Masaku berlalu dengan pantas...

December 7, 2011

Assalamualaikum...

To afiqbukhari, what can I say here is, 'hidup segan mati takmau'. yes! it is because kau re-open your blog but kau did not manage to update it frequently. what for kalau kau ada blog?

Uwaaaa sungguh terasa bila ada orang sound macam tu. kalau si dia baca ni, confirm ketawa ngehngehngeh punya haha. no hard feeling la. ada betul jugak si dia cakap macam tu. aku pun macam endah tak endah je dengan blog kesayangan ni. kejap kau buka, kejap kau sepi. readers pun lari macam tu. tapi tak apalah asalkan ada lagi yang sudi membaca afiqbukhari. terima kasih daun keladi.

December of 2011 sudahkan sekarang? pejam celik pejam celik dah nak dekat setahun aku belajar degree. cepat betul masa berlalu. betullah orang kata, 'kita ni apabila semakin berumur, semakin cepat waktu itu berlalu'. ada betul?

Yes betul. masa kita kecil-kecil dulu, ada kita fikir nak buat sesuatu dengan serius untuk sejam yang akan datang? aku tak terfikir langsung sebab masa kecil, aku hanya terfikir untuk bermain je. so dunia aku masa tu memang penuh dengan aktiviti yang melalaikan dan menggembirakan. biasalah budak kecil kan. so berbalik kepada statement aku yang di atas tadi, memang waktu kecil kita, terasa seperti lambat je masa berlalu. memang kita berfikir, tapi berfikir untuk bermain dan terus bermain. minda pun tidak penat dan stress. mungkin agaknya sebab itu la kot masa kita masa kecil lambat je berlalu.


Tetapi apabila kita sudah memasuki alam remaja nak ke dewasa sikit-sikit, otak akan mula berperanan sebagai sebuah sistem yang bakal memenatkan badan tetapi, memberi kebaikan kepada diri kita sendiri. habis SPM, kita dah mula terfikir macam mana nak apply untuk masuk 'U'. sama dengan the next punya apply, diploma, STPM, degree, master, PHD and so on. perbuatan berfikir sebenarnya tak akan habis di situ je. lepas apply pun nak kene fikir aku ni dapat ke tak tawaran ke 'U'. sambil berfikir sambil buat benda lain. kiranya 2 pekerjaan dalam satu masa. tak ke korang terasa yang masa kita ni berlalu dengan cepatnya?

Aku ni pun belum masuk lagi ke alam pekerjaan yang penuh dengan pancaroba. mungkin kecepatan masa berlalu tu akan lagi pantas daripada kecepatan masa berlalu yang sedia ada sekarang ni? Wallahualam. so hargailah masa kerana masa itu emas dan masa itu juga merupakan 'sesuatu' yang tidak boleh diundur.

Psst~! masa itu emas, dan emas itu barang pelaburan. pandai guna masa maknanya pandai membuat duit ;)
5 komen bernas