan di Pulau Pinang, Perak Utara, Kedah dan Perlis selama dua hari, iaitu pada 1 dan 2 November ini ekoran perubahan monsun," katanya hari ini.
Sementara itu, pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh berkata penduduk di kawasan yang sering dilanda banjir, diminta memastikan kelancaran saliran air di longkang dan parit di tempat masing-masing.
"Orang ramai yang memerlukan bantuan untuk membersihkan longkang atau parit di kawasan perumahan, boleh menghubungi Bahagian Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Pulau Pinang menerusi talian 04-2637 637 atau Majlis Perbandaran Seberang Perai 04-5497 700", katanya.-Bernama Sumber
Psst~! harap2 berita ni hanya sekadar amaran je.. apa2 pun, kepada warga Pulau Pinang dan seluruh rakyat Malaysia, sila berhati2 dan bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan banjir kilat ni.... ~teringat peristiwa banjir kilat di dalam rumah aku sendiri.
9 komen bernas:
oh.thanks ya!
nak dekat2 deepavali lak tuh.lalala
@OrenLimau
sama2 oren limau :)
fuhhh bersiap sedia lah :P
Panas! : ENTER
huhuhuhu...memang kena bersiap sedia la utk mereka di Pulau Pinang tu...moga-moga tak teruk la banjir kilat tu...
betul ke ni..
kesian le orang penang.
tak jadi p penang la 2-3 hari nih
kuman "syampoo?.." Entry
salam..
Sedia payung sebelum hujan hehehehe..apa yang aku melalut nie anyway thanks ye info yang sangat bagus
bahaya tu....mudah2han xde la ape2 yg buruk akn berlaku..
erk...kalau banjir,exam tunda tak ye? erm...mak Cj penah kata,kalau dkt2 deepavali mmg salu ujannn je la...erk,tapi tak taw lak pe kaitan ujan n deepavali..
Katakan sesuatu...