Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Pulih Seperti Sedia Kala

December 2, 2010

Assalamualaikum buat para-para pembaca AfiqBukhari.com.. semoga kalian semua sihat sejahtera di samping orang yang tersayang dan berbahagia bersama keluarga yang tercinta insyaAllah...

Aku dah pulih dari demam virus.. ku anggarkan demam virus ni akan berlanjutan selama seminggu, tetapi kuasa Allah melebihi segala-galanya.. kalau Dia kata aku demam 3 hari, 3 hari jela.. Alhamdulillah demam kali ni x melarat sangat.. sebelum ni pun, aku pernah diserang demam chikungunya selama seminggu lebih, suspek al-denggi selama seminggu.. sakitnya bukan kepalang.. mungkin pengalaman terdahulu mengajarku supaya menjadi lebih kuat..

Tapi bila dah baik dari demam, tidur plak menjadi masalah.. mulalah jadi kelawar di malam hari.. mata segar bugar je.. time demam itu hari tangan dok menggatal pergi download movie.. bila dah siap didownload, wajib kena tengok.. THE EXPENDABLES dan IRON MAN 2.. cerita lama kan? yang penting semalam aku dah marathon movie.. zzzz.. terus pening kepala balik sebab tahan mata daripada tertutup.. tapi aku berjaya menahan diri daripada.....

Aku ni leh dikatakan antara penggemar setia Nescafe 3 in 1.. asal nak stay up memalam je, minum air instant tu.. tapi sekarang tengah kecoh kan dengan artikel tentang keburukan meminum instant nescafe ni?.. sebenarnya dari dulu lagi orang dok heboh yang nescafe 3 in 1 x elok untuk kesihatan.. yang x elok tu kalau dah minum berpaket2 dalam sehari plus tambah krimer plak. memang jahanamla tubuh badan.. tapi kalau bendanya memang dah x elok untuk badan, better stop.. aku dah tekad nak berhenti minum air instant tu.. untuk kesihatan masa depan.. aku punya hajat nak menimang cahaya mata *haha dengan siapa? wallahualam~

Psst~! korang boleh masuk laman web teamaryzs x? haritu aku terdengar ada beberapa buah blog akan dibuang sebab mengandungi bahan2 cetakan tanpa izin. sampai sekarang aku xleh nak masuk blog tu...
21 komen bernas

Penghawa Dingin Kereta Menyebarkan Penyakit?

November 23, 2010

Salam semua.. tergerak hati aku nak berkongsi artikel yang berguna ni dengan korang semua.. artikel yang berguna bagi pemandu2 kereta yang suka memasang penghawa dingin@aircond ketika cuaca panas mahupun sejuk.. meh baca..

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan penghawa dingin. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen – ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika dibiarkan di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila sudah memasuki tubuh kita… - sumber dari Syok.org

Psst~! so secara kesimpulannya, jangan tergopoh-gapah.. time drive pun jangan nak memandu secara membabi buta..

Psst2~! alhamdulillah, dapat lagi buffer daripada Nuffnang, thnks a lot! :D
26 komen bernas

Kafein Membuatkan Aku Berpeluh

August 29, 2010

Aku dah kata jangan minum nescafe 3 in 1.. kan dah berpeluh.. kan dah xle tido.. aku dah ketagih weyh. macam hisap dadah la plak air nescafe ni.. nak2 yang terbaru tu, siap ada buih halus lagi. beriya2 si Harith Iskandar promote kat kaca tv siap sapu kepala dia yang licin tu, halussssss. korang dah tengok ke?




Serius weyh aku berpeluh lepas minum air ni. padahal dok senyap je. kadang2 lepas minum tu rasa pening2 lalat lak. weyh! bahaya giler.. tapi aku minum gak pasal sedap. siap cicah ngan biskut n roti lagi. perghhh! nikmatt!!

Aku terbaca satu artikel dalam malaysiakini.com pasal pengambilan air jenis 3 in 1, 'kawal pengambilan minuman 3 in 1'. Dr Roslee Rajikan, Pensyarah Jabatan Pemakanan dan Dietetik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ada cakap yang pengambilan 3 in 1 setiap hari ni xde masalah sebenarnya. tapi bermasalah kepada sapa2 yang minum sampai 5-6 kali dalam sehari.

Kafein ni kalau diambil dalam kuantiti yang banyak, memang ada keburukkan. contoh seperti :

-Sembelit
-Dehidrasi kerana diuretic
-Insomnia
-Tidak cukup tidur
-Tinggal kesan pada gigi
-Ketagihan
-Gemuruh
-Risiko penyakit darah tinggi bertambah
-Risiko keguguran bayi tinggi
-Jumlah berlebihan( 400mg@3-4 cawan kopi ) akan membawa keracunan serta MAUT
-Dipercayai menjejas tumbersaran kanak-kanak (Sumber)

Waa terlampau banyak keburukkan dari kebaikan. huuu aku nak kurangkan minum nescafe 3 in 1 pasni.. nak ganti dengan air suam plak. xpun baik minum air Peel Fresh orange buatan sendiri je.. tolongg!!

psst~! kalau minum 3 in 1, kita x leh nak sukat sendiri berapa sudu gula yang kita nak.. huhu 
36 komen bernas

Selsema, Bersin Keluar Hingus

June 22, 2010

Assalamu'alaikum..

huhu tajuk entry kali ni maybe agak 'menjijikkan' sikit. tapi who cares? semua orang bersin kot. normal ke seseorang manusia xbersin sepanjang hidupnya? jawab jangan x jawab. hehe sebenarnya aq xsihat dikala menulis entry kali ni. penangan kerja kat litar Sepang hari tu. panas terik sangat sampai nak bukak mata pun xleh. aq harap selsema kali ni xmelarat sampai ke demam la. sekarang ni pun badan panas je. wuuu, xnakla demam. nanti kena tido sepanjang masa. bosan kot..

so untuk menghilangkan perasaan xsihat ni, apa kata kita layan gambar2 orang tengah bersin. harap korang xmuntah k bila tengok gambar yg aq nak tunjukkan ni. inilah realiti dalam kehidupan. ~AAAAachommmmm! Alhamdulillahhh! korang kenala jawab 'yarhamukallah' :)









psst!~ korang taw x apa yg keluar dari hidung bila kita bersin? jom kita jawab beramai2.. hehe
19 komen bernas

Lilin Telingaku Tersumbat

June 8, 2010

Assalamu'alaikum ;)

arghhh! sedapnya korek telinga. plupp! tersembul keluar lilin telinga dan melekat di putik kapas atau dengan nama saintifiknya 'cotton bud'..

terpinga2 mencari maksud 'lilin telinga'? lilin telinga ialah tahi telinga. memang nikmat bagi sesetengah orang yg suka sangat mengorek telinga. lagi2 menggunakan cotton bud. xkurang juga ada yg menggunakan pin rambut(yg besi warna hitam tu). eh kawan! dalam sedap2 mengorek tu, ada bahayanya k. korang taukan isi kandungan dalam telinga tu teramatla sensitif, lagi2 kpd bahagian yg digelar 'gegendang telinga@eardrum(tympanic membrane). itu jela satu2nya tembok yg memisahkan bahagian2 dalaman telinga dengan dunia luar. xde gegendang, pekak seumur hidupla korang.


bagi yg suka mengorek telinga menggunakan cotton bud atau pin rambut, hentikanla tabiat tu. ataupun kurangkanla. sebenarnya, dalam telinga tu sendiri da ada penyapu automatik digelar 'rerambut halus'. korang pernah alami x secara tiba2 je tahi telinga korang terkeluar sendiri? haa itula kerja si rerambut halus. Allah da jadikan kita ni cukup sempurna. setiap bahagian dalam tbuh badan kita dah ada tugas yg tersendiri. janganlah kita mengganggu tugas2 dorang. biarkan mereka bekerja, jangan biarkan mereka mogok dengan sepanduk 'kami xsuka makan gaji buta'! korang ingat aq main2? tettt! pakar telinga, hidung dan tekak sendiri yg cakap NO! to korek telinga.

tapi ada juga kes tahi telinga tu x keluar sendiri. kes2 macam ni dikenali dengan nama 'keratosis obsturans'. bagi sapa2 yg ada masalah yg macam ni, korang pergilah mana2 klinik atau hospital. carila doktor untuk keluarkannya. dorang lebih pakar. tapi terpulang. nak buat sendiri pun apa salahnya. pandai buat pandai tanggung k. benda yg korang korek tu menjamin masa depan korang. salah langkah, hurm. wallahualam bissawab.

orang kata kita pengotor sebab xjaga telinga? tahi telinga banyak? lantak pi la kat dorang. yg penting sistem pendegaran kita terjaga. tapi janganla sampai xjaga langsung. keluar pergi shopping mall ngn tahi telinga berceceran sana sini. yerkk! orang pun xlalu nak duduk sebelah, apatah lagi memandang. sebagai manusia, kita tahu apa yg terbaik untuk diri sendiri. cuma jangan sampai merosakkan diri sudah. korang pernah dengar kes bulu2 cotton bud tu tersekat masuk ke dalam telinga? malula weh kalau jadi camtu. kan susah nak keluarkan. last2 kena pergi jumpa doktor baru masalah setle.

---------------------------------------------

kisahku ketika zaman kanak2.

aq sebenarnya suka jugak korek telinga. nikmat! haha pengotor! xdela. ingatkan bila da korek telinga ni, bersih dan jelas pendegaran. rupa2nya lagi bawak banyak masalah. pernah satu kes masa aq budak2 dulu, tah binatang apa yg masuk dalam telinga aq. tapi xperasan masa de masuk. nk dekat seminggu lepas tu aq rasa sakit sangat. gegendang ni macam kena tekan je, dengar xdengar je orang cakap. last2 pergi klinik and doktor cakap binatang tu siap bertelur lagi dalam telinga aq. ceh! kurang hajar ko binatang! telinga aq ko jadikan wad bersalin. apelagi, telinga aq kena semburla dengan air. ada 1 alat tu, macam jarum tapi besar bagak tubenya, diisi dengan air. then ditujukan muncungnya ke dalam saluran telinga aq. doktor tu cakap 'da ready?' haa! daaaa.. srettttt! air masuk. sakit weyy! macam pekak sekejap masa tu. doktor tu guna pengepit tarik pelan2 telur2 tu siap ngn mak de lagi. binatang tu da mati tapi telurnya masih bernyawa. kepala hotak r! ngeri aq! sampai sekarang aq tergelak sorang2 bila ingat balik cerita pasal tu. zaman kanak2 kan.. main kat tempat hutan tym senja. tu la padahnya xdengar cakap orang tua suruh balik rumah cepat. ;p

kalau korang nak lagi tau pasal 'pengharaman' korek telinga ni, klik kat sini. dan sini juga. sekian.
6 komen bernas

Prostate Awareness Campaign 2010

June 3, 2010

Assalamu'alaikum.

Start Time: Friday, June 18, 2010 at 8:00am
End Time: Sunday, June 20, 2010 at 2:30pm
Location: PPUKM, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur

Kempen Kesedaran Prostat (Prostate Cancer Awareness Campaign) ini diadakan dengan harapan untuk memberi input serta maklumat mengenai penyakit yang berkaitan dengan kalenjar prostat serta penekanan terhadap rakyat Malaysia terutama golongan lelaki yang sudah berusia untuk datang menjalani ujian prostat kerana mereka merupakan golongan yang lebih cenderung untuk mendapat penyakit-penyakit yang berkaitan prostat ini.

Penyampaian maklumat mengenai kanser prostat yang merupakan salah satu kanser yang selalu dihidapi oleh lelaki berusia adalah dirasakan perlu supaya langkah awal dapat diambil kerana peluang untuk pulih adalah lebih tinggi jika penyakit kanser ini dapat dikesan lebih awal.

Kempen kesedaran prostat yang akan berlangsung selama dua hari pada tahun ini juga akan dilaksanakan dengan mengadakan satu larian kesedaran yang dinamakan “Prostate Cancer Awareness Run” di sekitar Pusat Perubatan UKM dengan harapan penyertaan dari segenap lapisan masyarakat demi menyampaikan mesej kesedaran prostat ini. Selain itu pameran kesihatan oleh pelajar-pelajar perubatan UKM, pemeriksaan serta ujian prostat juga akan diadakan secara percuma di Lobi Utama Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dengan bertemakan ‘Lelaki Sihat Teras Keluarga Bahagia’, diharapkan lebih ramai rakyat Malaysia khususnya golongan lelaki memberi perhatian terhadap kesihatan prostat mereka agar tidak diselubungi dengan masalah yang boleh menjejaskan tanggungjawab mereka sebagai seorang suami dan ayah. Ini kerana orang lelaki terutamanya rakyat Malaysia masih lagi mempunyai perasaan malu serta tidak mahu menjalankan ujian prostat ini secara sukarela. Ini mungkin kerana faktor-faktor luaran seperti budaya atau sifat lelaki itu sendiri yang mengambil remeh akan sesuatu hal menyebabkan mereka tidak ingin menjalankan ujian prostat. Oleh itu diharapkan dengan adanya program “Prostate Awareness Campaign” ini, golongan lelaki akan lebih faham tentang penyakit prostat dan datang untuk menjalani ujian saringan barah kalenjar prostat.

----------------------------------------------------

Aktiviti-aktiviti Kempen Kesedaran Prostat (Prostat Awareness Campaign):

18 Jun 2010 (Jumaat):
Lokasi: Lobi Utama Pusat Perubatan UKM
Masa: 8.00am -5.00pm

Aktiviti-aktiviti:
a. Gerai Klinikal: pemeriksaan kesihatan yang asas seperti tekanan darah, kandungan gula dan lemak dalam badan dan sebagainya akan ditawarkan kepada orang ramai, dengan nasihat-nasihat untuk menjaga kesihatan badan.

b. Pameran Kesihatan: pelajar-pelajar perubatan akan menjelaskan isu-isu kesihatan yang terkini kepada orang ramai, terutamanya isu prostat.

c. Pemeriksaan Prostat Percuma: sasaran utama pemeriksaan prostat ini adalah golongan yang sudah berusia dan dijalankan oleh golongan profesionalisme yang berkenaan.

20 Jun 2010 (Ahad):
Lokasi: Tempat letak kereta Pusat Perubatan UKM
Masa: 6.30am - 12.00pm

Aktiviti-aktiviti:
a. Larian "Kanser Prostat":
Lokasi: Tempat Letak Kereta PPUKM
Jarak: 5km, 7km, 10km
Yuran Penyertaan: RM20.00
Kemeja-T PERCUMA
Sijil Penyertaan dan hadiah lumayan disediakan

b. Pameran Kesihatan: pelajar-pelajar perubatan akan menjelaskan isu-isu kesihatan yang terkini kepada orang ramai, terutamanya isu prostat.

c. Karnival Jualan

----------------------------------------------------

Informasi-informasi tentang Larian "Kanser Prostat" :

Penyertaan:
Terbuka kepada warga Malaysia sahaja yang bukan pelari professional.
Nombor Peserta akan disediakan dan wajib dipakai semasa larian. Sila mengambil Nombor Peserta pada hari Jumaat (18hb Jun 2010).
Borang boleh didapati di kaunter informasi PPUKM.

Lapor diri:
Borang penyertaan serta bayaran tunai boleh dibuat mulai 14hb Jun 2010 di UnitKewangan PPUKM (Tingkat 1 Blok Pendidikan),
Kaunter Pendaftaran juga akan dibuka pada 18hb Jun 2010 di Lobi Utama PPUKM.
Pada hari larian, semua peserta dikehendaki melaporkan diri bermula jam 6.15am hingga 7am di Kaunter Kehadiran.

Aspek Keselamatan:
Semua peserta dikehendaki berlari mengikut laluan/trek yang ditetapkan kecuali dengan arahan daripada pegawai bertugas.
Sebarang kenderaan TIDAK dibenarkan mengiring peserta KECUALI Ambulan/"Runner".
Sebagai langkah keselamatan, para peserta dinasihati menjalani Pemeriksaan Kesihatan sebelum tarikh larian dan berada dalam keadaan yang sihat semasa pertandingan.

Borang Penyertaan Larian "Kanser Prostat" boleh dimuat-turun daripada:

so sape2 yang free tu pegila eh. untuk kesihatan korg jugak. ;)

0 komen bernas