Home » , , » Prostate Awareness Campaign 2010

Prostate Awareness Campaign 2010

June 3, 2010

Assalamu'alaikum.

Start Time: Friday, June 18, 2010 at 8:00am
End Time: Sunday, June 20, 2010 at 2:30pm
Location: PPUKM, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur

Kempen Kesedaran Prostat (Prostate Cancer Awareness Campaign) ini diadakan dengan harapan untuk memberi input serta maklumat mengenai penyakit yang berkaitan dengan kalenjar prostat serta penekanan terhadap rakyat Malaysia terutama golongan lelaki yang sudah berusia untuk datang menjalani ujian prostat kerana mereka merupakan golongan yang lebih cenderung untuk mendapat penyakit-penyakit yang berkaitan prostat ini.

Penyampaian maklumat mengenai kanser prostat yang merupakan salah satu kanser yang selalu dihidapi oleh lelaki berusia adalah dirasakan perlu supaya langkah awal dapat diambil kerana peluang untuk pulih adalah lebih tinggi jika penyakit kanser ini dapat dikesan lebih awal.

Kempen kesedaran prostat yang akan berlangsung selama dua hari pada tahun ini juga akan dilaksanakan dengan mengadakan satu larian kesedaran yang dinamakan “Prostate Cancer Awareness Run” di sekitar Pusat Perubatan UKM dengan harapan penyertaan dari segenap lapisan masyarakat demi menyampaikan mesej kesedaran prostat ini. Selain itu pameran kesihatan oleh pelajar-pelajar perubatan UKM, pemeriksaan serta ujian prostat juga akan diadakan secara percuma di Lobi Utama Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dengan bertemakan ‘Lelaki Sihat Teras Keluarga Bahagia’, diharapkan lebih ramai rakyat Malaysia khususnya golongan lelaki memberi perhatian terhadap kesihatan prostat mereka agar tidak diselubungi dengan masalah yang boleh menjejaskan tanggungjawab mereka sebagai seorang suami dan ayah. Ini kerana orang lelaki terutamanya rakyat Malaysia masih lagi mempunyai perasaan malu serta tidak mahu menjalankan ujian prostat ini secara sukarela. Ini mungkin kerana faktor-faktor luaran seperti budaya atau sifat lelaki itu sendiri yang mengambil remeh akan sesuatu hal menyebabkan mereka tidak ingin menjalankan ujian prostat. Oleh itu diharapkan dengan adanya program “Prostate Awareness Campaign” ini, golongan lelaki akan lebih faham tentang penyakit prostat dan datang untuk menjalani ujian saringan barah kalenjar prostat.

----------------------------------------------------

Aktiviti-aktiviti Kempen Kesedaran Prostat (Prostat Awareness Campaign):

18 Jun 2010 (Jumaat):
Lokasi: Lobi Utama Pusat Perubatan UKM
Masa: 8.00am -5.00pm

Aktiviti-aktiviti:
a. Gerai Klinikal: pemeriksaan kesihatan yang asas seperti tekanan darah, kandungan gula dan lemak dalam badan dan sebagainya akan ditawarkan kepada orang ramai, dengan nasihat-nasihat untuk menjaga kesihatan badan.

b. Pameran Kesihatan: pelajar-pelajar perubatan akan menjelaskan isu-isu kesihatan yang terkini kepada orang ramai, terutamanya isu prostat.

c. Pemeriksaan Prostat Percuma: sasaran utama pemeriksaan prostat ini adalah golongan yang sudah berusia dan dijalankan oleh golongan profesionalisme yang berkenaan.

20 Jun 2010 (Ahad):
Lokasi: Tempat letak kereta Pusat Perubatan UKM
Masa: 6.30am - 12.00pm

Aktiviti-aktiviti:
a. Larian "Kanser Prostat":
Lokasi: Tempat Letak Kereta PPUKM
Jarak: 5km, 7km, 10km
Yuran Penyertaan: RM20.00
Kemeja-T PERCUMA
Sijil Penyertaan dan hadiah lumayan disediakan

b. Pameran Kesihatan: pelajar-pelajar perubatan akan menjelaskan isu-isu kesihatan yang terkini kepada orang ramai, terutamanya isu prostat.

c. Karnival Jualan

----------------------------------------------------

Informasi-informasi tentang Larian "Kanser Prostat" :

Penyertaan:
Terbuka kepada warga Malaysia sahaja yang bukan pelari professional.
Nombor Peserta akan disediakan dan wajib dipakai semasa larian. Sila mengambil Nombor Peserta pada hari Jumaat (18hb Jun 2010).
Borang boleh didapati di kaunter informasi PPUKM.

Lapor diri:
Borang penyertaan serta bayaran tunai boleh dibuat mulai 14hb Jun 2010 di UnitKewangan PPUKM (Tingkat 1 Blok Pendidikan),
Kaunter Pendaftaran juga akan dibuka pada 18hb Jun 2010 di Lobi Utama PPUKM.
Pada hari larian, semua peserta dikehendaki melaporkan diri bermula jam 6.15am hingga 7am di Kaunter Kehadiran.

Aspek Keselamatan:
Semua peserta dikehendaki berlari mengikut laluan/trek yang ditetapkan kecuali dengan arahan daripada pegawai bertugas.
Sebarang kenderaan TIDAK dibenarkan mengiring peserta KECUALI Ambulan/"Runner".
Sebagai langkah keselamatan, para peserta dinasihati menjalani Pemeriksaan Kesihatan sebelum tarikh larian dan berada dalam keadaan yang sihat semasa pertandingan.

Borang Penyertaan Larian "Kanser Prostat" boleh dimuat-turun daripada:

so sape2 yang free tu pegila eh. untuk kesihatan korg jugak. ;)

0 komen bernas:

Katakan sesuatu...

This Is A Do-Follow Blog