Namewee Vs Salleh Gregor Samsa

August 31, 2010

Assalamu'alaikum...

Siapa 2 orang kat atas tu? tahhhhh aku x kenal... tapi yang aku tau, nama 2-2 orang ni popular dan meningkat naik dalam bulan Ramadhan kali ni..

Aku rasa...

Si Salleh tu popular sebab keceluparan dia dalam facebook dengan kenyataan yang menghina agama Islam. korang mesti ingat lagi kan dengan angan2 yang dia nak buat kitab baru untuk pengikut2 free thinker di mana padang masyhar tu dekat padang depan Amcorp Mall, kiamat 2015, dll.. hoho niat dia tu memang melampau walaupun dia berniat nak gurau. aku harap sekarang ni dia dah sedar la dengan apa yang dia dah buat. dan aku dah baca blog dia, bintangkertas x silap aku(sekarang dah private). bro, aku respect sama penulisan kau. kau memang berbakat dalam meluahkan sesuatu. tapi apa kata, cuba kau renung dan selami dari mana datangnya bakat2 kau tu untuk menghasilkan sesuatu penulisan yang orang kata abstrak dan kreatif. sayang bro kalau kau x pandai nak gunakannya.

Dalam bulan Ramadhan ni, Allah sentiasa membuka pintu Taubat untuk mana2 hambaNya yang ingin kembali ke jalan yang benar. aku bukan nak mengajar kau, tapi aku ni sedarah dengan kau. kita ni cucu cicit nabi Adam, asal kejadian kita sama, dari tanah jugak. so dah menjadi tanggungjawab sesama kita nak menegur mana2 yang salah pada pandangan mata dan hati manusia, lagi2 umat Islam.


-------------------------------------


Si namewee ni plak, serius mula2 aku ingat sebutan nama dia nawawee. padanla aku google x keluar muka dia. dia ni jenis orang yang kuat memberontak. berterus terang dengan apa yang dia x suka. bagus jugak cara kau tu. tapi janganlah sampai teguran kau tu mengusik jiwa dan perasaan sesetengah orang. kalau x suka, jumpa terus. tapi tulah. x boleh nak salahkan dia seratus peratus. kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang kan. mesti ada sebab kenapa dia buat camtu. sebab dah banyak sangat video yang dia buat. start dari dia menghina lagu negara kita(lagu negara dia sendiri), pasal TNB Malaysia sampailah klip video yang terbaru ni, Sucks Banana. haha macam2 lah kau ni. sayang weh, susunan muzik kau tu sedap, tapi lirik plak buat orang sakit hati. apa2 pun, pandai2lah kau setle ek. aku x sokong kau, aku x sokong mana2 pun. aku cuma harapkan penyelesaian yang terbaik je. adios amigos!!

Tapi apa yang penting, kita yang masih bersih ni, teruskan perjuangan untuk hidup. kekalkan kedamaian dan kemakmuran. aku suka nak katakan yang setiap agama mengajar kita buat perkara2 yang baik je. xda satu agama pun yang menyuruh kita buat kejahatan, kecuali yang tiada pegangan agama langsung. so bagi umat Islam, yang nyata, kiamat itu makin hampir. perkemaskan diri masing2 untuk dihisab di 'sana' nanti.

psst~! sesuatu yang berlaku mesti ada jalan penyelesaiannya...
18 komen bernas

Alkisah Serunding Daging Dan DHL Courier Service

August 30, 2010

Aku berjalan ke satu kedai(DHL Courier) sambil mengendong satu bungkusan(barang makanan) yang nak di hantar ke luar negara. disambut plak oleh seorang akak. puas satu hari ni aku dok mengayat akak DHL Courier tu.. ;p
Aku dok tanya de macam2. kat bawah ni antara perbualan aku dengan akak DHL tu...

Aku: akak, macam mana nak anta barang ni ke luar negara?

Akak: oh adik just isi borang, letakkan nama shipper dan receiver, contact number, post code, dll..

Aku: ok akak, meh ler borangnye.. sambil akak tu hulur borang kat aku..

Akak: err dik, nak anta apa tu?

Aku: (alamak, owner barang ni da pesan jangan gtaw barang apa)..err xtaw kak. saya just tolong orang poskan je..

Akak: ok kalau camtu, akak terpaksa bukak bungkusan ni. bukan apa, ni salah satu procedure kitorang. nak pastikan barang apa yang di hantar.. takut2 la korang hantar kencing tikus ke, bom tangan ke, m-16 ke... tapi sebelum tu akak nak timbang dulu k.

Aku: (aduhhh, cane ni? nk cakap benar ke x r?) errr.. ok la kak, bukak la..

Akak: okeh berat bungkusan sebanyak 7+kg.. so rate antara 1-6kg sama.. kalau lebih dari 6kg, dah kira lain... (terkumat kamit aku nak memahami apa rate yang sama dan apa yang lain. x pulak dia bgtaw berapa rate untuk 1kg.. adehhh!!) so adik kena bayar RM430+...

Aku: haaa?? kak, owner tu bagi saya RM400 je.. adehh.. ok kak, timbang je.. saya nak isi borang dulu ni. jangan kacau nanti saya pening. lepas tu baru saya pergi cucuk duit. (pakai duit aku la plak.kena claim ni haha)

Isi punya isi, baru perasan yang aku salah isi...

Aku: errr kak, nak mintak borang lain leh? saya tersalah isi la.. nama shipper saya pergi isi nama receiver plak.. heeee sorry kak..

Akak: hehe xpe dik.. akak ada banyak lagi borang ni.. isi dua teruslah ek. senang sikit akak nak rujuk nanti.. (aikk, perli aku ke? dulik apa aku miahahahaha)

Bila akak tu bukak je bungkusan, amek kau, semerbak je bau dalam kedai tu..adehhh tahan2. aku puasa ni...

Akak: dik, ni apa? (sambil memegang serunding daging)

Aku: (hahahahaha apa la akak ni. xkan serunding daging pun x kenal? adehhh failll!!) aku buat muka terkebil2 sambil nak jawab soalan akak tu. takut terkantoi yang aku taw apa yang ada dalam kotak tu huhu

Akak: 0o0o dik, ni makanan taw(macam aku xtaw yang tu makanan). kebiasaannya memang rumit sikit nak hantar makanan ni ke luar negara. kitorang(DHL Courier Services) memang leh tolong hantarkan. tapi takut kastam negara tu kuarantin bungkusan ni. kuarantin memang amek masa dik. paling awal pun 2 minggu baru dorang lepaskan. paling lambat, sebulan dua..

Aku: ooo yeker kak? hurmm cane eh? tuan punya(shipper) ni pun xde kat Malaysia sekarang. nak kol dia, saya xde kredit sekarang ni.. kalau macam tu, xpela kak. akak tolong bungkus balik. nnt saya inform kat owner..

Akak: ok dik. xpe akak boleh tolong bungkus balik. cakap kat owner, nak hantar makanan memang amek masa. bukan kitorang yang amek masa, tapi kastam luar negara. cakap kat dia camtu ek..

Aku: ok kak. thank you...

Aku berlalu sambil mengerut dahi mengendong beban seberat 7kg tu.. aku pergi 7-Eleven kat sebelah kedai tu nak beli topup. then aku msg owner. dia reply, 'xpe fiq. just anta barang yang bukan makanan je'..

Selamat aku ada mintak nombor phone branch DHL tu tadi.. aku call, dan mengayat akak tu semula..

the end...

nantikan sambungannya..

psst~! agak susah jugak ek nak anta makanan ke luar negara.. kesian kat orang yang beraya kat sana..
26 komen bernas

Pengikut Yang Setia

Assalamu'alaikum...

Setelah sekian lama, akhirnya jumlah pengikut2 ku yang setia kini menjangkau sehingga 900+ orang!! waaa aku x sangka leh dapat sejumlah tu. walaupun aku x sehebat Ben Ashaari, Cikgu Dahlia, Uncle Punya Blog, Darkbatman, dll, tapi aku tetap  bersyukur sebab setiap hari, x putus2 pembaca nak follow aku..

Kebiasaannya, aku akan buat satu entry khas untuk follower yang hit nombor2 menarik dan cantik. tapi kali ni, aku x buat disebabkan aku terlupa. hehe sorry pada mana2 follower yang hit nombor cantik. korang tetap follower yang aku akan hargai sampai bila2.

Xde idea dah ni nak tulis apa sebab entry kali ni aku just create untuk mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada para2 follower. nasihat aku, jangan jemu untuk membaca nukilan aku setiap hari. dan aku berharap sangat korang x meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk afiqbukhari.com sebab ini adalah ruangan peribadi. just suka2 untuk aku berkongsi macam2 cerita dengan korang semua hehe.

Akhir kata dari budak lelaki yang bernama Afiq, TRIMASSSSSS!!

psst~! jom tengok cerita nujum pak belalang si kaki temberang haha
28 komen bernas

Kafein Membuatkan Aku Berpeluh

August 29, 2010

Aku dah kata jangan minum nescafe 3 in 1.. kan dah berpeluh.. kan dah xle tido.. aku dah ketagih weyh. macam hisap dadah la plak air nescafe ni.. nak2 yang terbaru tu, siap ada buih halus lagi. beriya2 si Harith Iskandar promote kat kaca tv siap sapu kepala dia yang licin tu, halussssss. korang dah tengok ke?




Serius weyh aku berpeluh lepas minum air ni. padahal dok senyap je. kadang2 lepas minum tu rasa pening2 lalat lak. weyh! bahaya giler.. tapi aku minum gak pasal sedap. siap cicah ngan biskut n roti lagi. perghhh! nikmatt!!

Aku terbaca satu artikel dalam malaysiakini.com pasal pengambilan air jenis 3 in 1, 'kawal pengambilan minuman 3 in 1'. Dr Roslee Rajikan, Pensyarah Jabatan Pemakanan dan Dietetik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ada cakap yang pengambilan 3 in 1 setiap hari ni xde masalah sebenarnya. tapi bermasalah kepada sapa2 yang minum sampai 5-6 kali dalam sehari.

Kafein ni kalau diambil dalam kuantiti yang banyak, memang ada keburukkan. contoh seperti :

-Sembelit
-Dehidrasi kerana diuretic
-Insomnia
-Tidak cukup tidur
-Tinggal kesan pada gigi
-Ketagihan
-Gemuruh
-Risiko penyakit darah tinggi bertambah
-Risiko keguguran bayi tinggi
-Jumlah berlebihan( 400mg@3-4 cawan kopi ) akan membawa keracunan serta MAUT
-Dipercayai menjejas tumbersaran kanak-kanak (Sumber)

Waa terlampau banyak keburukkan dari kebaikan. huuu aku nak kurangkan minum nescafe 3 in 1 pasni.. nak ganti dengan air suam plak. xpun baik minum air Peel Fresh orange buatan sendiri je.. tolongg!!

psst~! kalau minum 3 in 1, kita x leh nak sukat sendiri berapa sudu gula yang kita nak.. huhu 
36 komen bernas

Lampu Jalan Menyelamatkan Seorang Mangsa Kemalangan Daripada Maut

August 28, 2010

Kemalangan lagi.. asyik2 kita bercerita pasal kemalangan ngeri yang membabitkan nyawa kan.. x syok r.. hari2 dah biasa dengar. kali ni aku nk kongsi satu cerita pasal kemalangan kecil yang baru berlaku tadi.. walaupun kecil, tapi kemalangan jugak namanya.

First of all, memang xde gambar dalam ini cerita pasal aku malas nak berhenti. masjid dah memanggil2 tu suruh solat sunat tarawih. aku bukan zalim x nak berhenti, tapi situ kawasan sempit. kereta dah la banyak lalu lalang kat situ. kalau aku naik motor, konpem aku berhenti. almaklum la jalan utama yang menghubungkan kawasan perumahan aku dengan bandar. paham2 jela kan..

Tengah aku syok2 drive, tiba2 aku terdengar satu bunyi rempuhan. secara tiba2 gak, semua lampu jalan kat situ terpadam. haaa aku da syak memang kemalangan ni. sampai je kat tempat kejadian, sebuah pajero dok melintang tengah jalan, manakala bahagian hadapan pajero tu, melekat dengan tiang lampu jalan.

Alhamdulillah, dek kerana sebatang tiang lampu jalan tu la, nyawa pemandu pajero tu terselamat. kalau xde lampu tu, sah2 pajero tu terjunam ke kawasan bawah bukit yang padat dengan rumah2 penduduk. macam mana pajero tu leh langgar tiang lampu tu pun aku x taw sebab jalan kat situ lurus je. mesti ngantuk time drive ni. x pun mabuk. haha pandai2 je aku buat andaian sendiri.

Tapi tulah, di sebalik kejadian ni, aku nak nasihatkan pada sapa2 yang drive tu, berhati2. jangan drive kalau ngantuk. jangan on the phone time drive. silap2 nyawa boleh terbang woo. lagi2 nak dekat raya ni. sayangilah nyawa korang. ingatlah orang yang tersayang.

Teringat plak kisah Tabung Meletup...

psst~! kalau dah sampai ajal, memang xleh nak halang. cuma apa yang kita mampu buat, berdoalah kepadaNya agar umur kita dipanjangkan. dan harap kita akan mati dalam iman insyaAllah..
9 komen bernas

Bila Manusia Berhasad Dengki

August 27, 2010

Assalamu'alaikum...

Manusia ni memang suka hasad dengki ek?


asal ada orang bukak kedai jual air, ramai orang datang membeli, kau nak dengki...


asal ada orang tawarkan perkhidmatan percuma, kau punya perniagaan x laku, kau nak dengki...


asal ada orang berjaya sikit dari kau, kau ketinggalan, kau nak dengki...


asal ada orang dapat bini lawa dari kau, pun kau nak dengki...


Kawan, kalau semua benda dalam dunia ni kau nak dengki, baik kau jadi raja. baru semua orang xleh lawan. dengki ni ada dua. satu 'dengki bersih' dan satu lagi 'dengki kotor'.. orang x marah kalau ko ada sifat 'dengki bersih'. maknanya ko pandai gunakan akal fikiran. kau pandai nak bersaing secara sihat. walaupun kau dengki, tapi muka ada senyum..

Tapi bila kau ada sifat 'dengki kotor', itu yang x elok dalam masyarakat sebenarnya. siap nak hantar setan lagi. kau dengki orang tu sebab dia lebih dari kau. kau dengki orang ni sebab dia baik hati. apa kejadahnya kau nak dengki mendengki ni? dalam statement 'rezeki masing2 dah ditentukan oleh Allah', tang mana yang kau x faham?


Seorang ulama hadits, Abu Laits pernah mengatakan, 'Tiada sesuatu yang lebih jahat daripada dengki. Seorang pendengki akan terkena empat bencana sebelum dengkinya berhasil, iaitu...'

1. Risau hati yang tidak putus-putus
2. Musibah yang tidak berpahala
3. Tercela yang tidak baik
4. Murka Allah swt


Sekarang ni kan dalam bulan Ramadhan. x baik la nak dengki2 kotor dengan orang. rezeki dorang semua memang dah tertulis dan itu semua adalah takdir dari Allah. x kan kau nak melawan takdir kot? jangan risau. sebab rezeki kau memang dah tertulis. cuma kau je kena usaha lebih. setakat dok berharap, goyang kaki tunggu orang datang, memang x ke manala.

Cuba praktikkan persaingan secara sihat, dengki secara sihat. kan bagus macam tu. baru semua orang leh sama2 maju, sama2 naik. tips nak elakkan perasaan hasad dengki senang je, ingat ALLAH. kalau kau fikir kau sorang je yang nak maju, dan kau sorang je yang nak berjaya, kita tengok apa kesudahannya nanti..

psst~! benda sekecil kuman pun orang nak dengki jugak...
17 komen bernas

Nuzul Al-Quran

Assalamu'alaikum..

dalam sedar x sedar, kita dah sampai ke pertengahan bulan Ramadhan.. alhamdulillah sehingga ke sekarang, kita berjaya mengharungi dugaan2 yang Allah telah turunkan untuk kita tempuhi didalam bulan Ramadhan yang mulia ni.. semoga kita bertahan sampai lah ke penghujung Ramadhan kali ni, dan semoga kita akan dapat berjumpa lagi dengan Ramadhan pada tahun2 yang akan datang. insyaAllah.

hari ni dah hari jumaat.. bersamaan dengan 17 Ramadhan.. hari ni jugak menurut dalam sejarah Islam, pada malam 17 Ramadhan ni, turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W iaitu lima ayat pertama dalam Surah Al-Alaq. dan seterusnya turun lagi ayat2 Al-Quran daripada Allah sehinggalah menjadi lengkap sebagaimana yang kita semua dapat lihat pada hari ini, iaitu kitab Al-Quran..

'Nuzul' bermaksud turun atau berpindah dari atas ke ke bawah. dan perpindahan ayat2 Al-Quran pertama adalah melalui perantaraan Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad sendiri, di mana pada masa tu, Baginda sedang beribadat di Gua Hira.. korang mesti hafal kan Surah Al-Alaq.. x kan da lupa kot.. Surah Al-Alaq ni bermaksud 'segumpal darah'.


psst~! jangan membuka al-quran hanya sekadar untuk membaca Yassin je, bacalah surah2 yang lain. ingat, 1 huruf bersamaan 10 pahala. 1 huruf dalam solat bersamaan dengan 100 kebajikan x 10 pahala. banyak tuuuu.. free2 je Allah nak bagi kita pahala..
10 komen bernas

Bila Chef Mengamuk...

August 26, 2010

korang jangan buat pasai kat dapo.. kang x pasal2 chef mengamuk.. dala kat dapo tu tersimpan segala macam alat alatan yang boleh meragut nyawa..


15 komen bernas

Patut Tak? Sama Tak?

August 25, 2010

  • Patut x...


anda sembur pewangi ke dalam bilik yang pintu dan tingkapnya terbuka luas.

anda makan pizza tanpa makan cheesenya.

anda buka tv dan anda buat kerja lain.

anda baca buku tapi buku anda terbalik.

anda pakai baju tapi x pakai seluar.

anda marah orang tanpa sebab.

anda beli barang tapi x bayar.

anda buang air tapi x basuh.

anda pandu kereta tapi x ada lesen.



  • Sama x dengan situasi diatas kalau...


anda solat tapi x ambil wuduk dengan sempurna.

anda makan tapi x baca doa makan.

anda mendapat kejayaan tapi anda x bersyukur.

anda mendapat kesusahan tapi anda x meminta kepadaNya.

anda mampu tapi anda x usaha.


psst~! renung2kanlah...
16 komen bernas

Awas! - Taktik Terbaru Si Penyamun

Assalamu'alaikum...


IPOH: Seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah di sini, bukan saja menjadi mangsa samun seorang lelaki tidak dikenali, malah turut disuntik sejenis cecair yang tidak diketahui hingga menyebabkannya terlantar di hospital sejak seminggu lalu.Lebih membimbangkan, doktor kini memantau keadaan mangsa dari semasa ke semasa bagi mengenal pasti cecair yang disuntik lelaki terbabit. Berdasarkan pemeriksaan awal dan ujian darah, doktor mengesahkan mangsa tidak dijangkiti jangkitan seperti virus, hepatitis atau HIV, namun pihak hospital akan memantau keadaan mangsa dan menjalankan ujian darah kali kedua dalam tempoh tiga bulan lagi. Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam 16 Ogos lalu, mangsa, Chea Kiat Heong, 17, pelajar lelaki Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJKC) Sam Tet, kini trauma selepas disamun individu tidak dikenali ketika pulang dari sebuah pasar raya berhampiran sekolahnya selain turut disuntik sejenis cecair pada tangan kirinya. baca selanjutnya... sumber dari myMetro

Gambar dari myMetro

Makin menjadi2 penyamun zaman sekarang ni.. x cukup dengan meragut, disuntiknya plak. betul2 menyusahkan orang la.. da taw xde duit tu, ikhtiar la cara lain nak dapatkan duit.. berlambak kat dalam dunia ni cara mendapatkan duit secara HALAL..

janganla malas.. kaki tangan cukup semuanya. malu la sikit wei dengan orang yang kurang upaya.. walaupun dorang x sempurna, tapi dorang punya akal untuk menyembunyikan ketidaksempurnaan. bukan macam korang, akal pendek.. nak cari jalan mudah dan cepat je.. xnk berusaha langsung dengan cara yang halal.. ni x, ikut jugak perangai si setan tu.. memang betulla apa yang aku pernah tulis sebelum ni dalam artikel 'Dugaan Berpuasa'...

psst~! kalau da perangai macam setan tu, setan juga.
20 komen bernas

Uncle Punya Blog Kasi Aku Award

Assalamu'alaikum...



Create your own banner at mybannermaker.com!


aku teruja nih... terharu! tergamam! haha aku x sangka uncle kasi aku award.. salah seorang otai dalam dunia blog tu.. dulu masa first aku join dunia blog ni, uncle punya blog lah antara yang aku respect. tiap2 kali blogwalking, aku mesti masuk blog dia.. sebab semua entry2 dia sempoi...

klik untuk tumbesaran

aku paling suka time dia buat entry cerita seram.. 'tunggukan kemunculan entry uncle tepat pukul 12 tgh malam yer'... haha ayat uncle tu memang best.. pandai tarik orang.. aku memang beriya2 la nak masuk.. sekali bila da pukul 12, perghhh uncle pg published citer hantu la plak.. adehh teringat plak kisah 'Rumah Seram Bernombor 57'...

korang mesti familiar dengan blog description uncle ni, 'Awass, blog bervoltan tinggi !!!' kan? haha walaupun uncle da khawin, tapi masih berbisa.. sempoi giler r uncle.. bini x marah ke uncle kluarkan statement camtu? huuu

klik untuk tumbesaran

ape2hal pun uncle, thankx bg afiq award ni.. satu pencapaian yang tertinggi pernah afiq dapat, macam menang tempat pertama acara lumba lari 100 meter! ekeke yang penting, kita sama2 maju uncle.. uncle sifu, sy anak murid huuuu banyak da aku membodek uncle ni.. ehehe

pada sapa2 yang x pernah jenguk lagi blog uncle, sila la jenguk yer.. kat SINI pun boleh.. uncle soh aku tag 5 orang untuk bg award ni..sape ek?


  • Mak - antara blog yang makin menigkat naik dan sentiasa mengambil berat tentang anak2 kandung dan 'anak2 tiri'nya.
  • Padin - salah satu blog yang mempunya kedai kopitiam tersendiri. aku suka lepak kat sana. memang merapatkan lagi hubungan kekawanan bersama blogger2 lain.
  • AnishAway - pada sapa2 yang tahu kisah sebenar, memang layakla si Anis ni dapat award dari aku. heee
  • Zaer - antara blog yang funky munky. try masuk, tengok header dia. mengancam x? :D
  • Redboy - antara blog yang mempunyai banyak tutorial versi redboy tersendiri. aku pun byk belajar dari dia.
kepada penerima2 award, sila amek banner award kat SINI ek..

psst~! pada sapa2 yang pernah bagi aku award, thnkx a lot k.. ada jugak award yang aku x sempat nak buat. kadang2 lupa sapa yg bg aq award. huhu
11 komen bernas

Aku Seorang Zombi

zzzzzz....

bangun2... bangun sahur... zzzz tengok jam kat phone, baru pukul 5.. kan sunat lewatkan sahur... zzzz... sat2, sat gi bangun r.... ngantuk ni... huuuuu

'oh sayang, aku rindu pad.....' kringggggg!!! arghhhh dia berbunyik plak da alarmm nii.. kacau daun betulla.. tengok jam balik.. haaaa!!! adehhh ni dah terlebih lewat da ni... zzzz bangun ngn mata kuyu je.. turun mengadap makanan dengan mata yang agak kabur penglihatan... ni ayam ke ikan? bedal jela...

camtula aku hari2... tido kol 4.30, bangun kol 5... setengah jam je aku dapat tidur dengan tenang... dari pukul 5 sampai la pukul 5.30 asyik dok snooze je alarm tu... x pasal2 phone tu aku baling nanti..

hidup da macam zombi je aku rase..otakkk otakkkk.. OTAKKKKK!! kepala hotak ko afiq! hahaha marah betul si jari ni kat aku ek.. bukan main ligat menari atas keyboard ni.. kalau bab nak marah diri sendiri, memang laju je.. jari oh jari..

Allahuakbar, Allahuakabar!!..... assolatukhoirum minan nauum..... azan subuh dah berbunyikk... mohler kita solat...pasni sambung jadi zombi balik... zzzzzz....

psst~! malam tadi bulan mengambang...
13 komen bernas

Aku Rindu 'Ex' Aku!!

August 24, 2010

wuuuuu...

aku rindu la kat ex aku.... apa khabar dia sekarang ek??

dulu dia lah teman untuk menghiburkan hati aku yang lara ni....

setelah dia dirampas orang, aku jadi x keruan...


makan kenyang alhamdulillah...

mandi memang basah satu badan...

tidur memang lena habeh...

semuanya kena serba serbi lah.


aku betul2 rindu kat dia... yang dok ada sekarang ni pun betul2 x memuaskan hati aku... performance x bagus.. suka buat aku sakit hati.. dala lembap... huuuu

...

OHHH!! aku rinduuu PC lama aku... waaaaa... aku nak beli PC baru tapi xdak duit.. sapa yang baik hati nak dermakan sejumlah wang untuk aku beli PC? korang baik hati x? RM10k pun jadila.. ada balance, aku pulang balik. aku janji.. pleaseeee!!



psst~! tula..dulu orang sibuk nak upgrade, aku pergi downgrade..adehh..
32 komen bernas

Rumah Seram Bernombor 57

Assalamu'alaikum...

aku ni nak kata berani, xdela berani sangat.. nak kata takut, takut ala kadar jela.. kalau da jumpa benda yang pelik tu, memang berdegup kencang gakla jantung yang mengepam darah ni.. tapi setakat ni, alhamdulillah x pernah berjumpa dengan mana2 lagi makhluk Allah yang kerjanya yang nak menakut dan menyesatkan orang ni..

aku nak cerita sikitla kisah2 seram yang aku dan member2 pernah alami kat dalam rumah 57, rumah yang kami sewa selama 2 tahun..

alkisah aku...
pada suatu malam di rumah sewa, aku dan member memang berjaga lewat malam untuk study sebab keesokkan harinya ada exam.. kitorang ni jenis yang study last2 minutes.. nak dijadikan cerita, lepas semua habis study dalam pukul 4 pagi, kitorang masuk bilik masing2 untuk melelapkan mata.. bilik yang aku duduk tu bilik belakang. mesti la ada tingkap kan.. aku pun merebahkan kepala.. posisi aku masa tu, kepala di bahagian tingkap dan kaki menghadap pintu bilik. sebelum nak tutup mata, aku renung dulu siling bilik tu sambil mengingat balik apa yang aku hafal tadi.. tengah2 syok mengingat, tiba2 ada satu bayang gelap menyerupai orang kat siling. aku tutup mata dan bila bukak mata balik, bayang tu da xde..perghhh meremang gak r masa tu.. nak x nak, aku kejut member sebelah. tanya dia kot2 dia ada nampak gak ke.. tapi jawapan dia hampa bagi aku.. waaa memang aku tido dalam kegerunan sampai ke pagi.. tapi syukur benda tu dah x menagacau aku lagi da lepas tu...


alkisah A... 
tah macam mana hari tu, dia tertido waktu asar dekat2 nak senja gak la.. member2 yang lain keluar pergi makan petang.. so tinggal la A ni tido sorang2.. tengah sedap2 dorang ni makan, tiba2 A ni call suruh balik cepat.. awatnya? ada kecemasan ke? yang si A ni plak x bgtaw sebab apa.. dorang pun bergegas la balik takut something bad happen berlaku kat A ni. sampai je dorang kat umah, barulah A ni cerita yang ada setan ganggu dia.. ceritanya lebih kurang macam ni.. waktu A ni tido petang tu, dia terjaga. time dia terjaga tu, dia nampak jelmaan dia sendiri dok merenung dia sambil mengilai.. wahh.. muka jantan tapi suara pompuan.. sahh setann!! padanla A ni call suruh balik cepat.. dia dah ketakutan.. tula, tido time senja lagi..


alkisah Z...
kisah ni berlaku time cuti sem.. tapi si Z ni x balik bercuti sebab dia amek program intersesi untuk cover paper yang dia x lepas.. kira nak grad cepatla. so dia dan 2 orang lagi dok menginap kat rumah sewa tu.. lepas habis je study, semua amek keputusan untuk terus tido je. malas da nak melepak lagi.. so tidurla kesemuanya.. posisi tidur Z plak, dia yang tengah2, diapit lagi 2 orang member.. tapi malang bagi Z, dia terjaga dari tidur entah sebab apa pun xtaw. bila dia bukak je mata, nahh ko.. seekor setan yang menyerupai perempuan, berambut panjang tengah dok berdiri atas member sebelah kanan dia.. walawehhh!! kalau korang, apa tindakan? dia kata, dia hanya mampu mengerakkan jari telunjuk untuk kejut member sebelah. kaku beb! akhirnya dia dapat gak kejutkan member tu, then terus bukak lampu.. berpeluh satu badan dia malam tu!

-------------------------------------------------

sebenarnya banyak lagi kisah2 seram dalam rumah 57 tu.. cuma aku x berkesempatan nak korek sepenuhnya dari member2 umah sebab aku x selalu menginap kat rumah tu.. time ada exam je baru aku menginap.. kalau korang nak taw, antara banyak2 rumah kat dalam taman perumahan kitorang tu, rumah 57 la yang paling gelap dan seram sekali.. tapi kitorang wat derk je.. paham2 jela kan kalau student dok menyewa satu rumah tu beramai2, riuh giler.. sebab tu la kot kitorang sering diganggu.. huhu

pesan aku, jangan takut sangat, jangan berani sangat.. benda tu suka kat orang yang lemah semangat dan suka kat orang yang suka mencabar... so jaga tingkah laku walau di mana pun korang berada.. lagi2 kat tempat sunyi, hutan, kat mane2 jela.

yang penting sekali, solat kena jaga.. :)

psst~! syaitan ni pun makhluk Allah jugak, cuma janji dia dengan Allah yang membuatkan kita sering terlupa kepadaNya.
25 komen bernas

Baju Melayu

August 23, 2010

Assalamu'alaikum...

huuu akhirnya bebelan menjadi kenyataan.. bila nak pegi beli baju melayu ni? bile nak pegi beli baju melayu ni??? hehe 'saba umi.. nanti afiq pegi beli k'.. kadaran kudrat dalam bulan puasa ni macam pergi berperang je..letih semacam je..haha

maka, hari ini dalam sejarah buat 3 julung kalinya, aku menjejakkan kaki ke KAMDAR dengan alasan nak beli baju raya a.k.a baju melayu.. ditemani 2 bidadari dari syurga, yakni adik dan umiku sendiri, aku menggangukkan kepala tanda setuju untuk follow dorang turun bandar hari ni..

dan alhamdulillah, hari ni aku bersoping sakan dengan cuaca yang mendung kelabu. ingatkan nak hujan, tapi x. alhamdulillah sekali lagi ku panjatkan doa kepadaMu Ya Allah.. xdela rasa penat sangat.. jalan2 pun happy je.. biasanya dok masam mencuka sebab panas tambah berpeluh satu badan huhu...

meh sini layan gamba2 yang aku amek masa tengah menunggu umi dan adikku memilih tudung... xdela banyak sangat.. cukuplah untuk bukti yang aku pernah turun ke KAMDAR haha

saja nak masuk Jalan TAR, nak tgk ramai orang ke x haha tghari mmgla xramai ;p


tengok cuaca tu, mendung kelabu je..

diskaun!!

sesak betul..

psst~! baju melayu da beli, songkok boleh lupa nak beli plakkk adehh..
24 komen bernas

Birunya Aku

Assalamu'alaikum...

haa jangan fikir yang bukan2 dengan tajuk tu... birunya aku tu maksudnya warna blog aku ni ha dah bertukar balik kepada warna asal.. macam warna blog si biru dulu tu huhu...

afiq, ko ni pahal? entry semalam ko tajuk warna kuning, hari ni biru? argghh suka hati aku r, blog aku hehe

aku ni bukan master sangat nak mengedit blog.. coding html pun aku x hafal lagi.. kena dok depan laptop ngadap tutorial baru aku leh buat.. kalau nak soh hafal coding tu, bolehhhh.. alamatnya tahun depan baru aku leh buat sendiri tanpa tengok tutorial. haha

amacam korang, ok ke tara ok? sakit x mata korang? any komen? any pendapat? any apa2 jelah.. aku da mamai da ni.. sok hari korang komen k.. zzzz...

psst~! hari2 tido lambat boleh lebam biji mata...
33 komen bernas

Demam kuning

August 22, 2010


tolonnnnn tolonnnnnnn...!!

screen laptop mak aku da jadi kaler kunen ni..

petanda macam nak kena beli laptop baru je??

sebelum ni dah 4-5 kali masuk klinik... da macam2 repair aku rasa...

dari isi dalam, sampai la ke isi luar...

hurmmm.. da nak nazak ni.. tapi baru 4 tahun jagung...

betulla apa yang member aku cakap,

'fiq, ko hati skit2 sebab screen laptop ni da jadi kaler kunen..'

apakah maksud beliau???

adakah aku akan dijangkiti demam kuning?

zzzzzzzzzzzzzzzzzzz...

sama2lah kita nantikan lagi beberapa tahun akan datang k...


28 komen bernas

Warkah Sunyi Abang Untuk Adik

Assalamu'alaikum...

hurm.. sunyi nya hari ni.. bangun2 tido je tgk semua orang xda.. adehh adik2 ku, napa x kejut abang mu ini? abg mu ini mau ikut sekali la pergi interview si owner 'haniez's chocolate'.. sambil2 tu leh sebat 2-3 keping coklat dia buat berbuka kang... adehh.. lupa nak pesan time sahur tadi.

aku penggemar cokelat yg x berapa gemar nak makan colekat yang buat sakit tekak.. kalau sakit tu, confirm cokelat tu terlampau manis. tapi bila makan haniez's cokelat ni, sedap je nak telan. laaa, patutla sedappp, MADE IN MALAYSIA!!! xsangka aku orang2 kita pun da pandai nak buat cokelat bar sendiri.. siap da jual kat market lagi.

oit adik2, bawak kete lok2. ko jangan plak men tekan je pedal minyak tu.. ingat sikit orang2 kat umah ni.. lagi2 abah tu.. semalam dia da sound soh bawak kete pelan2 je kan.. 80-90km/j cukup r.. jangan lebih! yang penting selamat pergi dan selamat pulang.. aku nak tengok korang balik dengan senyuman..

psst~! jangan lupa bawak balik cokelat sikit eh ngeeee..
22 komen bernas

Entry Gaban

August 21, 2010

Assalamu'alaikum...

Aduh, x bermaya betul aku hari ni.. x macam hari2 lain.. buka puasa hari ni pun bukan start dengan kurma, pergi pulun kuih onde-onde.. taw apa onde-onde? onde-onde tu bentuk dia bulat, warna hijau diselaputi kelapa.. isi dalamnya gula melaka. ke ada isi lain? setau aku gula melaka je.. manissss.. haaa, manis tu penting, sunat berbuka ganti kurma hehe

Sepatutnya bagi aku, buka puasa jangan minum soya sebab soya tu tenusu.. ada orang kata x bagus minum kalau ada gastrik.. huuu x adil betul. dala sedap betul soya tu... arhhh minum jela... amek ko, 2 gelas aku balun. sampai sekarang senak perut.. mata kuyu je macam hisap dadah. haha penangan soya ni.. untuk aku je ler.. jgn nak samakan dengan orang lain..

Pegi tarawih pun terpaksa je. adehh tapi alhamdulillah aku pergi jugak... dari dok umah tahan sakit, bek pergi masjid tadah pahala ye dakk.. hari ni tok imam baca surah Yassin dalam solat... perghh lagi bertambah segar la aku bila dengar surah yassin pasal dalam2 banyak surah panjang, surah Yassin je aku hafal sampai abeh.. kebiasaanya sebelum2 ni, tok imam baca surah lain, aku dok senyap hayati ayat2 al-Quran tu.. hehe ehermmm!

Sampai2 umah, bukak suis, on laptop, cek komen, dok termenung sat, dan akhirnya aku dok mengarang entry ni.. entry gaban namanya hahah!

jap, perasan x header baru aku tu? ekekeke ngelabah!!

psst~! nak sahur pkul berapa korang ni?
29 komen bernas

Yeah! Nuffnang Dah Tak Merajuk

Assalamu'alaikum...

haha tajuk xle blah siap nak pujuk nuffnang lagi.. ekeke sorry nuffnang.. biasala tu.. tajuk kenala gempak2 sikit.. baru best orang nak baca.. kan korang? kalau x, xpela.. aku low profile je lepas ni hehe

refer balik kat entry aku yang sebekum ni, NUFFNANG MERAJUK DENGAN AKU KE??  sebenarnya masalah tu da boleh dianggap selesai dah. aku rasa masalah tu bermula dari aku tukar domain lagi.. tu yang buffered dok maintain x bergerak2 even dah masuk sminggu aku tnggu payment update.. rasa musykilla kat situ.. trafik ok je naik.. huhu

klik untuk tumbesaran

semuanya bermula dari blogger femes kite, DaHLia's Journal. korang kenal kan? mesti kenal punye lah.. dialah yang bagi cadangan soh tuka url kat dalam blog manager, nuffnang.. dia sound aku, 'mcm sis, sis tukar URL blog ...so, buffered akan direct menempek...' aik? aku  rasa aku dah tukar.. tapi bila diperiksa balik, url blog aku dalam blog manager tu just afiqbukhari.com... xde WWW kat depan... (betul ke sangkaan aku ni? boleh x tolong aku check korang punye url kat dalam blog manager tu? hehe thnkx yer..)

haha baru aku perasan.. domain aku ni bermasalah sikit rupanya. kalau search afiqbukhari.com kat kotak url tu, resultnye error 404. korang mesti dah familiar dengan error tu kan.. padanlah buffered x melekat dengan blog aku.. rupa2nya selama ni, nuffnang bagi earning buffered tu kat blog 'error 404' rupanya.. huhu xdak rezeki namanya..

klik untuk tumbesaran

so aku berbual la dengan blogger yang menolong aku untuk bertukar domain ni, Jericho namanya. ni blog dia, www.stewardjohn.com. dia kate kat aku, 'dekat blogger.com Settings? PublishinG TU, ada tak tick kat "Redirect afiqbukhari.com to www.afiqbukhari.com?' hurm, aku masuk blog setting then tengok.. hah!! aku BELOM tick lagi rupanya!!!.. wakaka tergelak sakan aku..

padanla x dak Ong, aku x tick lagi rupanya. cehh.. abeh tu, yang sebelum ni aku tick apa?? jeng jeng jenggg... misteri nusantara sungguh.. so korang, nak bertukar ke [dot]com leh je.. tapi kena selalu alert.. kalau x paham, rujuk SIFU korang balik hehe

psst~! abang2 dan kakak2 nuffnang, ok x dengan cara penyelesain yang aku buat sendiri ni? :)
25 komen bernas

Nuffnang Merajuk Dengan Aku ke?

August 20, 2010

Assalamu'alaikum..

Hehe jangan percaya tajuk kat atas tu.. saje nak buat gempak... tapi mungkin ya jugak kot... sejak aku bertukar domain dari minggu lepas, Buffered Earning aku kurang aktif... kenapa yer? afiqbukhari.com still mencari identiti lagi ke dalam enjin carian? hehe

cuba tengok nih...
klik untuk tumbesaran

Tengok kat nama blog tu, still blog si biru sampai sekarang.. macam mana pihak nuffnang akan kira ek? kira 'burn' terus ke? kalau trafik, memang kira burn da.dala trafik baik punya hari tu huhu... cuba tengok plak dekat buffered yang aku mark tu... sebenarnye aku dapat buffered tu serentak.. tapi still untuk domain blog si biru lagi..

Tu la akibatnya.. pkul 11 malam pada hari yang sama, hang p tuka domain.. masuk je pukul 12am keesokkan harinya, trafik analytic kat dalam nuffnang ciput je.. haha penat lelah satu hari dok mengumpul trafik tergadai macam tu je.. tobat x mau buat dah pasni...

Apa2hal pun aku bersyukur sebab aku still dapat buffered lagi sampai sekarang.. iklan nuffnang still muncul jugak walaupun x sekerap macam dulu.. tapi xpe.. aku anggap itu adalah risiko yang aku kena tanggung selepas bertukar domain... maybe ia akan mengambil masa untuk afiqbukhari.com mendapat tempat dan nama dalam enjin carian dan nuffnang..

Aku pernah terbaca satu artikel tentang persoalan yang berlegar2 dalam setiap fikiran nuffnanger ni, kenapa blog yang masih mentah boleh mendapat buffered lagi awal dari blog2 yang dah lama bertapak??.. okeh aku kreditkan kat sini, Terjawab : Kenapa Blog Yang Trafik Rendah Boleh Dapat Buffered Ads dari Nuffnang? . selamat si Lanun ni direct terus bertanya kepada pihak nuffnang dan jawapan yang dia dapat memang betul2 memuaskan....


Ehh, dok termenung ape lagi tu? aku x nak bgtaw korang secara details.. cepat pergi baca kat SINI hehe


psst~! aku sayang nuffnang sorang je!! :D
40 komen bernas

Flo Ellen's 1st GiveAway - Review

August 19, 2010

Assalamu'alaikum...

sapa nak 'pearl necklace'? sapa nak barang FREE? haa ada berita baik... aku ada seorang kenalan blog yang nak bagi pearl necklace tu secara percuma je... yang penting, necklace tu dari SABAH, negeri di bawah bayu.. dan blogger yang dimaksudkan ialah Floellen Esthy.



STICKER GA
19hb Ogos 2010~~~19hb Sept 2010
Tarikh Tutup : 19hb Sept 2010 pada atau sebelum jam 11.45 malam yer......






'Create


Sebenarnya Ellen ni buat GiveAway. dan GiveAway ni merupakan yang pertama pernah dianjurkan oleh Ellen sendiri.. ok xmau cakap panjang.. meh kita tengok syarat2 penyertaan..



1.Terbuka kepada semua rakyat jelata di Bumi Malaysia ini….tak mengira jantina….lelaki  atau perempuan semua boleh..dan tak kisah lah dah follow Ellen atau tak…Yang dah  follow….ok…yang lum follow…silalah follow kalo sudi, kalo tak nak pun tak jadi  problem…hehe

2.masukkan juga sticker GA Ellen ni dalam setiap entri kalian berserta dengan back link yer….dan letakkan sticker GA tu di sidebar yer..supaya senang Ellen nak jejak kasih..haha..TQ

3. Meneka umur anak Ellen dalam gambar di atas:-
Cth : Gambar 1 : 5 bulan
 Gambar 2 : ??
Gambar 3 : ??
Gambar 4 : ??
dan........ Membuat entri ringkas apa yang terlintas di fikiran anda tentang anak ellen…hehhehe…

4. Tagkan dua (2) orang kawan anda.,,nak tag ramai pun boleh....TQ...

5. Letakkan link contest anda di bahagian komen Entry ini..link yang diletak di shout box atau cbox tidak diambil kesah.



ererr okeh.. 

  • gambar 1 = 1 tahun
  • gambar 2 = 6 bulan
  • gambar 3 = 2 tahun
  • gambar 4 = 3 tahun setengah
sedikit sebanyak tentang bryan eh? bryan ni cute macam mak dia juga n nampak macam pemalu je? x eh? hehe..
hehe btul x nellen afiq teka?? harap2 betul la.. kalau menang, leh kasi necklace tu kat mak afiq hehe

sebelum terlupa, aku nak tag Shiyda dan Cik Jari untuk menyertai GiveAway ni :)

sebenarnya ada lagi hadiah menarik dari Ellen selain dari kat atas ni... kalau nak taw, kenala masuk blog Ellen...  Flo Ellen's 1st GiveAway

psst~! cepat2, ada byk lagi hadiah tu :)




8 komen bernas

Aku Gastrik!! + Blockquote Cantik Dari Redboy

Assalamu'alaikum..

Kawan2, meh tolong tumbuk perut aku sebab senak sangat da ni.. masuk angin punya asal.. aku ni bekas pesakit gastrik dolu2... so far, alhamdulillah.. sejak dari tahun lepas, perut aku da kurang sikit meragamnya... tapi hari ni rasa loya semacam je... Ya Allah, kuatkanlah hambaMu ini... lagi beberapa jam je...

Semalam aku mintak tolong kawan blogger aku ni, Redboy namanya, cara2 nak buat blockquote versi Redboy sendiri.. aku tengok macam menarik je.. tu yang mintak dia tolong ajar.. alhamdulillah baik si Redboy ni.. sanggup buat entry khas untuk aku tentang tutorial tu.. thankx Redboy..

klik untuk tumbesaran

so sebelum tu, aku nak try jap jadik ke x...

assalamu'alaikum kawan2 semua.. puasa x hari ni? hidung aku dah tercium2 bau masakan kat belakang rumah ni.. apa dia masak eh???? sedap betul bau dia..menduga iman betul... sabaaaaa...

wahhh jadi laaa.. ni yang bertambah semangat ni nak buat entry baru.... eh, da siap satu entry rupanya ekekeke...

anyway, thnkx to Redboy yang susah payah nak ajar aku tutorial ni. korang pun kalau nak cuba buat, pergila masuk blog si Redboy tu, REDBOY BLOGGER - BLOCKQUOTE CANTIK VERSI REDBOY 


psst~! xde psst da kali ni.. selamat berbuka semua haha ;p
15 komen bernas

Dimanakah Adik Wan Nur Fadhilah Anum? - Sticky

PERHATIAN : KES DITUTUP
MISTERI KEHILANGAN ADIK WAN NUR FADHILAH ANUM KINI TERJAWAB
Sila ke SINI untuk maklumat lebih lanjut.









kawan2, sapa2 yang terjumpa, ada maklumat atau tahu kat mana adik Wan Nur Fadhilah Anum ni berada, sila hubungi nombor telefon di bawah ni... please pleaseeee...


NAMA : WAN NUR FADHILAH ANUM BT WAN BUDIMAN
UMUR : 7 TAHUN
KALI TERAKHIR DI LIHAT DI : SEKOLAH AGAMA BERSEPADU (SRAB), JOHOR TOWN
MASA : 5 PM
TARIKH HILANG : 13/08/2010
PEMAKAIAN : UNIFORM SEKOLAH, BEG WARNA COKELAT & BAG KECIL BERWARNA MERAH JAMBU
MERUJUK KEPADA JAGA SEKOLAH, DIA TERNAMPAK KANAK-KANAK INI MEMASUKI KERETA ISWARA BERWARNA PUTIH

Regards,
Daniel Leyong
Personal Assistant
Lima Bintang Logistics Sdn Bhd
PTD 41365, Jalan Idaman 3/2,
Senai Industrial Park, Taman Desa Idaman,
81400 Senai Johor, Malaysia

Tel:+607-5987687 Ext:124
Fax:+607-5990570
H/P:+6012-7813117


Email :daniel@lblgh.com

psst~! lagi sekali, sila inform pihak2 di atas kalau terjumpa adik wan ni ok.. kesian kat keluarga dia.. insyaAllah xkan ade apa2 perkara yang buruk akan berlaku..
6 komen bernas

Sorry SYABAS, aku membazir air...

plup plup plup...

haishhh... bunyi apa plak pagi2 buta ni?? kacau betulla aku nak jalan2 kat dalam dunia maya.. macam bunyi air.. kalau x silap, aku dah tutup tadi kepala paip tu.....

dollll!!! bila masa plak ko rosak ni? tadi elok2 je aku pakai... sapa usek ko? aduiii kat mana sakitnya? aku x nampak pun? masa2 ni la ko nak rosak.. mau nya aku tercirit camne? dala pagi2 buta ko buat hal.. mana ade kedai hardware bukak dah...

aku xtaw apa masalah pam tandas tu.. air sentiasa mengalir je... sepatutnya air akan berhenti secara auto bila da sampai tahap penuh kan? ni x.. air dalam pam tu x penuh2 langsung.. terus mengalir masuk dalam mangkuk tandas tu...

kusut kusutttt... cane la aku stopkan air tu... nak tutup pili air utama takut semua air xleh bukak nanti.. huuu... last2 datang gak idea bernas aku ni.. korang taw ape tu 'wall plug'? ni ha macam dalam gambar kat sebelah ni.. kegunaan asalnya untuk jadi pemegang skru kat dalam dinding.. tapi aku plak guna benda alah tu sebagai sesendal untuk stopkan air tu dari terus mengalir.. haha



ha, nampak tu? kreatif x aku?? hahaha sebenarnye leh je guna benda lain untuk dijadikan sesendal.. tapi tu je yang aku jumpa dalam bilik ni.. sebat je la.. dala ngantuk, memang xde masa la nak fikir solution lain... tghari ni baru aku nak try setlekan.. aku rasa macam nak kena tukar pam tandas yang baru je??



erkk sebelum tu  kena la tampal notis kan.. kang x pasal ada yang guna tandas tu.. bila dah sedap memerut, nak flush je air xde? apa macam? mau x gelabah kumpul air bebaldi2 semata2 nak bersihkan na**s tu hahaha so ahli keluarga ku, sila baca notis yang aku tampal tu sebelum nak menggunakannya.. mata tu bukak luas2 sikit. ;p

psst~! kalau dibiarkan je, mau mencanak naik bil air bulan ni huhu..
24 komen bernas

Petir Versus Mercun Bola

August 18, 2010

Assalamu'alaikum..
 VS


Ha, da bace tajuk entry kan? agak2 sapa menang? 2-2 bunyi sama kuat... tengah2 hujan ni, manela taw nak membezakan mana bunyi petir, mana bunyi mercun bola...yang perting, bila 2-2 dah berbunyi, aku terkejut!!! selamat x melatah... kus semangat...

Apeda... orang tengah relax, tengah solat terawih, dipasangnya mercun.. kalau bakar kat tengah padang tu xpela gak.. ni sebelah rumah atau masjid.. ceitt! aku dapat ko budak, aku tibai dengan selipar batu aku ni... buat orang terkejut...

Mana taw ada baby tengah tidor ke, orang yang sakit jantung kat dalam rumah tu ke, mau x terkejut sakan dorang? kalau mati macam mana? weh, beli mercun tu sama la macam beli rokok. akhirnya terbakar jugak. cuma asap mercun x masuk dalam badan je...

Ni mesti kerja budak2 hingusan ni. mana tah dapat duit pergi beli mercun. kalau nak beli pun, beli la yang bunyik dia pelan sikit.. mercun gasing ke, bunga api ke, mercun das ke... ni bunyi da macam bom tangan. ape ingat sekarang zaman perang ke kat Malaysia ni? sakit jantung weh tahan terkejut aduiii..

Silap2 hari bulan mau kudung tangan tu kalau nasib x baik.. ha, mainla lagi mercun tu.. orang lain beraya cukup 2 tangan, cukup jarinya..  yg ko plak, jari tangan x cukup 10... nak macam tu???? rentikan laaaaa.. bosan aku dengar bunyi meletup2 ni.. baik dengar bunyi petir lagi bagus..

psst~! baik main bunga api, xde bunyik langsung...
22 komen bernas

Ada Alarm Pun Tak Guna.

Assalamu'alaikum...

hari ni tah apa yang peliknya... tido lewat pagi, bangun sahur jap makan nasi goreng.. sebelum subuh sempatla BW kejap.. lepas solat sambung BW kejap....

weii biler nak tido camtu? binatang pun tido r untuk dapatkan tenaga... okeh set alarm pukul 11 ke bangun r...

...........
........................
.................................


mimpi punya lerr sedap... jadi penjenayah plak tu... curik kereta!! hahaha pengaruh tv kuat betul la..mintak dijauhkan la dalam dunia yang sebenar ni..

eh set alarm pukul 11am. awat bangun pukul 3pm nihhh??? astaghfirullahallazimmm!! aku x suka betul kalau tido yg camnih... da set alrm pun leh miss lagi.. tido mati ke apa... selamat x miss solat zohor...

lagi satu, set alarm, tapi phone silent, ape cerrr??? bunyik x???

makruh la tidor lelame petang2 dalm bulan puasa ni... Ya Ampun Ya Tuhanku... hambaMu ini tersasar sebentar.....

psst~! teringat entry kak hawa kite tentang posisi ketika tidur, POSISI TIDUR MENURUT ISLAM.. korang tidur style macam mane??
20 komen bernas

Kemalangan Jalan Raya - 3 Lagi Maut

Assalamu'alaikum..

Pagi2 dok belek surat khabar kat dalam internet, macam2 berita ada.. tapi berita yang tiap2 hari keluar dalam surat khabar, mesti pasal kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kematian. hurm lagi2 dalam bulan ramadhan yang mulia ni..

Ni ada satu kes kemalangan yang meragut 3 nyawa kat Teluk Intan semalam. meh baca kat SINI, kredit untuk Berita Harian Online.


TELUK INTAN: Tiga terbunuh, manakala dua cedera termasuk seorang bayi berusia enam bulan selepas kereta Perodua Kancil yang mereka naiki terbabas apabila satu daripada tayarnya pancit dan bertembung dengan sebuah lori Jabatan Kerja Raya (JKR) di Kilometer 7, Jalan Maharaja Lela, di sini semalam. selanjutnya...

Aku perasan setiap kali ramadhan menjelma, mesti banyak kes kemalangan berlaku. lagi2 nak dekat raya nanti. mesti ramai yang meninggalkan dunia yang fana ni.. kita pun xleh nak menghalang kejadian tu dari berlaku. cuma nak membendung tu boleh la.. kalau dah ajal, nak buat macam mana kan.. itu semua kehendak Yang Maha Esa..

Bila difikir balik, mungkinkah itu semua akan berlaku kat diri kita sendiri? satu soalan yang memang susah untuk dijawab. kun fayakun... bila Allah berkehendakkan sesuatu, Kun(jadilah!), maka, fayakun(jadilah ia.)..

psst~! just berhati2 dalam apa jua sekalipun sebab ajal boleh tiba di mana2 saja..wallahualam bissawab..
15 komen bernas

Jangan Jadi Ular Sawa

August 17, 2010

Assalamu'alaikum...

Orang dah kata bukak pose tu biar besederhana.. makan kurma sebijik, air segelas cukup da.. ang ni makan x ingat dunia... tangan dok sentap semua benda atas meja.. haha sodap oitt! mau x gelembung perut nih..angin yg ada dalam badan belum keluar habis, ang pi sumbat dengan macam2.. eno eno eno!!! pssttt!!

Lepas makan ang jadi ular sat.. nak jalan pun xlarat..adoihh err mana dia remote tv ni? hahaha apa punya turr.. ni semua senak di perut punya hal, lepas makan terus rehat... mau hilang senak di perut senang ja.. lepas makan, terus solat... ada btul kan? ya btulllll!!!

Dalam solat kita berdiri dengan tertib, kita rukuk dengan tertib, kita sujud dengan tertib, kita duduk tahiyyat dengan tertib. pendek katalah, dalam solat perlu tertib segala2nya. hati dan fikiran kena fokus pada yang Esa. jangan ang fikir, sedap btul makanan tadi naa.. baru solat sempurna, perjalanan darah dalam badan pun ikut sempurna sekali.. baru kurang penyakit... aminnn Ya Allah!

Ma Rabbuka(siapa tuhan kamu)??? ALLAH!!


psst~! pesanan untuk diri sendri dan semua yang membaca..
17 komen bernas

Namaku - Imam al-Bukhari

Assalamu'alaikum...

Artikel kali ni mungkin agak panjang sikit. tetapi ada info yang menarik di dalamnya. sila baca sampai habis :)

Sejak aku mendedahkan nama sebenar aku kepada umum(bajet artis la plak), ramai yang bertanya, aku ni adik Saiful Bukhari ke? haha korang neh, asal nama aku ada Bukhari je, korang nak kaitkan ngn dia ek... dia saudara aku la. kami berdua saudara Islam. ;p

Aku nak cerita sikitla macam mana aku leh dapat nama Afiq Bukhari. x silap aku, mak bapak aku nak letak Afiq ni sebab bermula dengan huruf A. kenapa eh? yess! mesti ada sebabkan.. sebab A ni huruf yang pertama sekali dalam susunan huruf. kalau waktu sekolah dulu, nama aku yang paling atas sekali. time nak amek kehadiran, aku terus angkat tangan awal2 sebab dah tau cikgu akan panggil nama sapa dulu. tapi kalau bab kena sport check student lak, aku jugakla yang kena check dulu.. wakakaka!!

Ok, asal nama bukhari plak, bapak aku masa tu baru balik outstation dari Turkestan x silap aku. kat sana dia pergi melawat makam Imam al-Bukhari. so bila aku lahir, nama Afiq je yang mak bapak aku bagi. tapi terlampau la pendek la plak. so bapak aku la yang tambah Bukhari kat belakang tu. ehehe thnkx abah n umi. sedap nama tu..

Sikap negatif aku - masa sekolah dulu, aku x suka orang panggil aku dengan gelaran Bukhari. sebabnya, bila dorang taw nama aku ada Bukhari, mesti di ejeknya aku, 'eh, bau kari la'. kong hasam korang. masa tu mentaliti masih kebudak2kan lagi. suma pakat ejek nama2 yang pelik. haha dorang x taw sapa sebenarnye Bukhari mase tu termasuklah aku ;p hehe sekarang ni da xde da macam tu. aku rasa bertuah plak sebab memiliki nama Bukhari, alhamdulillah.

Itulah sedikit sebanyak penerangan tentang nama aku. nama yang akan sentiasa terpahat dalam diri aku sehingga aku dipanggil menjemput Illahi nanti. ni ada info sedikit tentang Imam al-Bukhari, khas untuk korang sebagai informasi tambahan..

------------------------------------------

Kelahiran
Imam Bukhari (810 – 870) dilahirkan di Bukhara (Bokharä) (kini di Uzbekistan), pada keluarga Iran, pada 194 H (810 M).


Latar belakang
Imam al-Bukhari dilahirkan pada 13 Syawal 194 Hijrah di bandar Bokhara, di bahagian timur negeri Turkestan. Bapanya meninggal dunia semasa ia masih kanak-kanak, dan ibunya membesarkan beliau bersendirian. Ibunya memelihara dan mendidiknya dengan penuh ihsan serta berkorban apa sahaja untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada beliau.
Semasa kecil lagi, nilai intelek Imam Bukhari telah teserlah. Beliau amat warak dan mempunyai daya ingatan yang luar biasa serta mempunyai kesungguhan dalam pelajarannya. Diriwayatkan bahawa ketika di dalam belasan tahun, beliau sudah menghafal 70,000 hadis Rasulullah s.a.w.


Pengajian Hadis
Ketika berumur 16 tahun, Imam Bukhari pergi ke Makkah bersama ibunya untuk menunaikan Haji. Imam Bukhari terlalu seronok berada di Makkah sehinggakan dia memanjangkan tempoh lawatan di Makkah untuk membolehkan beliau berguru dengan cendekiawan di Makkah. Pada umur 18 tahun, Imam Bukhari menerbitkan bukunya yang pertama mengenai sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w., dan selepas itu buku sejarah bertajuk "Al-Tarikh-al-Kabir".

Imam Bukhari amat meminati sejarah dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. dan menumpukan banyak tenaga bertemu dan belajar dengan cendekiawan yang terulung untuk mempelajari dan membahaskan hadis Rasulullah. Imam Bukhari melawat Damsyik, Kaherah, Baghdad, Basra, Madinah dan lain-lain tempat untuk belajar dan membincangkan hadis-hadis yang dipelajari. Semasa di Baghdad, Imam Bukhari selalu berbincang dengan Imam Ahmed Hanbal, pengasas fahaman (mazhab) Hanbali.

Semasa pengembaraannya, Imam Bukhari hanya mempunyai satu matlamat – mengumpulkan seberapa banyak ilmu yang mungkin boleh dikumpul untuk membolehkan beliau membuat pengumpulan yang terbesar sunnah hadis Rasulullah s.a.w.. Beliau begitu giat menulis, dan pada satu ketika berkata "Saya sudah menulis mengenai 1800 orang, setiap satunya meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w., dan saya hanya menulis mengenai mereka yang lulus ujian yang ditetapkan."

Imam Bukhari mempunyai ingatan yang mengkagumkan, dan sumbangannya terhadap sains pengumpulan hadis tidak dapat ditandingi. Dia merakamkan hadis Rasulullah s.a.w. dalam buku "Al-Jami-al-Sahih”. Dia membuat penyelidikan selama 16 tahun dan meneliti 600,000 buah hadis sebelum memilih 7,525 buah hadis yang beliau berpuas hati menepati takrif kesahihan yang beliau tetapkan.


Diusir dari Bokhara
Kepopularan Imam Bukhari menimbulkan perasaan iri hati di kalangan beberapa orang ulama yang akhirnya mengakibatkan beliau diusir dari bumi Bukhara oleh Gabenornya. Dia mati dalam buangan pada malam Aidilfitri dalam tahun 256 Hijrah di Khartank dekat Samarkand. [1] Makam Imam Al-Bukhari terletak 12 kilometer di utara Samarkand.

Makam Imam Al-Bukhari di Samarkand


sumber penuh dari Wikipedia

------------------------------------------

psst~! korang bangga x dengan nama korang sendiri?
34 komen bernas

Kena Penjara Sebab Ketawa?

August 16, 2010

Assalamu'alaikum..

err takkan sebab ketawa je, terus kena penjara? haha lucu sungguh cerita kisah benar ni. meh baca selanjutnya...


FAYETTEVILLE, N.C. — Court is no laughing matter as far as one North Carolina judge is concerned. A Fayetteville man who was waiting for his case to be heard Friday drew the ire of Judge Toni King after starting to laugh in a Cumberland County courtroom. Authorities said King asked 47-year-old Johnny Montgomery why he was laughing, but the man refused to say.King ordered Montgomery to jail on a misdemeanor charge. As deputies were preparing to take Montgomery to jail, they searched him and found more than 3 grams of crack cocaine.Montgomery was charged with felony drug possession. Authorities said he was being processed Friday evening and does not yet have a court date nor an attorney. 
Copyright © 2010 The Associated Press. All rights reserved. taken from HERE


yang ni plak dalam bahasa melayu...


FAYETTEVILLE (North Carolina): Bagi seorang hakim, mahkamah bukanlah tempat untuk ketawa atau bersenda gurau.Ketika hakim Toni King mengendalikan kes di depannya, seorang lelaki, Johnny Montgomery, tiba-tiba ketawa.Kelakuan Montgomery itu menyebabkan King berang dan bertanya mengapa lelaki berusia 47 tahun itu ketawa.Bagaimanapun, Montgomery enggan menyatakan puncanya.Akibatnya, King mengarahkan Montgomery dipenjara.Ketika pihak berkuasa bersiap sedia membawa Montgomery ke pusat tahanan, mereka secara kebetulan menemui tiga gram kokain dalam pakaiannya.Akibatnya, Montgomery berdepan dengan dakwaan memiliki dadah. Jurucakap mahkamah berkata, tiada tarikh ditetapkan setakat ini bagi sebutan kes berkenaan.Katanya, Montgomery juga belum diwakili mana-mana peguam bela. - Agensi sumber dari myMtero

 psst~! jangan bergurau ketika orang tengah serius..



9 komen bernas

Jualan Murah - SALE!

ihsan dari Google
Assalamu'alaikum... apa khabar korang? sihat?

errkk.. aku bukan nak jual barang taw ekeke

jalan2 sekitar bandar memang best. lagi best kalau jalan2 dalam shopping complex.. kenapa?

al maklumlah nak dekat2 raya ni, semua kedai dan pasar raya berpusu2 mengadakan jualan murah, atau nama femesnye 'SALE'.. huhu aku banyak kali da tertipu dengan perkataan sale ni... serik da nak belek barang2 yang tertera perkataan SALE... pernak kena tipu ke afiq oiii?

semalam dok teman member pergi shopping baju bajan. shopping raya la tu kot. masuk kedai berjenama ni... perghhh rambang mata rasanya bila tengok semua item dalam kedai tu ada SALE.. ada yang 20%, 30%, 50% dan yang paling banyak sekali 70%... setakat ni aku x pernah jumpa lagi kedai yang buat 100% discount.. penah ade ke? jangan cakap ngn aku sumbangan amal dah lerr ;p

nak dijadikan cerita, aku saje la nak belek2 baju2 yang ada kat dalam kedai tu.. mane taw ada yang murah ke, leh terus sambar.. ada SALE la katekan.... belek yang ni, mata terbeliak... belek yang tu, dahi berkerut... belek yang kat sana plak, mengucap panjang aku....

apa pasat? haiyaaa memangla sale sampai 70% discount.. tapi harga baju tu pun macam nak beli kapal terbang Boeing 747 sebijik... mahal nak m@#$%^ wakakaka dalam wallet ada ciput je. nak pinjam dengan member segan plak... putih mata jela aku tengok. x dan nak sambar! wuuuu nak shoppingggg bajuuuuu...

bak kata rasta mat, bersederhana lagi baik... x gitu mat? ;)

psst~! barang2 kerperluan dah naik harga, jangan sampai orang plak naik saka.
20 komen bernas